..

..

ERIC PAULSEN LFL DAPAT DANA AMERIKA UNTUK HINA ISLAM NEGARA INI ??

on Tuesday, January 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat.

Siapa beliau? Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).

Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud.

Antara status terkini di Twitter beliau mengenai Islam ialah:
1) "Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik."- 6 Januari 2015

2) "Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ini." - 31 Disember 2014

3) "Lagi agamawan menjaja agama" (merujuk kepada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka) - 29 Disember 2014

4) "Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat Tuhan. Kisah benar." - 27 Disember 2014

5) "Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat?" - 24 Disember 2014

6) "Taliban menggila. Inilah akibatnya bila terlalu taksub dengan hukum (dan) haram tanpa tahu nilai agama, keadilan, belas kasihan (dan) penyayang." - 17 Disember 2014

7) "Tak faham obsesi Pas dengan hudud. Ia tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden." - 14 Disember 2014




LFL yang diasaskan beliau pula adalah pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang yang bermatlamat mencabar keputusan dan tindakan tidak berperlembagaan yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa lain.

Berdasarkan laman web National Endowment for Democracy (NED), LFL mendapat dana sebanyak AS$45,000 (RM160,000) setiap tahun dari 2011 hingga 2013.
NED adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat mengembangkan dan mengukuhkan institusi demokrasi di seluruh dunia.

Mendapat dana daripada Kongres AS, NED menyokong lebih 1,000 projek kumpulan bukan kerajaan di lebih 90 negara.

Menurut laman web NED, sejak penubuhannya pada 1983, NED mengetuai perjuangan demokrasi di dunia dan kedudukannya sebagai badan bukan kerajaan memberikan yayasan itu fleksibiliti untuk bertindak segera apabila ada peluang perubahan politik di mana-mana negara. -SINAR HARIAN -


3 Responses

  1. Anonymous says:

    LFL ejen Yahudi.

  2. Anonymous says:

    menegakkan DEMOKRASi atau MELAGA2KAN RAKYAT.

    Banyak NEGARA KACAU BILAU dgn DANA AMERIKA

  3. Anonymous says:

    Ajen ini kepala dia di mesia ialah bang non mangkuk ni bukan saja bawa demokrasi usa tapi bawa skali pluralisme lgbt dan murtad....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.