..

..

ANWAR BERLAKON WATAK AHLI NUJUM SEBELUM KE MAHKAMAH ESOK

on Tuesday, February 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ibarat ahli nujum yang boleh menilik masa hadapan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini optimis akan dibebaskan dari dikenakan hukuman penjara ke atas dirinya pada 10 Februari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Anwar itu menunjukkan dirinya kini terdesak dan cuba untuk mengelirukan orang ramai.

“Dia cakap seperti dia tahu tentang masa depan. Selama ini, semua yang dia cakap tidak pernah jadi. Jadi, ja­ngan gunakan pe­rang psikologi yang membangkitkan emosi,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.




Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar di Pasar Malam Sungai Dua, Georgetown, Pulau Pinang yang dipeik sebagai berkata, pembangkang mempunyai peluang 60 peratus untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau dipenjarakan.

Rayuan terhadap kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada dijatuhi hukuman penjara atau dibe­bas­kan atas kesalahan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari akan diketahui keputusannya Selasa ini.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, fokus rakyat negara ini tidak hanya tertumpu terhadap kisah Anwar kerana mereka mem­punyai banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan ke­utamaan.

“Banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian, contohnya kerajaan perkenal pelbagai inisiatif dalam menangani kejatuhan harga minyak mentah, kelapa sawit dan getah selain agenda melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST),” katanya. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.