..

..

ISMAIL SABRI PENCETUS BOIKOT PENIAGA TAMAK TERUS DAPAT SOKONGAN #SOLIDARITIDSIS

on Tuesday, February 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



 PEMUDA UMNO PP  SARANKAN BOIKOT PENIAGA TAMAK

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang merasakan sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia bersatu hati bagi mempertahankan hak kita sebagai pengguna.
Pengguna seolah-olah hilang arah dan merasakan kita tiada pilihan apabila harga dinaikkan oleh para peniaga.
Kita juga terpaksa menelan hakikat bahawa harga barangan terpaksa dinaikkan disebabkan kos bahan api yang meningkat. Oleh kerana kita adalah pengguna prihatin terhadap nasib peniaga, maka pengguna Malaysia seakan-akan redha dan sanggup berkongsi kesusahan dengan peniaga. Menanggung kenaikan harga barangan bagi mengelakkan kerugian peniaga.
Namun keadaan berlaku sebaliknya, apabila harga minyak turun sehingga mencecah RM1.70 seliter, peniaga tiada pula rasa kasihan kepada pengguna.
Alasan yang diberikan tetap sama, mereka adalah peniaga kecil saja, pembekal tidak turunkan harga. Pembekal pula menyalahkan pemborong, pemborong menyalahkan pedagang.
Jika ini adalah senarionya, maka benarlah saranan YB Dato Seri Ismail Sabri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani agar para pemborong dan pedagang harus diboikot agar mereka sedar bahawa, hakikatnya kuasa adalah di tangan pengguna, bukannya mereka.
Oleh itu, pedagang dan pemegang kartel tanpa mengira bangsa harus dijadikan sasaran. Apabila mereka menurunkan harga, maka yang lain lain akan juga menuruti langkah tersebut

Rafizal Abd Rahim
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Negeri Pulau Pinang



Kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
Isu : Penurunan Harga Barangan.

Sebagai pengguna, kami berhak untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada kadar harga yang berpatutan.
Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia terutamanya apabila kadar harga minyak naik, maka peniaga juga akan berlumba-lumba menaikkan harga barang. Bukan sahaja melibatkan barangan mentah tetapi barangan makanan juga turut dinaikkan sewenang-wenangnya tanpa kawalan.
Kenyataan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri harus dijadikan titik permulaan untuk pengguna berfikir dan mencapai persamaan rasa bagi menyokong memboikot mana-mana peniaga yang enggan menurunkan harga barangan.
Banyak peniaga Cina marah dengan kenyataan tersebut. Peniaga Cina merasa terancam kerana terdapat gerakan melindungi kepentingan pengguna secara besar-besaran. Tidak kurang juga yang menganggap kenyataan tersebut berbaur perkauman. 
Namun tindakan sesetengah pihak yang dilihat bergabung atas dasar kepentingan kaum Cina sebagai orang tengah dan peniaga adalah sangat tidak bijak. Soal perkauman tidak timbul dan apa yang dikatakan oleh Menteri adalah kaum Cina merupakan kaum majoriti berperanan sebagai orang tengah dan peniaga. Dalam masa yang sama mereka juga mempunyai rangkaian besar daripada kalangan pembekal yang 'berkuasa' menentukan harga barangan keperluan harian. Maka tidak salah sekiranya gesaan ini disasarkan secara terus dan terbuka kepada mereka.

Tidak menjadi kesalahan juga sekiranya pengguna Cina bersama-sama memboikot orang tengah dan peniaga kerana isu barangan mahal adalah perkara yang melibatkan kepentingan semua pihak. Baik di peringkat pemimpin negara sehinggalah rakyat di bawah.

Persatuan peniaga Cina harus bersama mengambil positif saranan Menteri untuk menyarankan ahli-ahli mereka supaya menurunkan harga barangan berikutan penurunan harga minyak semasa tempatan.
Soal pengambilan untung yang melampau oleh peniaga bukan satu perkara yang baru, ini termasuk isu orang tengah yang mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Oleh itu, kami menyarankan agar pengguna terutamanya menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk terus memboikot barangan yang terlalu tinggi harganya supaya pihak berkepentingan tidak merasa selesa dengan apa yang telah mereka lakukan.
Fahami isu sebenarnya adalah melancarkan kempen memerangi orang tengah dan peniaga yang masih berdegil tidak mahu menurunkan harga barang.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan


3 Responses

  1. A Amin says:

    sokong menteri
    BOIKOT PENIAGA TIDAK TURUNKAN HARGA BARANG

  2. Anonymous says:

    SOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

  3. Anonymous says:

    meteri lain mana????? najib mne ko ni. tegas la dlm isu ni. x nk campur bek blah je dr jawatan pm. ni isu rakyat. isu poket rakyat. dah byk isu x terkawal ni. x kn ade tindakan susulan. x kn ismail sabri sorang nk bersuara kot??xkn nk hrp NGO wakilkan rakyat dlm semua isu masalah ni. mcm gampang bin sial alasan harga x turun. nak nek harga sedap jer bgtau minyak naik. tolongla menteri2. jgn ckp berapi tindakan tiada. puihhhhh

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.