..

..
Archive for October 2014

default

HADIAH SUT MAHAL BRIONI KEPADA SAIFUL SEBENARNYA DIPAKAI JAMES BOND

on Friday, October 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Hari ini seperti dijangka hujah balas Ketua Pendakwaraya TS Muhamad Shafee Abdullah berjaya menenggelamkan hujah-hujah  peguambela DSAI . 

Menariknya salah satunya  hujah  Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pagi tadi "Anwar bukan seorang perayu biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda. 

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun lumayan serta dihantar ke luar negara. 

Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke Hong Kong. 

Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan wujud "hubungan".

 Dan ketahuilah kau orang semua Fakta ini. Saiful Bukhari beri keterangan secara bersumpah dan disoal balas Karpal Singh. Anwar  pulak beri keterangan tanpa bersumpah dan tak boleh disoal balas oleh pendakwaraya

. Malah waktu Saiful Bukhari memberikan keterangan diperingkat mahkamah tinggi Anwar Ibrahim mohon pada mahkamah agar ianya dibicarakan secara tertutup dan tidak boleh dihebahkan keterangan keterangan yang Saiful Bukhari berikan. -





PUTRAJAYA 31 Okt - Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah baru sahaja menamatkan hujah balas rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Ketika ditemui beliau berkata, beliau telah membentangkan kira-kira 20 peratus hujahan. 
Hujahan balas akan bersambung Isnin nanti sehingga 1 petang dan pada hari Selasa. 
Muhammad Shafee menolak teori konspirasi kononnya kes berkenaan bagi menjatuhkan kedudukan Anwar. 
Kata beliau, kes ini adalah kes penderaan seksual antara majikan dan pekerja iaitu antara Anwar dan pembantu beliau, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas. 
Muhammad Shafee berkata, kes penderaan seksual tidak hanya berlaku kepada wanita tetapi juga kepada lelaki.
Dalam kes ini Muhammad Shafee menegaskan Mohamad Saiful Bukhari mempunyai hak untuk mendapatkan pembelaan - Rakyat News



Anda baca laporan portal media di bawah :
9.20am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya dengan berkata sepanjang kes pendakwaan, keseluruhan pembelaan Anwar adalah tertumpu kepada konspirasi politik untuk mengenakan ketua pembangkang dengan jenayah tersebut.

Katanya, beliau akan menganalisisnya dan akan bermula dengan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

9.25am: Shafee berkata, menurut Anwar, ia adalah satu konspirasi peringkat tertinggi dari PM hingga ke pegawai penyiasat dan bahkan mengaitkannya dengan bekas PM, Dr Mahathir Mohamad.

Shafee berkata, Anwar juga mendakwa Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam konspirasi itu bersama-sama dengan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Shafee lagi, Anwar telah mengadu bahawa dokumen-dokumen tidak disediakan kepada pihak pembelaan dan ketua pembangkang itu mendakwa pihak pendakwa juga merupakan sebahagian daripada konspirasi itu.

9.30am: Shafee berkata Anwar memasukkan Umno dan media (arus perdana) sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut.

Anwar, katanya, juga menyerang hakim perbicaraan, dan ia penghinaan mahkamah yang serius oleh ketua pembangkang itu

Meskipun demikian, kata Shafee, hakim perbicaraan tetap sabar.

9.35am: Shafee berkata Anwar membuat keributan dengan memberi keterangan di kandang tertuduh yang hakim 'pre-judged' beliau.

Beliau berkata, kita tidak boleh lupa bahawa terdapat 60 penangguhan dan terdapat banyak permohonan yang benar-benar tidak dalam undang-undang seperti di sini dan Komanwel.

Anwar, katanya, juga menyerang badan kehakiman, termasuk bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak.

Katanya, Anwar seterusnya mendakwa penglibatan Najib, Rosmah, Rodwan dan juga IGP Musa.

Shafee seterusnya menyentuh kenyataan Anwar dari kandang tertuduh mengadu bagaimana dia boleh memberi keterangan di kandang saksi kerana mendakwa wujudnya apa yang dikatakan diskriminasi terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee menegaskan bahawa dalam pengalamannya sebagai seorang peguam, pihak pembelaan tidak pernah dibenarkan memperolehi dokumen seperti kenyataan saksi yang tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Kata Shafee, Anwar membayangkan yang sampel telah sengaja diletakkan oleh pihak polis.

