..

..

LAWAT FORT CORNWALLIS RAKYAT KENA BAYAR , KERAJAAN DAP IBARAT LUDAH KE LANGIT @dzainalabidin @Rrafizal

on Friday, January 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sejak DAP menguasai negeri itu tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membela nasib atau mengurangkan beban rakyat malah hari demi hari rakyat berdepan dengan pelbagai bebanan kenaikan caj perkhidmatan. 

Jelas beliau lagi walaupun DAP saban waktu mendendangkan lagu politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) menzalimi rakyat, BN barang naik tetapi hakikatnya merekalah yang sentiasa menekan rakyat secara halus ibarat meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri. 

“DAP sering menggunakan isu kenaikan harga minyak dan barangan untuk memburukkan imej kerajaan pusat di bawah pimpinan BN. Tetapi sebenarnya merekalah yang menaikkan pelbagai caj perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat. 

“Selain kenaikan cukai pintu, surcaj air juga dinaikkan. Kini rakyat akan terpaksa membayar sekiranya mahu melawat pusat pelancongan Fort Cornwallis. Dahulu tiada sebarang bayaran dikenakan namun selepas ianya diserahkan kepada syarikat Ewein Berhad maka bayaran masuk telah dikenakan,” lapor UMNO-Online. 

Tambah beliau lagi, perlantikan syarikat tersebut juga boleh dipertikaikan kerana ianya tidak melalui tender terbuka walaupun ada ‘request for proposal’ pada tahun 2010. 

“Kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata… Ewein Berhad harus membayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM 30 ribu sebulan dan atas sebab itulah orang ramai pula akan dikenakan bayaran masuk,” katanya. 

Bercakap mengenai surcaj air pula Zainal menjelaskan, seharusnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu menaikkan surcaj mahupun tariff air kerana melalui Perjanjian Migrasi Aset Air pada tahun 2011 telah menyaksikan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sejumlah RM655 juta distruktur semula Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) kata beliau, telah mengambil alih hutang tersebut dan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan pula semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun. 

“Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk membiayai secara “grant” Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion yg sekarang dalam pembinaan. Jadi mengapa surcaj dan tariff air perlu dinaikkan? 

“Inilah beza pentadbiran BN dan DAP. BN sentiasa memikirkan bagaimana mahu membantu rakyat tetapi DAP pula hanya bererotik kononnya menjaga kepentingan rakyat. Semasa BN menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang, ianya telah menyaksikan dari tahun 1993 sehingga 2008, tariff air tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia.

 “Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu,” katanya. - 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.