..

..

MOA BUAT PASAR TANI KHAS BANTU MANGSA BANJIR NIKMATI HARGA MURAH @IsmailSabri60 @NajibRazak

on Saturday, January 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


MOA dan Menteri  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus mengambil langkah proaktif  bagi mengekang kenaikan harga bahan makanan seperti sayur ,ayam pasca banjir di negeri yang terlibat . 

Sebanyak 51 kawasan Parlimen terlibat banjir akan menikmati harga murah 20 - 30 %  berbanding harga pasaran  dan antara jenis barang ialah sayur , ikan , telus , ayam dan beras.

Pastinya peniaga2 dan pemborong tak beretika ini bengang dengan tindakan MOA menggunakan cara Pasar Tani Khas Pasca Banjir membantu mangsa2 banjir.






Selain itu , peniaga hasil tani yang terlibat dengan banjir baru-baru ini boleh memohon pinjaman khas berjumlah RM10,000 untuk memulakan semula peniagaan mereka
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pinjaman itu diberikan menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan semua permohonan akan diproses secara ‘laluan khas’ untuk mempercepatkan kelulusan.
“Kita faham bahawa walaupun sebahagian pasar tani dibuka semula, tetapi masih ada peniaga menghadapi kesukaran untuk memulakan perniagaan kerana peralatan dan barang niaga musnah dalam banjir,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Khas Pasca Banjir di Pasar Tani Lurah Semantan di sini, semalam.
Beliau berkata, selain itu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga memberi bantuan sebanyak RM1,000 dalam bentuk pakaian, khemah dan meja perniagaan kepada peniaga pasar tani untuk meringankan beban mereka.
Ismail Sabri berkata sehingga kini, sebanyak 38 pasar tani tidak beroperasi akibat banjir, namun jumlah kerugiannya masih tidak diketahui kerana terdapat kawasan yang masih belum pulih.
Mengenai pasar khas pasca banjir itu, Ismail Sabri berkata ia merupakan inisiatif kementerian untuk membantu rakyat di kawasan terlibat banjir mendapatkan barangan makanan pada harga 18 hingga 60 peratus lebih murah berbanding pasaran biasa.
“Ini kerana barangan itu dijual secara terus oleh agensi di bawah kementerian sebagai contoh, jualan sayur dikendalikan FAMA, ikan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)), ayam dan telur oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS),” katanya.

Menurutnya belian atas barangan juga dihadkan iaitu tiga kilogram untuk ikan dan sayur, selain satu sarang telur untuk seorang pembeli bagi mengelakkan barangan itu dibeli oleh pemborong.
Katanya, pasar tani khas pasca banjir itu akan dibuka di 51 kawasan di 20 daerah di negeri terjejas banjir seperti Kelantan, Terengganu, serta Pahang, dan akan beroperasi sehingga harga barang di kawasan terjejas banjir kembali stabil.
Beliau berkata untuk permulaan, pasar tani khas ini akan beroperasi sehari dalam seminggu, namun akan dibuka lebih kerap jika mendapat sambutan.
Peniaga lain yang berminat menyertai pasar tani khas ini atas dasar tanggungjawab dengan syarat sanggup memberikan diskaun atas barangan dijual, katanya. — Bernama




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.