..

..

PEGUAM PAKATAN ERIC PAULSEN TERUS DIKECAM MEMFITNAH JAKIM & KHUTBAH JUMAAT

on Monday, January 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menyelar sekeras-kerasnya tindakan seorang peguam yang memuatnaik kenyataan di laman sosial Twitter miliknya seperti berikut : ‘Jakim is promoting extremism every Friday. Govt needs to address that if serious about extremism in Msia.’ Kenyataan Eric Paulsen jelas dilhat menyentuh sensitiviti agama Islam dan mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negara ini.

Jikalau kenyataan beliau merujuk kepada khutbah Jumaat,  sebagai seorang peguam, Eric Paulsen sepatutnya mendengar isi khutbah Jumaat yang sentiasa mengajak umatnya ke arah kebaikan dan kesempurnaan hidup.

 Kami ingin tany beliau, bagaimana beliau boleh membuat tuduhan sebegitu? Adakah beliau pernah mendengar khutbah jumaat untuk membuat  tuduhan sebegitu? Jika beliau pernah mendengar khutbah jumaat, adakah beliau faham isi kandungannya?

Walaupun kenyataan ini didapati telah dipadam, tetapi ianya tidak boleh membendung kemarahan umat Islam di negara ini. Mengambil pepatah Melayu lama yang berbunyi, ‘Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Tindakan Eric Paulsen dikhuatiri menimbulkan keadaan yang tidak dapat mengawal emosi dan kemarahan umat Islam seterusnya mengundang kepada perkara-perkara yang tidak diingini.

Maka untuk itu, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang menuntut agar Eric Paulsen memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam atas tindakannya seterusnya menarik balik kenyataan yang dibuat.Jangan cuba bermain dengan api dengan mengeluarkan kenyataan jahil dan bongkak yang amat memalukan.

Akhir kata, Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang memohon kepada seluruh rakyat Malaysia di negara ini supaya saling menghormati dan menjaga sensitiviti antara kaum, agar negara kita terus aman dan sejahtera. Jangan melampaui batasan yang ada. Memang kita sedia maklum dan mengakui bahawa hak bersuara adalah hak individu, tetapi itu bukan bermakna individu itu bebas berkata apa sahaja tanpa batasan. Jika jahil akan bab-bab kebenaran, janganlah menjadi dungu dengan bercakap perkara-perkara yang boleh menyerlahkan kebodohan. Jangan menjadi manusia yang ‘jack of all trade (tahu macam-macam)’ sepanjang masa, sehingga semua perkara ingin dipersoalkan.

Hormatilah pelbagai ujud kaum di negara ini, yang terdiri daripada pelbagai pecahan etnik dan agama. Jagalah sensitiviti antara kita, agar perasaan syak wasangka dan rasa tidak puas hati dapat dihindari.

Salam Hormat Daripada Saya,

RAFIZAL BIN ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang


2 Responses

  1. Anonymous says:

    setakat buat laporan polis...tulis dlm fb @ twitter delsr apek tu x gunalah....pegi jumpa lah kalau berani......bagi penumbuk sibiji....xda telur ke.....ooopsssss aku lupa yg org2 ni semua bacul membodek aje lebih....hehehhehehe

  2. Anonymous says:

    Eric ini mesti diajar, kerana kerajaan kita masih sakit, insyallah Kalau kita (melayu dan bumiputra), kuat, babi akan takut, dan akan migrate ke luar, insyallah Malaysia akan aman. Hidup melayu dan bumiputra.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.