Ini, tegas Shafee, adalah tuduhan yang jelas terhadap IO (pegawai penyiasat) bahawa dia telah mengenakan Anwar.

Menurutnya, DNA 'Lelaki Y' ditemui di tempat sulit Saiful. Malah, tegasnya, DNA 'Lelaki Y' yang sama ditemui di sel IPK KL.

'Bagaimana anda mendapatkan air mani segar dari tertuduh yang mana sudah kira-kira 60 jam lamanya dari pengadu?"


9.50am: Pendakwa Shafee berkata Anwar juga mengkritik kredibiliti mahkamah perbicaraan yang memanggilnya membela diri.

"Pendek kata, skandal ini lebih buruk dari skandal di Monaco seperti yang dikatakan oleh (hakim) Eusoffe Abd Kadir," kata Shafee berseloroh dalam menggambarkan kenyataan Anwar dari kandang tertuduh.

"Namun begitu, bagaimana anda menjelaskan air maninya di bahagian sulit Saiful," kata beliau.

9.54am: Walaupun kritikan Anwar terhadap hakim, Shafee berkata, hakim yang sama yang membebaskan beliau.

Beliau berkata kejadian liwat didakwa berlaku adalah jam 3 petang dan 4.30 petang di kondominium Desa Damansara.

Shafee berhujah bahawa apabila Saiful berkata, dia tidak berbuat demikian secara sukarela, IA berbeza dengan kerelaan.

"Ia adalah kawasan kelabu (grey area) di mana hati saya berkata tidak, tetapi apa yang hendak saya lakukan apabila majikan saya dominan sepenuhnya? Ia tidak ada kaitan dengan kerelaan."

10.10am: Shafee menjelaskan tugas Saiful sebagai pembantu Anwar.

Katanya, Saiful ikut ke mana-mana bersama tertuduh, Singapura dan Hong Kong dan diberi elaun, di mana dia mengikut tertuduh.

Semua ini, Kata Shafee, walaupun Saiful tidak habis belajar di universiti.

"Anwar juga memberinya Brioni suit, yang saya pun tak ada. Mengapa Anwar perlu mengekalkan hubungan yang demikian (dengan Saiful)," soalnya.

10am: Shafee berkata adalah lebih mudah bagi pihak pendakwa untuk mendakwa dan membuktikan kesnya jika perbuatan itu dilakukan dengan kerelaan, daripada bukan dengan kerelaan.

Katanya, saksi (Saiful) boleh dipercayai dan macam ada kebenarannya.

Beliau menambah bahawa Saiful bukan rakan subahat.

10.15am: Shafee berkata selepas cuba untuk mengatur jadual hari itu,Anwar bertanya kepada Saiful, "Bolehkah saya f ** k you hari ini?"

Ini menunjukkan hubungan intim antara mereka, hujah Shafee.

Saiful, katanya, keberatan dan Anwar marah dan mereka pergi ke bilik tidur utama dan di sanalah mereka melakukannya.

10.15am: Shafee seterusnya membaca apa yang didakwa berlaku
pada hari itu untuk menunjukkan bahawa Saiful tidak mungkin mereka keterangannya di mahkamah.

Katanya, pemeriksaan balas oleh Karpal (Singh) di mana sebelum meninggalkan kondominium tersebut, mereka (kedua-dua Anwar dan Saiful) minum Nescafe tiga dalam satu dan karipap.

"Saiful berkata pintu ke kondominium itu terkunci dari dalam apabila mereka melakukannya. Saiful berkata dia mempunyai peluang untuk lari, tapi dia tidak boleh."

"Dia mengakui dia mempunyai peluang untuk lari. Anda tidak dipaksa, Karpal bertanya, tetapi Saiful menjawab dia tak rela."

Shafee berkata, kejadian itu berlaku atas karpet di tepi katil.

Shafee menjelaskan kejadian liwat itu tidak berlangsung 30 minit kerana di antaranya Saiful mencuci dirinya dan ini berjumlah setengah jam.

10.25am: Shafee berkata Saiful menunjukkan (perbuatan fizikal) di tempat kejadian apabila hakim perbicaraan melawat kondominium itu.

Beliau selanjutnya menceritakan insiden liwat itu, dengan memperincikan bagaimana Saiful diminta memegang zakar Anwar dan memasukkannya ke dalam duburnya di mana dia telah memakai beberapa bahan pelincir.

