..

..

PEGUAM ERIC PAULSEN DIGELAR BODOH PADAM TWEET HINA JAKIM @Azwanbro @khairykj

on Monday, January 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.


 Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai. Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.



 Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. @EricPaulsen101 Typical bigot who rejects Rukun Negara. Same standard and stupidity with Alvin Tan + Ali Abdul Kadir. Ckp sedap mulut. — Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015

 Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

 Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat. Azwan turut menyindir Majlis Peguam yang dikatakan 'diam' selepas Paulsen membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.



 Dalam pada itu Azwan turut menyifatkan Paulsen adalah ekstrimis sebenar selain menyifatkan agama Islam sentiasa menghormati ajaran agama lain di dunia. Gelaran bodoh yang diberi Azwan kepada Paulsen turut disokong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam tweetnya.


 Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dilakukan pasukannya ke Paulsen mengikut Akta Hasutan. Mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -awani.com-


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Paranoid.

  2. Anonymous says:

    Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen you can try to use your cock to fuck your asshole

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.