..

..

ALAHAI ...AMK PKR KATA TAK SIHAT LANTIK DR MAZLAN PENGERUSI SKMM

on Friday, January 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments

Apa masalahnya AMK PKR meroyan sangat jika Dr Mazlan Ismail dilantik menjadi Pengerusi SKMM ? 
Sebab ia orang UMNO  dan akan mempolitikkan jawatan itu ?? 

Bagi GPB dia adalah calon yang layak dari segi kelayakan kerana pernah menjadi Pengurus Besar TM  .Beliau memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Elektronik daripada Universiti Salford, United Kingdom (UK) dan mempunyai Ijazah Sarjana dalam Operational Telecom daripada Universiti Co- ventry, UK serta Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia atas biasiswa TM.

Kalau Nik Nazmi mempersoalkan jawatan ini kerana orang politik , sepatutnya jawatan-jawatan di GLC kerajaan negeri PR & Ahli Majlis PBT di negeri Selangor , Kelantan dan P.Pinang patut semua letak jawatan sebab ia tak sihat !! 



SKMM perlukan seseorang yang berkredibiliti untuk menangani kes-kes fitnah dan tohmahan di dunia siber. SKMM perlukan seseorang yang boleh berkata kepada Peguam Negara ‘teruskan dakwaan kerana SKMM ada bukti kukuh, masih disimpan kemas data fitnahnya,’.



Angkatan Muda PKR (AMK) bimbang sekiranya kerajaan benar-benar melantik seorang pemimpin BN, Mazlan Ismail ke jawatan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pergerakan itu bimbang bahawa pelantikan itu akan memberi “perkembangan tidak sihat”.

Katanya, ini memandangkan Mazlan pernah bertanding untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar milik Umno,Utusan Malaysiajuga mempromosi Mazlan sebagai calon yang diura-urakan ke jawatan berkenaan.

“Kontrak (pengerusi sebelum ini) Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.

“Akhbar milik Umno, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.

"Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

Sementara itu, MP Bayan Baru Sim Tze Tsin dalam kenyataannya berkata pelantikan Mazlan mungkin memberi kuasa kepada Umno untuk mengawal Internet.

“PKR melihat perkara ini sebagai tindakan mempolitikkan badan pengawal Internet dan menguatkan kawalan Umno ke atas Internet.

“Ini boleh membawa kepada tindakan keras ke atas suara tentangan di Internetm seperti laman berita dalam talian, media sosial dan blog independen.

“Dengan perkembangan baru ini, PKR bimbang jika benteng terakhir yang menjaga kebebasan Internet akhirnya dibolosi dan ditawan," kata Sim dalam kenyataannya.


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Betul ker kata MP Bayan Baru Dr Mazlan salahj guna kuasa kontrol Internet??? Cuba tanya kenapa Lim Guan Eng boleh suruh Dewan Perniagaan Cina pulau Pinang melantik Isteri Guan Eng jadi AJK dalam dewan tersebut????

  2. Anonymous says:

    Memang ini sesuatu yg tidak sihat. Serius tidak sihat. Sebab lepas ni pkr, dap dan pas akan susah untuk menghasut, memfitnah dan memburukkan kerajaan. Itu je jawapannya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.