Shafee memetik Saiful sebagai berkata Anwar sangat kasar dan dia sembur (air maninya) ke dalam Saiful.
10.28am: Shafee berkata Saiful mengadu sakit di dubur dan perutnya.

Walaupun Karpal menegaskan kepada Saiful bahawa kejadian itu tidak berlaku, saksi pendakwa tetap berkata yang ia berlaku.

10.33am: Shafee berhujah bahawa Anwar bukan seorang perayu
biasa kerana dia berkarisma dan mampu mempengaruhi seorang anak muda.

Shafee berkata selepas perilaku seksual itu, Anwar menasihatkan Saiful juga tidak mengabaikan solat.

Katanya, ini menunjukkan mereka adalah mesra dan menunjukkan macam ada kebenarannya.

"Saiful mengaku dia takut pada Anwar," kata Shafee sambil menambah bahawa perbualan itu berlaku ketika mereka sedang minum kopi dan makan karipap.

10.37am: Mengenai KY jelly tidak dijumpai di atas karpet yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata keterangan Saiful menyatakan bahawa ia mungkin jatuh ke atas permaidani atau tuala yang mereka pakai semasa melakukan seks itu.

Shafee juga menegaskan bahawa karpet tidak dijumpai dari unit kondominium di mana Anwar dan Saiful melakukannya.

"Ironinya karpet itu ditemui di unit lain," kata Shafee.

10.41am: Shafee kini berhujah tentang beg plastik P27 yang mengandungi semua spesimen yang diambil dari Saiful.

Shafee menegaskan bahawa ia tidak ditutupkan secara 'heat sealed'.

Merujuk kepada keputusan hakim yang membebaskan Anwar, Shafee berkata hakim membuat kesilapan tentang gangguan pada beg plastik tersebut.

Hujahnya, apabila meterai luar rosak, meterai di dalam tetap utuh.

10.47am: Hakim Arifin meminta mahkamah berihat seketika.

11.12am: Mahkamah disambung semula.

11.15am: Shafee meneruskan hujahnya di mana beliau menunjukkan beg plastik telus P27.

Beliau berkata IO (pegawai penyiasat) memotong plastik dan membiarkannya tergantung bagi menunjukkan tidak ada niat yang tidak diingini.

Beliau membacakan 'swab' yang diambil dari Saiful di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya bekas plastik dimeterai (sealed) dan Dr Siew Sheue Feng memberi keterangan beliau memeteraikannya dan menandatangan di atasnya dan meminta Saiful untuk menandatanganinya.

Menurut Shafee, ia adalah "tamper proof"


"Saksi pembelaan mengatakan semua ini adalah 'tamper proof', tetapi tidak plastik besar (P27). IGSO menyatakan setiap sampel mesti dipisahkan dan dibungkus," tambahnya.

IGSO ialah Perintah Tetap Ketua Polis Negara.

11.20am: Shafee membacakan sebahagian daripada IGSO yang menetapkan bahawa setiap sampel perlu dibungkus berasingan dan setiap sampel perlu disertakan dengan borang Polis 31.

"Apa yang dilakukan oleh pegawai penyiasat (IO) adalah memotong plastik, meletakkan sampel berasingan di dalam sampul dan meletakkannya di dalam beg.

"P27 ini dijadikan isu dan ini menyebabkan tertuduh bebas,” katanya.

Shafee menegaskan bahawa IO tidak mengusik sampel tersebut tetapi hanya meletakkannya berasingan.

"Sampel intim ini dihantar kepada Seah pada 30 Jun, manakala sampel kedua (Anwar) dihantar pada 17 Julai dan diberikan kepada seorang lagi ahli farmasi ((Noraidora Saedon).

"Dari mana IO boleh dapatkan sampel mani di antara (30 Jun dan 17 Julai) untuk mengubah (sampel pertama)?,” soalnya.

11.35am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Jude hanya menanda sampel "intim” dan polis hanya mematuhi IGSO.

"Ringkasnya, ketika Seah menerima sampel tersebut beliau ditanya sama ada materai HKL masih utuh di sampel berkenaan, dan beliau menjawab ia masih utuh,” katanya.

11.45am: Shafee berkata tindakan doktor HKL, Dr Siew Sheue Feng yang menandatangani sampul spesimen dan juga mendapatkan tandatangan Saiful adalah memadai untuk mengelakkannya daripada diusik.

