..

..

GUAN ENG DESAK GST DITANGGUH SEBAB PENIAGA CINA PENANG AKAN BANGKRAP

on Friday, January 16, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Jika anda membaca surat LGE kepada PM , menampakkan dia cuba jadi hero dengan  membela peniaga Cina yang enggan mahu ikut sistem GST .  

Apakah threshold jualan yang dikenakan GST iaitu RM500 ribu dianggap membebankan lagi  peniaga hingga perlu diminta ke RM2 juta setahun ?

Kelonggaran hingga RM500 ribu sudah cukup banyak sekali dan tindakan aduan peniaga ini dilihat hanya mencari alasan untuk tidak mahu bayar cukai . 

GST sudah dilaksanakan lebih 136 buah negara malah di Singapura sendiri juga dilaksanakan . Kalau sistem ini tak bagus , negara lain tak pakai pun GST ini . 

Jika kedai ubat tradisional di negeri lain seperti Indonesia, Thailand , Singapura sertai GST , mengapa 3 kedai runcit Penang ini tak mahu ?

 Alasan macam-macam    tak computer literate la , kedai kecil , guna buku 555 sahaja ... 



''Kesan negatif daripada pelaksanaan GST telah melandai beberapa sektor, khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional. Malah, terdapat sekurang-kurangnya tiga (3) buah kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di pekan kecil dalam kawasan Parlimen Balik Pulau (yang kini diwakili oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan) akan gulung tikar atau menghentikan perniagaan kerana sukar memenuhi syarat-syarat GST.

3. Oleh kerana pelaksanaan GST masih diharungi oleh persoalan apa yang boleh dan tidak dikecualikan serta mempunyai jawapan berbeza-beza yang mana akan menambahkan kos pengurusan, sekaligus membebankan peniaga-peniaga kecil, maka adalah wajar ianya ditangguhkan untuk suatu tempoh waktu sehingga semua kemusykilan ini dapat diperjelaskan.

4. Di samping itu, adalah perlu had 'threshold' jumlah jualan dikenakan GST dinaikkan daripada RM500,000.00 kepada RM2 juta setahun, demi membantu peniaga kecil. Pada masa yang sama, penurunan nilai matawang ringgit Malaysia menjadikan 'threshold' RM500,000.00 nilai jualan setahun mudah dicapai oleh peniaga kecil dan sekaligus membebankan serta menjejaskan mereka.




– Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjadikan tiga kedai runcit yang beroperasi puluhan tahun di Balik Pulau di sini sebagai contoh dalam menggesa Kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

 Menurut beliau, ketiga-tiga kedai itu akan gulung tikar atau
menghentikan perniagaan masing-masing kerana gagal memenuhi syarat-syarat pelaksanaan GST.

“Kesan pelaksanaan GST juga telah berlaku terhadap beberapa sektor khususnya industri perdagangan kecil seperti kedai runcit dan kedai ubat tradisional,” katanya.



 Beliau berkata demikian dalam surat rasmi yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan memohon supaya pelaksanaan GST yang akan dikuatkuasakan April ini ditangguhkan.

Menurut Guan Eng, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada mesyuarat penggal kedua 14 November tahun lalu sudah membuat ketetapan supaya GST ditangguhkan sehingga negara mencapai status maju dan berpendapatan tinggi.


Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan boleh mempertimbangkan permintaan itu bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi bagi meringankan beban kewangan mangsa bencana banjir di Pantai Timur. - UTUSAN-


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Jgn beri muka pada LGE... sebab 3 biji kedai, nk tangguh GST... nak untung sampai 1.5 juta baru nk kena GST..? dah kaut untung duit melayu berlipat kali ganda baru nk laksana GST... Peniaga Cina DAP boleh rugi teruk jika GST dilaksanakan..

  2. Anonymous says:

    Kita nak rakyat untung ka..? atau nak beri keuntungan kepada peniaga Cina DAP...??? Bodoh la marah kan kerajaan sanggup untung serta kayakan org Cina DAP..

  3. Anonymous says:

    Maybe he shud first reduce tariff air and yuran lesen perniaggan and tanya cina dapigs kedai runcit tu ada bayar income tax ke or how many buku kira kira dia orang maintain. Gst amongst others is to reduce black market activities

  4. Anonymous says:

    Yg sebenarnya bukan dia nak menolong 3 peniaga kecil tu, tapi peniaga2 cina yg besar2 yg selama ini mengelak dari membayar cukai sebab bawah GST susah mereka nak mengelak daripada membayar cukai.

    Kalau dia ikhlas nak membantu peniaga2 kecil kenapa tak mohom ditinggikan had pendapatan lebih RM500k ke tahap yg lebih tinggi, tak payah syorkan GST ditangguhkan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.