..

..

TAHNIAH KERAJAAN CAT DAP, KELULUSAN SRP PUN BOLEH BERGELAR AHLI MAJLIS @dzainalabidin

on Monday, January 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





PULAU PINANG 9 Jan. – Pelantikan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sekali lagi mencetus kontroversi selepas terdapat individu yang dikatakan tidak layak didakwa dilantik sebagai Ahli Majlis baharu bagi penggal 2015. KLIK DI SINI

 Menurut sumber dalaman, salah seorang Ahli Majlis MPPP itu yang mengisi kuota parti politik hanya berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). 

Sedangkan menurut beliau, syarat pendidikan paling rendah bagi membolehkan seseorang dilantik sebagai Ahli Majlis adalah perlu sekurang-kurangnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Dalam masa sama, beliau turut mempersoal kelayakan Ahli Majlis yang mengisi kuota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa turut tidak menepati syarat kelulusan akademik.

“Bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh terlepas pandang syarat kelayakan akademik dalam melantik Ahli Majlis MPPP yang baharu sehingga melantik individu yang tidak layak?

“Kerajaan negeri perlu menjawab dakwaan ini kerana perkara ini ada kaitan dengan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) yang kononnya diamalkan mereka selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Selasa lalu,

Kerajaan DAP Pulau Pinang mengumumkan pelantikan enam muka baharu Ahli Majlis MPPP bagi penggal 2015 termasuk Yang Dipertua Pas Tanjung, Yacoob Omar yang menggantikan Bendahari Pas negeri, Iszuree Ibrahim.

Lima lagi muka baharu termasuk masing-masing dua wakil yang mengisi kuota DAP dan NGO manakala seorang lagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Iszuree sebelum ini disingkirkan semua jawatannya dalam MPPP selepas terbabit mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung dasar perumahan dalam Muktamar Pas Ke-60 di Johor baru-baru ini.

Pelantikan Ahli Majlis MPPP sebelum ini pernah mencetus kontroversi melalui pelantikan Nur Fitriah Abdul Halim pada 2013 yang menimbulkan tanda tanya kerana didakwa dipilih semata-mata bagi mengisi kuota Melayu dan jantina.

 Pelantikan Nur Fitriah, 26, yang merupakan seorang pereka grafik juga dipersoal banyak pihak kerana didakwa dilantik atas dasar kroni memandangkan beliau juga difahamkan tidak melalui proses temu duga.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail ketika ditanya mengenai dakwaan berkenaan berkata, beliau bukan individu yang layak untuk membuat kenyataan berhubung perkara tersebut.

“Pelantikan Ahli Majlis bukan dibuat MPPP tetapi dilantik oleh kerajaan negeri. Jadi saya tidak boleh komen,” katanya. Bagaimanapun, usaha mendapatkan penjelasan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kawalan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow tidak berjaya kerana beliau gagal dihubungi. - UTUSAN - 


Komen GPB

Dulu LGE pernah bercakap jika mana-mana ahli majlis tak perform , akan ditamatkan khidmatnya . Sekarang perlantikan seorang Ahli Majlis dibuat LGE  pun tak melepasi syarat akademik ditetapkan .

Apakah sebab pemilihan ahli majlis kerana faktor kroni hinggakan yang tidak layak pun boleh dapat ?  Maklum la sekarangkan  elaun ahli majlis meningkat dan semua orang berebut nak menduduki jawatan itu .





One Response

  1. Anonymous says:

    Tanah berpotensi untuk dijual kepada pemaju dan pelabur bumiputra

    Jangan lepaskan peluang ini

    http://tanahpuchong.blogspot.com

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.