..

..

DULU PAK LAWAK BODOH , SEKARANG MR BEAN PAS TERKENA MABUK MINUM TODI !

on Thursday, February 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Mulut Mr Bean Mahfuz memang tak ada adab ....dari dulu lagi kenyataannya memang lawak dan menampakkan kebodohan.

Hari ini beliau gelarkan 92 Ketua UMNO Bahagian sebagai mabuk minum todi .

Apakah Mr Bean PAS ini sudah kenal gaya seseorang kaki  mabuk  minum todi selepas berkawan dengan DAP dan PKR   ?

Untuk pengetahuan Mahfuz , bukan semua harga  barang di bawah kawalan kerajaan  dan kebanyakkan ditentukan harga pasaran .  

Itu yang Ismail Sabri sarankan boikot peniaga yang menaikkan harga walaupun harga minyak sudah turun sebanyak 3 kali .

Siapa yang mabuk todi sekarang ??



PAS membidas tindakan 92 ketua Umno bahagian yang menyokong kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai "mabuk todi", selepas kontroversi kenyataan berbaur perkauman yang dibuat menteri pertanian dan industri asas tani itu.

 Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan tindakan pemimpin akar umbi Umno itu yang menyokong Ismail tetapi tidak pula menggesa Putrajaya menurunkan harga barang yang berada di bawah kawalannya.

 "Usahlah menyokong membuta tuli bagaikan orang yang mabuk minum todi," kata Mahfuz pada satu sidang media di ibu pejabat PAS pagi ini. Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebaliknya menggesa pemimpin Umno tersebut mendesak kerajaan menurunkan harga barang kawalan seperti gula, gandum, minyak masak dan gas memasak.

"Mengapa tidak berani menyatakan tuntutan kepada Perdana Menteri agar kerajaan sendiri menunjukkan contoh tauladan dalam menurunkan harga barang kawalan yang di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan?" soalnya.

 Beliau berkata, Ismail dan pemimpin Umno bahagian itu tidak seharusnya mengeluarkan hujah tanpa fakta dengan menyalahkan peniaga Cina dalam isu kenaikan harga barang.

 "Saya menegaskan sekali lagi pentingnya pemimpin Umno bahagian itu menyatakan sokongan dengan berlandaskan fakta," katanya. -


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Macamana Mr. Bean boleh tidak ada kefahaman pasaran ekonomi yang dikuasai oleh pemodal kapitalis cina enggan mengambil langkah menurunkan harga barangan walupun harga minyak sudah dua kali berlaku penurunan harga. Tidakkah En.Rafizi dapat membantu ?

  2. Anonymous says:

    memang pun dapat gelaran Mr.Bean,beginilah standart pemimpin pas yang tahap kelulusan hanya peringkat sekolah menengah(rendah) kenyataan yang keluar darinya hanya menunjukkan kebodohannya....kesian pas....

  3. Anonymous says:

    Bodoh sejak azali...tu je komen yang sesuai

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.