..

..

POLIS DIMINTA JELASKAN SIASATAN ISU KALIMAH ALLAH KE ATAS GUAN ENG @dzainalabidin @Rrafizal

on Wednesday, January 14, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Pemuda & UMNO P.Pinang hari ini meminta pihak POLIS menjelaskan  tindakan dan siasatan dijalankan terhadap laporan polis dibuat Pemuda UMNO negeri  ke atas Lim Guan Eng dalam isu kalimah Allah yang mana cuba campur tangan dalam hal ehwal agama  Islam . 








Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan hari ini, tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah "Allah". 
Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam. 
"Masyarakat bukan Islam tidak tertakluk di bawah undang-undang Islam," kata Lim pada sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini. 
“Enakmen itu hanya digunapakai oleh masyarakat Islam, tidak oleh bukan Islam. Jadi, tiada isu timbul," katanya mengulas gesaan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker agar Pulau Pinang membatalkan larangan itu. 
"Kita tidak meluluskan mana-mana undang yang membenarkan larangan itu terpakai kepada masyarakat bukan Islam," kata Lim yang merupakan setiausaha agung DAP. seterusnya 

Ini kerana kelmarin Guan Eng telah  mencabar  KPN yang didakwanya  bersikap double standard dalam siasatan   ke atas Dr Mashitah Ibrahim & Ibrahim Ali  tetapi ia dijawab  . klik di sini





Jadi di sini, Guan Eng tak perlu nak melatah sangat menpersoal KPN dalam menjalankan tugas beliau kerana beliau pun kini dalam siasatan cuba mencetuskan ketegangan & sensitiviti   agama dalam isu kalimah Allah.

Kita berharap  Guan Eng juga akan diambil tindakan oleh POLIS seperti mana Eric Paulsen ..



One Response

  1. Anonymous says:

    Boleh tanya tak? Mamat yang beruban putih tu Melayu ke? konpius mohon penjelasan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.