..

..

IGP SEKOLAHKAN GUAN ENG , JANGAN MENIPU MASYARAKAT SIASATAN KES DR MASHITAH @PDRMsia @dzainalabidin @Rrafizal

on Friday, January 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments









Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya jangan mengeluarkan dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Khalid menjawab kenyataan Guan Eng berkaitan kes membabitkan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang tidak ditahan di bawah Akta Hasutan.

BN tiada kena mengena dengan siasatan polis terhadap sesiapa. Jangan kelirukan masyarakat,” katanya seperti yang dipetik menerusi muatnaik paparan status di laman mikro Twitternya.

Malah menerusi tweetnya sebelum itu, Khalid berkata, siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan bersesuaian dengan fakta kes membabitkan Mashitah.

"Tidak ada berat sebelah," tulisnya lagi.

Guan Eng sebelum ni mendakwa BN dan KPN mengamalkan siasatan terpilih dalam menjalankan siasatan terhadap pemimpin Umno dan pihak yang menentang Umno.

Pemimpin DAP itu menerusi laman sosial Facebooknya meminta penjelasan mengapa Mashitah tidak disiasat di bawah Akta Hasutan.

“Jika Ketua Polis Negara ikhlas dan serius dalam komitmennya ke arah mengekalkan keharmonian pelbagai kaum, maka beliau harus menangani semua kes hasutan dengan saksama,” ujarnya.

Mashitah sebelum ini didakwa pernah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kedah membakar al-Quran dalam satu ritual agama.

Beliau didakwa berkata demikian ketika ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, tahun lalu.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Cina tak boleh disentuh, rasis, hak asasi, semuanya ada alasan bila Melayu kena habis kena kutuk bukan daripda mereka saja tetapi ada segelintir Melayu yang kutuk sama, nasib....................

  2. Masalah ni boleh di panggil Ma-SHIT. ..komen pasal hudud macam kaldai akaq

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.