Katanya, sampel itu seterusnya dimaterai dengan materai polis.

11.55am: Shafee berkata tindakan Jude bukanlah gangguan ke atas sampel, dan menyatakan beberapa kes untuk membuktikan sebab sampel tersebut perlu diterima.

Beliau seterusnya bertanya bagaimana seseorang boleh mendapatkan sampel spermatozoa Anwar untuk membolehkan sampel itu diganggu.

"Sekiranya seseorang berpendapat (bahawa DNA tersebut) boleh dimasukkan daripada sampel yang diambil daripada sel Anwar, ia tidak boleh dilakukan kerana ia berlangsung dalam tempoh masa berbeza,”katanya.

Samep Saiful dihantar pada 30 Jun manakala sampel Anwar diambil dan dihantar kepada ahli kimia pada 17 Julai MK

default

HOT !! CM PENANG DEDAHKAN TEMUI CARA TERBAIK DI DUNIA ATASI BANJIR DI NEGERINYA @dzainalabidin

on Thursday, October 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Bertuah rakyat P.Pinang memiliki Ketua Menteri DAP yang memiliki otak genius bagi mengatasi banjir paling terbaik di dunia .

"  Asalkan  tiada hujan   pasti  tidak akan berlaku banjir " .. itu adalah idea paling bijak CM yang disayangi rakyat PP terutama kaum Cina di negeri ini .

 Sepatutnya semua jurutera JPS dan pakar kejuruteraan di negara  ikut cara Guan Eng kerana ia boleh jimat &  tak pakai sekupang pun duit rakyat   untuk mengatasi masalah banjir ...HAHAHA...






GEORGETOWN -    Hampir keseluruhan bahagian di Bayan Baru dan Relau telah dilanda banjir kilat semalam dan kejadian tersebut merupakan yang paling teruk dilaporkan melanda kedua-dua kawasan pada tahun ini dimana kedua-dua kawasan tersebut menjadi laluan utama kepada kenderaan ringan yang lalu-lalang.

Hujan dilaporkan bermula dari jam 11 pagi telah menyebabkan beberapa kawasan rendah telah dinaiki air setinggi paras lutut.Banyak kenderaan-kenderaan dilihat tersangkut di dalam banjir kilat tersebut.

Selain itu, kejadian itu telah menyebabkan lalu lintas menjadi sesak kerana bilangan penduduk di kawasan berkenaan agak padat dan juga laluan disekitar tempat kejadian sering menjadi tumpuan penduduk di sekitar negeri ini.



Seorang penduduk Bayan Baru yang merupakan peniaga di situ, Faten Rafie, 40, berkata bahawa banjir kilat ini berlaku selepas hujan turun selama 30 minit dan rata-rata penduduk tidak dapat menyelamatkan harta benda mereka.

"Ini adalah kali pertama banjir kilat melanda di kawasan kami. Pada masa itu, saya berada di Mayang Mall Bayan Baru, namun air naik terlalu cepat. Saya pasti ini mempunyai kaitan dengan projek-projek yang dilakukan di sini,” ujat Faten kepada media.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Tengah berkata salah satu daerah yang terjejas teruk adalah di hadapan SK Seri Relau,dimana ia telah dibanjiri dengan air berlumpur.  Beliau berkata bahawa banyak van dan kereta telah separa tenggelam akibat daripada banjir itu.

default

BEKAS HAKIM JADI PEGUAMBELA ANWAR , MAJLIS PEGUAM DIBIDAS KERANA MEMBISU !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Badan Peguam Malaysia perlu menjelaskan mengapa Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, Datuk Seri Gopal Sri Ram dibenarkan mewakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes sodominya.  

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu bertentangan dengan usul badan peguam itu pada mesyuarat agung tahunannya awal tahun ini. 

Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim-hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang dari mewakili anak guam di mahkamah.

Menurut Tan, jika amalan sedemikian dibenarkan ia mungkin memberi kesan 'intimidasi' terhadap hakim mahkamah, dan lebih buruk lagi, ia memberi persepsi bahawa hakim bersara/peguam berkenaan dan anak guamnya memiliki kelebihan ke atas peguam lain. 

"Pemuda Gerakan menggesa badan peguam itu menjelaskan sama ada dalam hal ini terdapat pengecualian istimewa buat Anwar," katanya.

