..

..

HUSAM TOLAK KERAJAAN CAMPURAN PAS-UMNO DIBALUN ANAK KELANTAN ! #Pray4PantaiTImur

on Thursday, January 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Cadangan berani oleh pemilik SINAR HARIAN yang juga rakyat Kelantan Datuk Hussamudin Yaacob supaya diwujudkan kerajaan campuran PAS- UMNO pasca banjir besar ini bagi membangunkan semula negeri ini jelas  mendapat sokongan ramai anak2 Kelantan  . KLIK DI SINI




Malah TPM sendiri dalam reaksinya pun cakap boleh dilakukan & tidak tolak kemungkinan  !  






Tetapi cadangan ini ditolak kuat oleh Naib Presiden PAS Husam Musa walaupun hanya berstatus Adun sahaja bukan berjawatan Exco dalam kerajaan Kelantan  !!  


Begitu juga portal PR Malaysiakini yang tak tidak senang cadangan bos  Sinar Harian dengan spin bahawa TPM hanya ketawa ...... Tak ada etika langsung berita sampah seperti ini ..



Adakah puak2 Anwarinas dalam PAS seperti Husam  takut jika kerajaan campuran PAS- UMNO ini berhasil akan gugat mereka mahu rampas Putrajaya seperti yang  diidamkan DAP - PKR ?

Bagi GPB , tak mustahil kerjasama ini dapat   dilakukan sepertimana contoh  dibuat Gerakan Acheh Merdeka (GAM )   dengan kerajaan Indonesia di Acheh di mana mereka bekerjasama dan menamatkan konflik  selepas tsunami 2004. 






Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang mengatakan tidak perlu kerajaan campuran hanya pendapat peribadi beliau yang dianggap hanya mementingkan kepentingan politik peribadi.

"Di Kelantan, Husam hanya seorang Adun. Beliau tidak berhak membuat keputusan samada setuju atau tidak terhadap kerajaan campuran," demikian tegas Pengerusi Trans-Nusantara Ventures, Datuk Rahim Kamil Sulaiman.

Rahim yang juga tokoh anak Kelantan yang dikenali menegaskan, Husam hanya bercakap atas kapasiti dirinya sahaja dan bukan pandangan orang Pas atau pandangan orang yang menyokong Pas, jauh sekali mewakili rakyat Kelantan.

“Apa yang dinyatakan Husam dalam kenyataannya kepada Malaysiakini bukan rakyat yang mahu.

"Di Kelantan, Husam tidak memegang  apa-apa jawatan dalam Pas Kelantan selain hanya sebagai Adun sahaja.

"Tindakan Husam yang mendahului menteri besar Kelantan bagi mengatakan Pas tidak perlu kerajaan campuran adalah biadap dan  tidak menghormati kuasa dan kepimpinan menteri besar," katanya.

Beliau menasihat Adun itu supaya melihat kembali kepada sirah Rasulullah.

"Kita  menyerahkan kepada individu yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kita di dalam menentukan sesuatu keputusan.

Sebagai pemimpin dan rakyat, kita seharusnya menyokong pimpinan yang ada untuk bersama membuat keputusan yang menuju kepada kebaikan.

"Husam perlu tahu apa yang rakyat Kelantan mahu dan bukan hanya mengutamakan kepentingan politik peribadi," katanya.


Dalam pada itu, Penganalisis  Politik Kelantan, Dr Kamarulzaman Yusof  berkata, Husam tidak sepatutnya terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan.

Katanya, selaku pemimpin berpengalaman, Husam sepatutnya mendapatkan pandangan kerajaan negeri dahulu sebelum mengeluarkan pendapat.

“Husam terburu-buru dengan menolak terus cadangan tersebut tanpa mempertimbangkan pro dan kontranya secara mendalam.

Kamarulzaman berkata, kerosakan yang menimpa Kelantan terlalu besar dan memerlukan biaya serta tenaga besar untuk dipulihkan semula.

“Saya selaku ahli akademik menyanjung (Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf) Datuk Hussamuddin Yaacob di atas keberanian beliau menyuarakan suatu perkara yang sebenarnya turut terbuku di dalam hati ramai rakyat Kelantan,” katanya.




4 Responses

  1. Anonymous says:

    hang ni mmg bongkak le husam kusam.

  2. Anonymous says:

    tpm ketawa sebab nak bgtau umno pun tak kemahak nak bergabung dengan kahak hijau berlangau

  3. Anonymous says:

    Salam memang takut jawatan adun dia Hilang dalam seleksi PRU14 tu

  4. LogikAkal says:

    "Kita menyerahkan kepada individu yang telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua kita di dalam menentukan sesuatu keputusan.

    “Sebagai pemimpin dan rakyat, kita seharusnya menyokong pimpinan yang ada untuk bersama membuat keputusan yang menuju kepada kebaikan.

    - Persoalannya adakah konsep ini diamalkan oleh Tuan2 Guru...Ularmak2 PAS terhadap ketua Kerajaan Malaysia??? Kepimpinan Melalui Teladan...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.