..

..

TERKINI ! ANWAR BARU JUMPA KOTAK BUKTI RASUAH BILA TIMBUL ISU TUN DAIM !!

on Monday, January 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tudia ..Anwar cakap dia ada bukti penyelewengan dan salahguna kuasa Tun Daim . Berapa kotak agaknya bukti ??

Ezam dulu sokong jadi macai hang sebab percaya la ada kotak mengandungi rasuah penyelewengan pemimpin kerajaan .

Mengapa baru hari ini Anwar dedahkan dia ada bukti dan sedia bekerjasama SPRM ?

Atau pun ia satu lagi sandiwara modal politik Anwar seperti mana dia memperdaya Ezam Mohd Noor .





Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.


Ketua pembangkang itu bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu.


"Jika mereka tanyakan saya, saya akan bekerjasama, tiada masalah. Itu tanggungjawab saya membantu siasatan. Tapi mereka perlu bersikap profesional," katanya selepas dialog bersama belia Selangor, di Petaling Jaya hari ini.


Beliau berkata mempunyai "bukti" penyalahgunaan kuasa Daim namun berkata ianya disembunyikan. Anwar tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata SPRM tidak seharusnya hanya menyasarkan kepada siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata.




Mengapa tak dedahkan Tun Daim dalam senarai Melayu terkaya dulu ??



Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi.


Tiga hari lalu, Daim menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.


Dalam kenyataannya, Daim berkata, beliau yakin SPRM mampu menggalas tanggungjawab itu.


Daim sebelum ini dilaporkan mempunyai sebuah bank di Tanzania namun menafikan salah guna kuasa.


Beliau turut dilaporkan pernah disiasat dua kali berhubung perkara itu pada 1999, dan tiada kesalahan yang ditemui lapor The Malaysian Insider.



Mengapa tiba2  TV3 guna Anwar untuk serang Tun Daim ??  Hubungan baik Johan 
Jaafar kembali bertaut kepada Anwar ke ??




One Response

  1. Anonymous says:

    Anwar pun ada 3 billion yang di luar negara, sekarang di uruskan oleh Dr Rahim Ghaus. Anwar pun punya crony jutawan jugak. Dulu Anwar nak jaidkan adik beradik jutawan tapi tak menjadi, Jadi bar orang Melayu yang lain jadi jutawan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.