Bagaimanapun, pada September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersara boleh bertindak sebagai peguam dalam kes sivil.  

Panel lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rauf Sharif memutuskan bahawa ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak (seseorang) meraih sumber pendapatan. - Bernama

default

KEPUTUSAN MAHKAMAH DIKETAHUI JUMAAT , ESOK HUJAH BALAS PENDAKWAAN

on Wednesday, October 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



PUTRAJAYA 29 Okt - Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari kedua hari ini.

Prosiding hari ini dimulakan pada jam 9.42 pagi.

Ia dimulakan dengan peguambela Anwar, N. Surendran menyambung dan merumus hujahnya semalam mengenai kewujudan konspirasi tertentu yang digunakan dan menjejaskan kredibiliti hujah dan bukti pihak pendakwa sepanjang proses perbicaraan Anwar.

Selepas Surendran merumuskan hujahnya, tiba giliran peguambela Sangeet Kaur Deo untuk mengemukakan pula hujahannya.

Dalam penghujahannya sekitar 9.50 pagi, Sangeet mengulangi hujahan yang Saiful adalah saksi yang tidak boleh dipercayai dan mempersoalkan cara bagaimana sampel DNA diperolehi.

Sangeet memberitahu panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mengenai  keraguan kaitan antara DNA dan barang bukti yang digunakan dalam pendakwaan terhadap Anwar.

Barang bukti yang disebutkan itu ialah berus gigi, tuala muka dan botol air.

Antara lain, Sangeet mempertikai kaitan tersebut berdasarkan rekod anggota polis yang mencatat pergerakan Anwar ketika dalam tahanan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan yang diambil daripada anggota polis terbabit, tidak direkodkan secara jelas tentang penggunaan barang bukti tersebut oleh Anwar.

Sangeet memetik keterangan tersebut yang menyatakan bahawa anggota polis itu hanya 'mendengar' Anwar memberus gigi, dan bukannya 'melihat'.

Sangeet juga menekankan tentang kegagalan pihak pendakwa mengaitkan bukti DNA yang diambil dari dubur Mohd Saiful Bukhari dengan DNA yang diambil daripada barang bukti berkenaan.
 

Sehingga jam 10.50 pagi tadi, penghujahan Sangeet masih berlangsung dan perkara seperti tangkapan tanpa waran dan barang bukti yang diambil secara paksa turut disebutkan.

Sangeet juga membangkitkan berkaitan sampel DNA dari barang kes dan dubur Saiful yang dikatakan sepadan dengan 'Lelaki-Y' sebelum ini.

Mahkamah katanya tidak pernah mengaitkan DNA 'Lelaki-Y' itu dengan Anwar dan ia boleh menjadi milik sesiapa sahaja.

Selepas sesi rehat sebentar pada jam 11.10 pagi, Sangeet  menyambung hujahnya tentang isu waran tangkap pula.

Dia menyifatkan penggunaan waran tangkap asal semasa perbicaraan terhadap Anwar sebagai tidak mengikut saluran undang-undang.

Sehubungan itu, ia membawa kepada penahanan dan pengambilan barang bukti secara salah bagi digunakan dalam mahkamah.

Sangeet turut membentangkan kepada sidang mahkamah mengenai siri dokumen yang tidak diterima pihak pembelaan.

Menghuraikan perkara itu, Sangeet menyatakan bahawa tiada sebab permohonan pihak pembelaan untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut ditolak.

Ia perlu bagi memastikan keseimbangan perbicaraan yang saksama bagi kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan.
 
Justice for Saiful

Pada jam 12.20 tengah hari, peguam Ramkarpal Singh meneruskan hujah dengan menekankan aspek saintifik mengenai sampel DNA yang dilabel sebagai 'Lelaki-Y'.

Menurutnya, pihak pendakwa gagal untuk membuktikan bahawa sampel itu ialah Anwar.

Sampel tersebut, kata Ramkarpal, masih tidak diuji sepenuhnya.

Dalam situasi tertentu, selain daripada mengenal pasti dan mengesahkan kod DNA dalam sesebuah pembuktian kes, mahkamah juga perlu mengambil kira pada faktor-faktor persekitaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Ramkarpal secara terperinci menghuraikan tentang status sesuatu DNA layak untuk diterima pakai sebagai bahan bukti.

