..

..

BERLAJAR DARI KES SIRUL , TIBAI GESA KDN RAMPAS PASPORT ANWAR !

on Thursday, January 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa bertindak merampas pasport antarabangsa milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga mendesak agar Anwar diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian termasuk kawalan polis sementara menunggu keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini.

Menurutnya, laporan polis ini dibuat kerana mahu belajar daripada kes yang melibatkan Koperal Sirul Azhar Omar dalam kes pembunuhan Al-Tantuya.

"Dia memiliki pasport, dia boleh terus terbang ke Australia, di sana tanpa perlu merayu perlindungan politik, dia tidak dikembalikan kerana kerajaan Australia sebuah kerajaan yang anti dengan hukuman mati.

“Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Sementara itu, Naib Presiden, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendakwa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.

"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.

"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.