..

..

APA MASALAH KERAJAAN DAP TOLAK SAMBUT MAULIDUL RASUL GUNA MASJID NEGERI ? @dzainalabidin @ReezalMerican @NajibRazak

on Sunday, January 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Ramai yang tidak tahu bahawa lokasi sebenar sambutan Maulidul Rasul hari ini di USM dihadiri 10 ribu umat Islam kelmarin  dianjurkan Majlis Tindakan Persekutuan P.Pinang adalah di Masjid Negeri .

Tetapi ianya ditolak oleh kerajaan Negeri P.Pinang diperintah DAP  walaupun dihantar surat pemohonan rasmi  .  Sebelum ini sambutan ini  pernah dibuat di Seberang Perai & dibenarkan menggunakan Masjid Daerah Sbrg Perai Tengah  .

Kali ini sahaja dihalang dan adakah perarakan itu dilihat satu masalah di kawasan sekitar Masjid Negeri ?

Apakah mereka tak benarkan sebab yang berhimpun adalah majoritinya  orang UMNO ??  

Tapi apa  macai2 mereka jawab ..mengapa Pusat buat asing dan negeri buat asing ? 

Apa masalahnya buat asing ??  Ada juga sekolah2 agama membuat asing sambutan dan adakah itu dilarang ? 






Kesal dengan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan agensi pusat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun ditolak tanpa sebarang alasan spesifik, pihaknya menerima keputusan itu dengan redha.

Walaupun tidak mahu perkara ini dipolitikkan, beliau sedih dan terkilan apabila permohonan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri ditolak tanpa sebab .

"Jika kerajaan negeri tidak mahu buat (perarakan), tidak mengapa, itu hak masing-masing dan pilihan mereka. Bagi saya, perarakan ini sejak dari dulu lagi tidak pernah menimbulkan rasa tidak senang pada semua kaum.

"Saya juga terkilan apabila perarakan ini dilihat seperti satu 'masalah' apabila kita minta kebenaran melalui surat rasmi, dibalas dengan surat penolakan. Ia seolah-olah satu aktiviti yang memudaratkan," katanya kepada media selepas menghadiri sambutan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

Reezal yang juga Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian jika membenarkan agensi kerajaan pusat mengadakan sambutan itu di Masjid Negeri seperti perancangan awal.

"Saya minta kerajaan negeri faham kerana mereka tidak akan rugi apa-apa jika memberi kebenaran,. Malah, mereka akan dipandang tinggi kerana membenarkan kita mengadakan sambutan di situ dengan mengenepikan soal politik. Masjid Negeri adalah ikon keislaman di negeri ini, sebab itu kita pilih.

"Seperti hari ini, kerajaan negeri mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. Ia masjid yang dibina kerajaan pusat namun kita tidak ada masalah jika ia mahu digunakan untuk kebaikan. Kita tidak akan halang dan tidak pernah menghalang," katanya.

Menurutnya, surat penolakan itu ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan diserahkan kepadanya pada 23 Disember lalu.






"Saya pasti, beliau hanya menjalankan tugas. Kita faham, tugasnya hanya menerima arahan. Saya tidak salahkannya.

"Kita terima dan alhamdulillah walaupun majlis ditukarkan tempat ke USM, sambutan itu amat menggalakan. Seperti yang dimaklumkan, kita akan adakan sambutan dan perarakan ini sebagai acara tahunan," katanya. -sinar harian -


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Biasa lah tu kalau apek ada kuasa mana lagi mahu menghormati orang.DAP tu ada PAP perchaya tak?
    Ini perengkat awal chuba testing machai2 dulu kalau machai2 islam yang bodoh diam aja! nanti tahun depan Apek kata tak boleh berarak lagi dengan alasan keselamatan.Dah berpuloh tahun pun berarak tak ada benda pun.
    Puncha selamat tak ada masa'alah semasa berarak di hari Mau'ulut rasaul kerana dulu P.Pinang di perentah orang Melayu yang berarak orang Melayu jadi orang2 Melayu bersatu kuat di hari yang mulia tu,jadi Apek jadi takut.
    PAP sudah pun berjaya memansohkan perarakan di hari keputeraan Rsulallah di singapura sejak kejadian rusoh kaum 1964.Rusohan itu sebenar nya ada lah chiptaan LEE KUAN YOU sendiri dengan mengunakan kongsi gelap china membuat probokasi2 semasa perjalanan perarakan di jalankan.Dari tahun 1962 mereka mulai bila perarakan berjalan sampai lepas Kalang Gas merek si gengster china mulai buang batu ,kacha dari atas tingkat dua.Begitu juga setrus nya kejadian berlaku lagi buangan batu dan kacha di tahun perarakan 1963.Tahun 1964 juga di tempat yang sama apabila mereka terus lakukan pembuanagan batu dan kacha maka orang Melayu terus bertindak meluru keatas lalu bermula lah rusohan kaum antara China dan Melayu di waktu itu.
    Maka tu machai2 Melayu jangan jadi bodoh terus macam Mat sabu diam aja kerana bulan2 ada duit masok tapi kamu machai dapat apa?

  2. Anonymous says:

    Bila Melayu dah berjaya dipecah belahkan oleh puak2 cina DAP, apa lagi nak diorang takut dengan Melayu?
    Ada PAS Pulau Pinang bersuara demi Bangsa dan Agama????

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.