Sidang prosiding rayuan kemudiannya ditangguh untuk rehat tengah hari dan disambung pada jam 2.40 petang.

Peguam dari pasukan pembelaan Anwar, Ramkarpal Singh menyambung hujahnya berkaitan kredibiliti bahan bukti yang digunakan pihak pendakwa dari aspek teknikal dan saintifik.

Antara yang diperjelaskan dalam pembentangannya adalah mengenai cara pengambilan dan pengendalian DNA, keberkesanan ujian DNA, kualiti dan kuantiti, faktor degradasi, serta proses Reaksi Berangkai Polimerase (PCR).

Berkenaan pengambilan sampel pengadu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Ramkarpal berkata bahawa 12 sampel telah diambil daripada Mohd Saiful untuk diuji pakar kimia, Dr Seah Shueu Feng dari Hospital Kuala Lumpur.

Namun, Ramkarpal memberitahu, Shueu Feng tidak dapat mengesahkan kuantiti sampel tersebut dan tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Rekod berkenaan juga tidak diberikan kepada pihak pembelaan.

Persoalan tentang integriti sampel DNA Mohd Saiful semasa ia diambil, ketika ia disimpan dan cara ia dikendali dan diproses turut ditimbulkan.
 

Hari kedua prosiding rayuan kes liwat membabitkan DSAI berakhir jam 5.35 petang tadi dengan hujah daripada Ramkarpal Singh yang masih belum selesai menyentuh soal teknikal dan saintifik, terutamanya tentang kredibiliti sampel DNA.

Ketua Hakim, Tun Ariffin Zakaria sempat memintas Ramkarpal dengan bertanyakan tentang panjang penghujahan tersebut lalu memintanya membuat rumusan.

Ramkarpal, yang membawa penghujahan setebal 147 muka, akan menyambung sesi penghujahannya esok pada sebelah pagi sebelum diteruskan sesi hujah balas daripada pihak pendakwa yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Begitupun, Muhammad Shafee memohon supaya sesi pembentangan hujahnya dilanjutkan sehingga Jumaat.

Ariffin memberi indikasi membenarkan pelanjutan itu.

Untuk esok, pihak pendakwa akan membentangkan hujah bukan saintifik manakala pada pagi hari Jumaat, Muhammad Shafee memerlukan dua jam untuk menyampaikan hujah saintifik berkenaan sampel DNA tersebut.

Dalam sesi sepanjang hari ini, beberapa kenalan Anwar dan wajah pemimpin Pakatan Rakyat dilihat hadir mengikuti prosiding, antaranya Sasterawan A. Samad Said, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.
 

Barisan peguambela Anwar diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram bersama 13 peguam yang lain yang terdiri dari Eric Paulsen, Ramkarpal Singh, N. Surendran, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Rayuan didengar di hadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Mahkamah Apex (mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia) dijadual menetapkan tarikh lain untuk menyampaikan keputusannya kerana pihak pendakwaan dan pembelaan membuat penghujahan secara menyeluruh mengenai kes itu selain membawa isu-isu baharu untuk dipertimbangkan mahkamah.

Sebelum itu lebih 300 orang penyokong Anwar mula berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman, bagi memberikan sokongan kepada ketua pembangkang itu sejak pagi lagi.

default

TERKINI ! UNIT BARU MERAH PKR GANTI AMAL PAS DI ISTANA KEHAKIMAN

on Tuesday, October 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Setelah Presiden Pas sendiri tak hadir mesyuarat Majlis Presiden PR dalam membincangkan himpunan Rakyat Hakim Negara , apa yang boleh diharapkan PKR kepada unit amal Pas untuk hadir beramai2 bersolidariti hari ni di Istana Kehakiman Putrajaya .

Jadi ,  satu unit baru berbaju merah siap berpakaian vest dapat dilihat berlegar2 di perkarangan Istana Kehakiman har ini .


Yang pasti kehadiran hari ini rakyat menyokong Anwar yang kini berdepan hukuman penjara akibat kes jenayah liwat tidak lagi seperti 1998 .

Malah mungkin kurang lagi  daripada himpunan 901 tahun lalu .




default

VIDEO PENYOKONG ANWAR BUAT GILA DI UM ,MERUSUH & REMPUH PAGAR !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



 Para penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdegil mahu menyertai pidato Ketua Pembangkang itu di Universiti Malaya (UM) mula bertindak liar apabila merempuh pintu masuk dan pagar keselamatan universiti tersebut walaupun ianya telah dikunci oleh pihak keselamatan pada sekitar jam 9:20 malam ini.

