..

..

KALIMAH ALLAH : MENGAPA KES GUAN ENG LAMBAT SIASATAN ??

on Thursday, January 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





PULAU PINANG 20 Jan. - Gabungan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim di negeri ini mendesak pihak polis memperjelas status terkini hasil siasatan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kontroversi penggunaan kalimah Allah yang dibuat Disember lalu.

Wakilnya yang juga ahli Badan Bertindak Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Nordin berkata, sehingga kini tiada perkembangan lanjut berhubung hasil siasatan kes itu meskipun lebih 30 laporan polis dibuat pelbagai pihak terhadap Guan Eng.

Malah tambah beliau, pihaknya turut tertanya-tanya sama ada Guan Eng sudah ditahan atau dipanggil untuk membantu siasatan memandangkan kes itu boleh diklasifikan sebagai serius kerana membabitkan kegusaran dalam kalangan orang awam.

 “Kenyataan Guan Eng itu sangat serius dan jelas menyalahi Seksyen 297A dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948. “Jadi kita tertanya-tanya mengapa tiada perkembangan lanjut daripada pihak polis berhubung hasil siasatan kes ini dan kita berharap beroleh jawapannya dalam tempoh seminggu ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Guan Eng seperti dilaporkan beberapa portal berita pada 12 Disember lalu didakwa memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di negeri ini menggunakan kalimah Allah. Beliau dilaporkan berkata, larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Menurut Mohamed Hafiz, pihak polis bertindak pantas menahan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang mempertikai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini namun lambat bertindak dalam kes membabitkan Guan Eng tersebu - See more at:


One Response

  1. Anonymous says:

    Polis "Boh Lampah".

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.