..

..

GUAN ENG DEDAHKAN LAGI RAHSIA ISU KG BUAH PALA !

on Tuesday, January 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Agak mengejutkan kelmarin bila di kamar mahkamah di mana Guan Eng mendedahkan satu lagi rahsia disebalik perobohan Kg Buah Pala iaitu di mana beliau  langsung tak tahu ikrar /janji Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan kampung itu .

Betul ke tak tahu ?? Nampak sangat bebenor menipu ...

Tak kan langsung tiada wakil Ketua Menteri turun ke kampung buah pala selepas menang sebab ini dijanjikan Anwar .

Atau pun Guan Eng cuba tuding jari menyalahkan Anwar dalam isu Kg Buah Pala dan dia seolah-olah suci  tak tahu apa berlaku isu kampung ini . 







GEORGETOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak tahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berikrar untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala.


   
"Saya tidak sedar mengenainya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP semasa disoal peguam Baljit Singh yang mewakili defendan pertama Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) Jimmy Lim Cheok Siang.
   
Guan Eng juga berkata beliau tidak tahu bahawa sebelum pilihan raya umum 2008, Anwar telah membuat ikrar itu kepada penduduk kampung berkenaan.
   
Kepada satu lagi soalan Baljit Singh sama ada Adun Seri Delima RSN Rayer dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy menjanjikan penduduk Kampung Buah Pala bahawa mereka boleh tinggal di kawasan itu buat selama-lamanya, Lim juga menjawab "saya tidak sedar mengenainya."
 



Guan Eng berkata demikian ketika memberi keterangan dalam pendengaran saman fitnah beliau terhadap Jimmy, Mtoday News Sdn Bhd dan wartawannya Athi Shankar.
   
Sementara itu, Guan Eng menegaskan hanya Georgetown diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
   
"Artikel itu ditulis tanpa mendapatkan komen serta penjelasan saya dan cuba untuk memfitnah saya sebagai ketua menteri dan sebagai individu," katanya.
   
Pada Januari tahun lepas, Lim selaku plaintif, memfailkan saman itu dengan mendakwa Jimmy telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tidak benar dan berniat jahat terhadapnya dalam satu sidang akhbar pada 6 Disember 2013.
   
Menerusi pernyataan tuntutan pindaan itu, Lim mendakwa defendan kedua dan ketiga juga telah secara sengaja, salah dan berniat jahat menerbitkan artikel berjudul 'Guan Eng has failed, says NGO' pada tarikh sama dan disiarkan dalam laman web Free Malaysia Today.
 
Guan Eng mendakwa artikel itu menunjukkan bahawa beliau seorang Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak berkaliber kerana cuba memusnahkan status warisan dunia yang dianugerahkan kepada negeri itu.
 
Beliau mendakwa artikel berkenaan juga menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin atau individu yang tidak prihatin terhadap kesejahteraan rakyat berbangsa India dengan cara mengakibatkan dan membenarkan pemusnahan kawasan yang dikenali sebagai Kampung Buah Pala.
   
Guan Eng menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, perintah untuk pihak defendan menarik balik artikel fitnah itu dan memohon maaf kepadanya atas penulisan dan penerbitan artikel tersebut, faedah, kos atau relif lain yang difikirkan sesuai.
   
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan bersambung 27 Februari depan. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.