Ketika kejadian itu, pemimpin politik seperti Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivannan turut berada di tempat kejadian.

Anwar kemudiannya kelihatan tiba di UM bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 10 minit selepas kejadian tersebut.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk anak sulungnya, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Akin.

Difahamkan, kesemua peserta yang meningkat kepada 300 orang dipercayai kebanyakannya merupakan 'orang luar UM'.





Manakala pelajar UM telah berkumpul di perkarangan dewan Tunku Canselor dan Panggung Eksperimen universiti berkenaan.

Terdahulu petang ini, ketiga-tiga pintu masuk utama ke universiti itu – dua dari Petaling Jaya dan satu dari Kuala Lumpur – ditutup daripada dimasuki semua kenderaan kerana pengurusan UM mengisytiharkan program itu tidak sah.

default

PEMUDA UMNO BIDAS CERAMAH ANWAR DI UM HANYA BERSIFAT PERIBADI @KhairyKJ @BMSPenang @drnovandri

on Monday, October 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




 Program 40 Tahun Dari Universiti Malaya (UM) Ke Penjara malam ini bersifat berat sebelah selain menjadi pentas politik peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, walaupun pergerakan itu menghormati kebebasan mahasiswa berpolitik, tidak sewajarnya golongan berkenaan dimanipulasi menjelang perbicaraan rayuan kes liwat Ketua Umum PKR itu.
Katanya, pergerakan itu tidak pernah menyekat mahasiswa, malah pindaan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) 1972 adalah cadangan Pemuda UMNO untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik.
"Mahasiswa ada hak untuk anjurkan program berbentuk ilmiah tetapi program malam ini agak meragukan sama ada ia berbentuk ilmiah atau sekadar untuk kepentingan politik peribadi.
"Program malam ini semata-mata untuk menghasut mahasiswa dengan menyampaikan mesej berat sebelah... ini bukan kebebasan bersuara yang sepatutnya, ia cuma menjadi pentas malam sebelum kes perbicaraan peribadi Anwar," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini.
Diminta mengulas program jelajah Anwar ke seluruh negara bertemakan Rakyat Hakim Negara, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, maklumat yang diterima menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan berbanding 1998.
Katanya, laporan daripada Ketua Pemuda Negeri menunjukkan program itu menerima sambutan dingin selain bukti gambar yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan keadaan berkenaan.
"Kehadiran berbanding 1998 adalah jauh kurang, saya pun rasa rakyat sudah faham kerana ini bukan kes isu negara atau isu rakyat, ini adalah kes peribadi Anwar," katanya

default

DAP SELANGOR SUDAH READY TANPA ANWAR IBRAHIM SELEPAS 28 OKTOBER !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Begitu cepat sekali DAP Selangor mengetepikan nama Anwar Ibrahim di dalam satu ceramah mereka New Chapter New Hope di Petaling Jaya .

Melihat kepada tajuk pun sudah boleh disimpulkan bahawa DAP , Azmin   & puak Anwarinas PAS sudah bersedia  menguasai Pakatan walaupun  tanpa Anwar .


default

POLIS AKAN TURUN MALAM INI CERAMAH ANWAR DI UNIVERSITI MALAYA !

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Polis akan memantau program ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya (UM) malam ini dan mengambil tindakan jika berlaku sebarang provokasi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata walaupun majlis ceramah itu adalah bidang kuasa pihak pengurusan universiti kerana diadakan dalam kawasan kampus, polis tetap membuat pemantauan.

"Ya memang kami ada memantau dengan membuat rondaan dari semasa ke semasa di universiti berkenaan.

"Walaupun ia adalah bidang kuasa UM, polis akan sentiasa bersedia untuk bertindak sekiranya wujud provokasi atau perhimpunan berlaku di luar pagar UM," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azlee diminta mengulas mengenai program ceramah Anwar bertajuk "Anwar Ibrahim: 40 tahun, dari UM ke penjara" pada malam ini di universiti berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Penggerak Mahasiswa UM Wan Mohd Suhail Wan Senu dilaporkan telah menyerahkan memorandum kepada pihak polis bagi menuntut jaminan keselamatan warga kampus sepanjang program itu dijalankan.

