..

..

AKHBAR CINA USIK ISTERINYA MENGAPA GUAN ENG TUDING JARI KEPADA BN ? @dzainalabidin @Rrafizal

on Monday, January 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PULAU PINANG 18 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditempelak kerana terus menyalahkan pihak lain ter­utama Barisan Nasional (BN) dan media arus perdana setiap kali ter­babit dalam isu yang tidak menye­belahi beliau.

Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow berkata, Guan Eng sepatutnya mencermin diri terlebih dahulu dan melihat kesalahan sendiri sebelum bertindak menuding jari kepada pihak lain terutama media arus perdana yang didakwa kononnya prokerajaan.

Dalam isu membabitkan isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Betty Chew, Chang Yeow berkata, perkara tersebut banyak didedahkan media yang selama ini dilihat propembangkang  bukannya media arus perdana.

“Malah, BN negeri sendiri tidak berminat dengan isu pelantikan Betty dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) meskipun selepas media mendedahkan perkara berkenaan. Jadi, mengapa Guan Eng menuding jari kepada BN negeri dan media arus perdana kononnya mensensasikan isu tersebut?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu pelantikan Betty sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC dipertikai beberapa pihak kerana status beliau sebagai isteri kepada Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.

 Pelantikan Betty itu juga menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.

Kok Ping sebelum ini pernah didenda sebanyak RM30,000 oleh mahkamah selepas syarikatnya, General Accomplishment Sdn. Bhd. didapati bersalah kerana menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau atau lebih dikenali sebagai Bukit Botak tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan Betty sudah menolak jawatan yang ditawarkan PCCC tersebut ekoran kontroversi yang tercetus. -


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.