..

..

KERANA USIK ISTERI CM ,AKHBAR CINA DITUDUH MEDIA PRO BN ?

on Monday, January 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Marah sekali Guan Eng  sekali bila usikan  media arus perdana   mengenai pencalonan  isteri Ketua Menteri P.Pinang Betty Chew dilantik dalam jawatankuasa PCCC .

Media arus perdana mana yang mengusik menantu Kit Siang ini ? Utusan , Berita Harian , Sinar Harian, Harian Metro ,  NST  ??

Untuk rekod ,  media ini tak hadir malah ada yang dilarang langsung hadir oleh kerajaan DAP



Apakah akhbar-akhbar berbahasa Cina sudah jadi "BN-friendly media" kerana menyiarkan berita perlantikan Betty Chew Gek Cheng isteri Lim Guan Eng oleh Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) mengetuai satu jawatankuasa kecil minggu lalu? Selain akhbar-akhbar berbahasa Cina, hanya portal berita malaysiakini.com yang menyiarkan berita sama.
Guan Eng dalam satu kenyataan kepada media menuduh media pro-BN memainkan isu remeh perlantikan isteri beliau tersebut.




'Mana komen Lim tentang lantikan isterinya?'



Media arus perdana didakwa bersikap berat sebelah dalam laporan berkaitan pelantikan isteri kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ke dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

Setiausaha akhbar Lim, Cheong Yin Fan, berkata media arus perdana terus melancarkan “serangan politik BN” terhadap Lim tanpa memuatkan ulasan majikan beliau itu.



Isteri Lim, Betty Chew, bagaimanapun menolak pencalonan PCCC untuk mengetuai jawatankuasa perkhidmatan harta tanah.

Lim kemudian menjelaskan isu konflik kepentingan sama sekali tidak timbul kerana Chew menolak jawatan itu.

“Walaupun media arus perdana mempunyai hak untuk melakukannya termasuk mengambil pendekatan memihak, mereka malangnya gagal berlaku adil dengan mencetak penjelasan penuh ketua menteri,” kata Cheong dalam kenyataannya hari ini.





-   Active politicians should not be sitting in PCCC, says analyst 






Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.