..

..

TAUKE BALAK BAKAL DIHERET UNDANG2, MENTERI ADA BUKTI PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN

on Monday, January 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung kegiatan pembalakan dan penerokaan tanah secara haram di Gua Musang, iaitu antara penyebab banjir besar melanda Kelantan, baru-baru ini.
Beliau mendakwa penerokaan haram itu membabitkan kawasan hitam yang tidak terusik sejak zaman darurat tetapi diteroka pihak tertentu sejak sekian lama.
"Saya mempunyai bukti kukuh mereka ini diberi Lesen Pendudukan Sementara untuk meneroka tetapi meneroka sehingga melampaui kawasan yang diberi kebenaran. Saya juga ada maklumat siapa yang melakukan kerja-kerja ini.
"Mereka ini antaranya tauke-tauke besar dari negara jiran. Saya harap ada undang-undang untuk mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Shahidan kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca banjir bersama agensi-agensi kerajaan negeri di Kangar.
Beliau mencadangkan setiap jalan masuk ke kawasan hutan dipasang besi penghalang dan penceroboh ditangkap serta dikenakan tindakan sewajarnya manakala pembalak disyaratkan menanam tiga batang pokok bagi setiap batang balak yang ditebang.
Shahidan berkata, pihaknya juga telah mengadakan perbincangan untuk melantik Orang Asli sebagai Renjer sukarela.
"Tindakan ini mungkin dapat mengawal pencerobohan kerana bilangan yang meneroka secara haram adalah ramai dan telah lama berlaku namun tiada tindakan diambil terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata kerajaan pusat telah membincangkan dengan kerajaan Kelantan isu pembalakan dan penerokaan tanah secara haram ke arah meredakan masalah banjir di negeri tersebut.
Mengenai banjir di Perlis, Shahidan berkata taksiran awal kerugian petani membabitkan sawah padi seluas 2,335 hektar adalah kira-kira RM2 juta dan telah dihantar kepada kementerian berkenaan untuk mendapatkan bantuan.
"Saya berpuas hati dengan perkhidmatan agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan kira-kira 1,000 orang sukarelawan di Perlis membantu 445 keluarga mangsa banjir bulan lepas namun persediaan harus dibuat untuk meningkatkan keupayaan mengendalikan sehingga 20,000 mangsa banjir," katanya.-12/1/2015


One Response

  1. maae says:

    Masa nya di tempatkan anggota tentera mengawal khazanah negara. Kerajaan memerlukan penguatkuasaan undang-undang kerana kejadian ini melibatkan Persekutuan dan Hutan Simpan dan kawasan tadahan air untuk Malaysia.

    Harap ada pihak yang mesti di bawa ke muka pengadilan dan membiayai kos kemusnahan dan pemulihan semula hutan dan rakyat yang di landa bencana.

    Demi Negara, negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia mesti mematuhi had-had tertentu pentadbiran tanah dan galian. Bukan sesuka hati.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.