..

..

AHLI POLITIK HENTI BERBALAH , BANJIR BESAR PERINGATAN UNTUK UMAT ISLAM - KAZIM ELIAS

on Thursday, January 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias al Hafiz @ Ustaz Kazim turut mengingatkan ahli politik supaya menghentikan segala perbalahan terutama ketika negara sedang dilanda banjir besar.

“Cukup-cukuplah berpolitik... orang kita berpolitik 24 jam tidak habis-habis. Bawa-bawalah untuk berbincang elok-elok, takkan nak bertelingkah sampai mati? Rakyat bawahan letih dengan isu yang tidak habis-habis," katanya.

Mohd Kazim turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas daripada agensi kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik dan sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir di semua negeri yang berkenaan terutama di Pantai Timur yang dilanda bah dan disifatkan bencana paling buruk sejak 1962.

Dipetik daripada kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sosial Facebook beliau, Mohd Kazim turut mengajak semua rakyat negara ini tidak kira latar belakang juga ideologi untuk membantu dengan apa yang termampu.

Selain itu, beliau turut menyeru semua umat Islam di negara ini menghentikan program yang boleh melalaikan pada musim banjir dan digantikan dengan solat hajat.

Katanya, bencana banjir boleh disifatkan sebagai peringatan untuk umat Islam di negara ini untuk kembali kepada ajaran agama yang sebenar.

“Jangan lagi dihina kalimah ALLAH, jangan lagi dibenarkan lelaki berpakaian wanita, jangan lagi menghina hukum hudud, malah carilah jalan supaya umat Islam bersatu.


“Tolaklah ajaran pluralisme dan liberalisme. Jangan dibuat lagi pesta minum arak pada bulan Oktober dan mana-mana bulan sekalipun,” katanya.


Beliau juga berkata, stesen televisyen di negara ini perlu menjadi penyumbang kepada kebangkitan akhlak yang baik dan tidak menganjurkan program sia-sia.

Dalam pada itu, seorang pembaca Sinar Harian ketika menghubungi pejabat akhbar ini semalam mengatakan,  musibah seperti bencana alam meskipun bersabit dengan faktor geografi, juga mengandungi makna yang tersirat untuk kita sama-sama fikirkan.

"Ia tidak terjadi atas faktor geografi semata-mata. ALLAH sedang menguji kita sebenarnya... sama ada kita nak insaf, bermuhasabah apa kesilapan yang kita telah buat atau sebaliknya," katanya.

Mengambil contoh  kesan tragedi tsunami yang berlaku di Aceh 10 tahun lalu yang akhirnya menamatkan konflik politik di wilayah itu antara pemerintah Republik Indonesia dengan Gerakan Acheh Merdeka (GAM), beliau berkata, bencana banjir di negara ini walaupun tidaklah seberat itu, apa yang berlaku tetap ada hikmah di sebaliknya.

"Jadi saya kira, sudah sampai masa untuk ahli-ahli politik kita, tidak kira dari sebelah mana, dari parti mana untuk duduk merenung diri apa yang telah mereka lakukan untuk rakyat negara ini? Apa kesannya kepada masyarakat?

Sampai bila mereka hendak berpolitik? Bukan tidak boleh berpolitik tetapi carilah jalan yang terbaik untuk kita mengelakkan perpecahan dalam masyarakat," katanya.

Berpolitik, katanya tak akan habis walaupun dibahaskan setiap hari.

"Kalau nak bercakap tentang perbezaan, memang banyak. Tak akan habis tetapi ke arah mana kita hendak bawa masyarakat kita, pengikut kita? Cukup-cukuplah... Jadikanlah ini masa untuk kita bersatu, titik tolak untuk kita bersatu selama-lamanya.

"Biarlah ideologi berbeza tetapi bukan dalam pergaulan, silaturahim, apa lagi saudara seagama. Biarlah politik jadi cara untuk memilih pemimpin yang terbaik mengikut sistem demokrasi, bukan untuk memburukkan, menghodohkan sesama sendiri," katanya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Selagi ada manusia bernama Nik Aziz, Mampus Omar , selagi itulah Umno/Pas tidak akan bersatu.
    Nik Aziz tak minta bantuan syaitan ka.

  2. Anonymous says:

    orang emayu ni macam orang arab gak ustaz..berbalah dan berperang sesama sendiri sejak zaman jahilliah lagi !!! Mcm mcm puak dan kabilah ada ..Kabilah Nik Aziz, Kabilah Hadi Kabilah Phahrolrazi, Kabilah Nasaruddin Mat Esa, Kabilah Mat Sabu, Kabilah Nasruddin Tantawi, Puak Hussam, Puak Mahfuz, Puak Khalid Samad, Puak Mohd Abduh, Puak Salahuddin..dan banyak lagi, itu belum lagi Kabilah dan Pauk dari Perkampungan Sheikh Al Juburi dan "Khalifah Umar Abdul Aziz Guan Eng" ...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.