..

..

VIDEO: KERAJAAN DAP PILIH BULU BERI BANTUAN MANGSA RIBUT BALIK PULAU @dzainalabidin

on Sunday, January 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Ketika perhatian seluruh negara bertumpu kepada bencana banjir besar di Pantai Timur,pada malam 30 Disember lalu lapan kampung di Balik Pulau dilanda ribut dan angin kencang.
Kejadian antara jam 10.30 hingga 12 malam itu menyebabkan banyak rumah rosak teruk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin.
Antara kawasan yang terlibat di Jalan Tun Sardon, Jalan Sungai Pinang,Jalan Pondok Upeh,Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.
Ekoran itu Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya memberitahu sebanyak lebih RM2 juta diperlukan bagi kerja-kerja membaik pulih sejumlah 549 rumah termasuk masjid yang rosak.
Balik Pulau ialah satu-satunya kawasan BN yakni UMNO di bahagian pulau di Pulau Pinang.
Semua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dimenangi BN dalam pilihanraya umum ke 13 lalu.


Isu ini mungkin nampak kecil tetapi jika betul seperti didakwa oleh Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan ia memberi gambaran tentang sikap kerajaan Pakatan pembangkang pimpinan DAP.
Ketika kerajaan pusat dan seluruh jentera BN dan UMNO menghulurkan bantuan tanpa mengira mangsa itu penyokong parti mana di Balik Pulau pula lain ceritanya.
Ahad, Dr Hilmi membidas tindakan kerajaan pimpinan DAP negeri yang kononnya memberikan bantuan secara selektif kepada mangsa ribut di Balik Pulau.

Bercakap kepada wartawan sebelum membuat lawatan ke kawasan yang dilanda ribut,Dr Hilmi mendakwa beliau difahamkan kerajaan negeri hanya memberikan sumbangan wang tunai RM200 kepada setiap 200 mangsa yang terbabit dalam kejadian ribut itu.
"Saya berasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang memilih mangsa untuk memberi bantuan kerana perkara ini akan mendatangkan masalah kerana perbuatan itu tidak adil kepada mangsa yang tidak mendapat bantuan tersebut," katanya.
Katanya, bantuan harus diberikan kepada semua mangsa dan jangan ada yang tertinggal supaya ia akan dilihat sebagai bantuan yang adil.
"UMNO tidak selektif dalam memberi bantuan malah rumah penyokong pembangkang juga kita baiki," katanya.
Dr Hilmi berkata beliau telah mengenal pasti kos RM2.7 juta untuk membaiki rumah-rumah yang rosak. Katanya, kerja-kerja membaiki kerosakkan rumah telah dibahagikan kepada tiga tahap mengikut tahap kerosakan iaitu kritikal yang mendapat bantuan daripada RM5,001 kepada RM10,000, Sederhana (RM1,500-RM5, 000) dan Ringan (kurang RM1,499).
"Kerja-kerja membaik pulih rumah telah diurus oleh JKKKP (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan) dan ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) sebagai badan penilai menggunakan dana Parlimen Balik Pulau," katanya
Katanya setakat hari ini, sebanyak 70 peratus rumah yang rosak dilanda ribut telah dibaik pulih di kawasan Balik Pulau dan kerja-kerja ini dijangka siap sebelum mulanya musim persekolahan Isnin minggu depan.


** Sebab kawasan ini dimenangi BN , itu kerajaan DAP hanya beri bantuan kepada rumah penyokong mereka sahaja dan orang UMNO tak bagi .   


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.