..

..

ANWAR MOHON AMPUN IBARAT JILAT LUDAH SENDIRI & MENGAKU BERSALAH

on Wednesday, February 25, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




 Tindakan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan rayuan kepada Yang Di-Pertuan Agong berhubung keputusan kes liwat beliau pada Selasa disifatkan ibarat 'menjilat ludah sendiri' dan 'cakap tidak serupa bikin'.

Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Permohonan yang dibuat oleh isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah itu secara tidak langsung menunjukkan Anwar mengaku bersalah atas pertuduhan liwat yang dijatuhkan mahkamah sebelum ini.

“Ia juga  bertentangan dengan pendirian awal Anwar yang menegaskan tidak akan sekali-sekali memohon pengampunan daripada Yang Di-Pertuan Agong untuk menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

“Malah permohonan ini juga dilihat sebagai keputusan keluarga dan bukan keputusan parti. Jelas, dalam keadaan terdesak mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri termasuk membelakangkan pendirian terdahulu dan suara parti” kata Jamawi.

Jamawi turut menyeru supaya pengikut tegar Anwar dan PKR serta seluruh rakyat Malaysia supaya sedar kerana tindakan tersebut menurut Jamawi adalah sekadar meraih simpati dan populariti.

Terdahulu, dimaklumkan bahawa Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Nuha, telah menghantarpermohonan itu ke Istana Negara dan seorang lagi anaknya, Nurul Izzah, telah menghantar satu surat rasmi untuk memaklumkan permohonan pengampunan Diraja itu, ke Parlimen.

Perkara ini disahkan kepada Astro AWANI oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil pada Selasa.


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Rasa nak termuntah melihat muka-muka anak peliwat ni! Bapak masuk dalam, anak ngan bini pulak dok buat huru-hara kat luar. Sudahlah...rakyat bukannya bodoh.... kamu ni semua betoi lah jenis muka yang tak tau malu! Bertaubatlah!

  2. Anonymous says:

    Melihat gambar mereka anak-anak peliwat kat atas tu... teringatlah pula filem P Ramlee bertajuk TIGA ABDUL di mana anak-anak perempuan Sadiq Sigaraga nak kena lelong kat pasar ikan. Hai apalah nasib badan........

  3. Mak Bedah says:

    Liar !!!!!

    Anak perempuan dan bini PKR Ketum Homo semuanya kena brainwashed oleh bapak mereka sendiri manakala anak lelaki dia buat bodoh saja.

    Anak perempuan dan bini PKR Ketum Homo pakai tudung tidak semestinya mereka bijak geliga otak mereka.

    Masih lagi mahu sanggup berbohong dengan rakyat dalam dan luar negeri untuk menarik perhatian penyokong yang bodoh, sama seperti mereka juga.

  4. Anonymous says:

    Keluarga Puaka Kaki Liwat!!!!

  5. Anonymous says:

    Satu Keluarga Puaka Kaki Liwat!!!!

  6. Anonymous says:

    PKR - Parti Keluarga Rosak, Papa Kaki Kelentong, Papa Kuat Rejam,

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.