..

..

BILA USTAZ KAZIM DEDAH RAHSIA JACKIE CHAN SUKA SONGKOK DIPAKAINYA

on Wednesday, February 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Kuala Lumpur: “Jackie ada maklumkan kepada saya, dia teruja memakai songkok dan bersungguh-sungguh mahu tahu mengapa perlu memakainya.

“Saya terangkan kepadanya, ia antara prosedur ketika menerima pingat kebesaran di negara ini,” kata penceramah bebas , Datuk Mohammad Kazim Elias yang berkongsi pengalamannya beramah mesra dengan pelakon antarabangsa, Datuk Jackie Chan pada Ahad lalu.

Ketika itu, Mohammad Kazim atau mesra dengan panggilan Ustaz Kazim dan Jackie dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW), membawa gelaran Datuk dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Mohammad Kazim, Jackie tiba pada 8.45 dan duduk di sebelahnya.
“Kami sempat berbual dan beramah mesra kira-kira 20 minit. Dia kagum melihat suasana di dalam istana dan saya turut jelaskan beberapa perkara termasuk barangan yang terdapat di sini (istana) untuk pengetahuannya.
“Saya akan ingat sampai bila-bila apabila dia menegur tali kasut saya terbuka ketika tiba giliran kami untuk menerima pingat. Dia seorang yang baik hati, mudah mesra dan tidak sombong,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, Jackie memaklumkan, dia bangga dan tidak menyangka dapat menjejakkan kaki di Istana Negara selain dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk.

“Jackie sempat memberitahu, dia bakal berlakon filem baru bersama pelakon Bollywood pada April ini,” katanya.
Menurutnya, ketika berbual-bual dengan rakan dari China sebelum ini, dia dimaklumkan bahawa Jackie adalah seorang dermawan.

Katanya, antara yang diberitahu, Jackie individu terawal membantu mangsa bencana tsunami di Acheh pada 2004 dengan memberi sumbangan tertentu.

“Ramai yang mempertikai dia mendapat gelaran Datuk. Itu hak kerajaan negara ini kerana mungkin Jackie seorang yang dermawan tanpa rakyat Malaysia tahu,” katanya.

Difahamkan, Jackie turut mempunyai yayasan atas namanya yang memberi sumbangan kepada pesakit buah pinggang di Malaysia.

Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie dikatakan membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit selepas meninggal dunia.
Berdasarkan laporan Forbes pula, Jackie tersenarai antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal, malah sumbangannya mencecah jutaan ringgit kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan miskin


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau menderma paling afdal ialah derma tanpa publisiti. Ikhlas.insyallah ada byk ganjaran seperti kbahgian hidup yg tak dpt dbeli dgn wang ringgit bgitu juga ketenangan jiwa.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.