..

..

PAS KENA PENYAKIT SINDROM NAFI PASAL PASma JUMPA DAP

on Thursday, January 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahya melihat Pas akan terus berada dalam sindrom penafian walaupun mereka sedar dan tahu gerak kerja PasMa hari ini yang disifatkan cukup mesra dengan rakan sekutu mereka sendiri di dalam pakatan pembangkang sebenarnya umpama api dalam sekam..

Cumanya ujar beliau bilakah sindrom penafian itu akan berakhir hanya akan terjawab sekiranya lahir keberanian dan ketegasan daripada pimpinan Pas untuk mengambil soal berkenaan secara serius.

“Saya rasakan bukan setakat masyarakat di luar sana, malah ahli Pas sendiri pun tertanya-tanya dan pening memikirkan soal ini. Sampai bilakah pimpinan mereka akan terus bermain wayang dalam drama PasMa ini.

Bukannya mereka tidak tahu bahawa PasMa yang digerakkan oleh ahli Pas sendiri cukup bebas bergerak dan perkembangan terbaru, pertemuan antara delegasi PasMa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang telah menjadi mimpi yang cukup ngeri.

“Sebenarnya dalam politik perlu ada ketegasan…Jika pimpinan Pas tidak mengambil serius soal ini dan masih hanyut dibuai dengan sindrom penafian, ianya akan makin parah dan bakal menghancurkan Pas itu sendiri,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah kehadiran PasMa yang kini mendapat pelukan mesra sekutu Pas itu sendiri sebenarnya menunjukkan kegagalan Pas mempertahankan jemaah yang sebelum ini lantang diperkatakan.

“Daripada pengamatan saya, itulah kegagalan Pas mempertahankan jemaah mereka sendiri. Jika dulunya sering kali dilaungkan Pas mempertahankan jemaah, namun apa yang berlaku hari ini menunjukkan sebaliknya apabila Pas mula dilanda bibit perpecahan,” ujarnya.

Beliau seterusnya melahirkan kehairanan kenapakah pimpinan Pas membiarkan PasMa mengatur gerak langkah tersendiri sedangkan mereka pun sedar serta tahu kehadiran entiti baru itu bakal menggugat masa depan parti itu sendiri.

Beberapa pihak sebelum ini menimbulkan pelbagai kenyataan ekoran pertemuan antara delegasi PasMa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Antaranya melihat langkah tersebut sebagai usaha untuk mengurangkan pengaruh Pas di dalam pakatan pembangkang itu sendiri. -MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.