Beliau berkata program itu tidak mendapat kelulusan pengurusan universiti dan menimbulkan kebimbangan segelintir warga kampus terhadap keselamatan mereka. - Bernama
 

default

KRONOLOGI & FAKTA KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM MENJELANG ESOK 28 OKTOBER

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



28 Jun, 2008 : Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, membuat laporan polis mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas dakwaan insiden liwat itu.

30  Jun, 2008 : Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful, yang membuat laporan polis ke atasnya bagi tuduhan liwat, dengan mendakwa laporan itu palsu dan berniat jahat.

7 Ogos, 2008 : Anwar, 60, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi  RM20,000 tanpa penjamin.

Nov 7, 2008 : Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.

5 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan kes liwat itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

6 Mac, 2009 : Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

10 Mac, 2009 : Mahkamah Tinggi menetapkan 1-24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

17 Jun, 2009 : Anwar telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

6 Nov, 2009 : Mahkamah Rayuan  menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting untuk pembelaannya dalam perbicaraan bagi pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia dan laporan perubatan.

1 Dis, 2009 : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan ketiadaan penetrasi.

Semasa menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasa untuk membatalkan pertuduhan itu.

3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan itu, di hadapan Hakim Mohamad Zabidin, bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008.

Dalam keterangannya, Mohd Saiful memberitahu bahawa Anwar, yang didakwa meliwatnya, telah mengajaknya untuk melakukan hubungan seks di luar tabii.

Mohd Saiful berkata insident itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas beliau dan Anwar selesai berbincang mengenai jadual kerja di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

5 Feb, 2010 : Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat oleh Anwar. Beliau juga memberi keterangan bahawa seluar yang dipakainya pada hari insiden itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

9 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan maklum balas kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim menarik diri.

Ia ditangguhkan selepas pembelaan memohon supaya Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu dengan alasan beliau bertindak bereat sebelah.

18 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya.

Hakim Mohamad Zabidin, semasa menolak permohonan itu, memutuskan bahawa tidak ada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia seperti melarikan diri daripada tanggungjawabnya.

25 Feb, 2010 : Anwar gagal dalam cubaannya untuk mendapatkan dokumen-dokumen penting termasuk contoh spesimen DNA Mohd Saiful sebelum bermulanya  perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya.

3 Mac, 2010 : Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak membasuh duburnya selepas insiden liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 kerana beliau mahu "simpan bukti".

Mohd Saiful, saksi utama terhadap kes liwat ketua pembangkang itu, juga memberitahu bahawa beliau tidak mandi selepas insiden itu sebaliknya hanya menyiram tubuhnya.

Beliau mandi pada pagi sebelum insiden itu berlaku, katanya.

16 Ogos, 2010 : Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

Dalam usahanya menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pendakwaan.

20 Sept, 2010 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwatnya kerana ia tidak ada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara berkenaan.

6 Dis, 2010 : Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keenganannya mengenakan tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah kerana mengeluarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis kepada kes itu.

14 Dis, 2010 : Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya membantu mempercepatkan kes membabitkan anak lelakinya itu.

14 Jan, 2011 : Mahkamah Rayuan menolak rayuan Ketua Pembangkang itu untuk mengetepikan keengganan Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan itu.

16 Mei, 2011 : Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lepas, setelah pihak pendakwaan  membuktikan kes prima facie terhadap Anwar.

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang benar, boleh dipercayai dan diyakini.

6 Jun, 2011 :  Anwar gagal dalam percubaan ketiganya supaya Hakim  Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwa.

22 Ogos, 2011 : Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya yang setebal 32 muka surat,  menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan - memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan tetapi dalam membuat keputusan, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri.

Pada perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

6 Okt, 2011: Mahkamah Tinggi memutuskan tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan sebagai saksi pembela dalam perbicaraan kes liwat Anwar.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengarahkan mereka menjadi saksi untuk pihak pembela pada perbicaraan kes liwat itu.

Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti afidavit, hujah daripada pihak-pihak berkaitan, mahkamah bersetuju dengan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah bahawa Anwar gagal menunjukkan kerelevanan dan kepentingan apabila mengemukakan sapina kepada perdana menteri dan isteri.

9 Jan, 2012: Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Penghakiman 80 muka surat oleh Hakim Mohamad Zabidin menunjukkan adanya kemasukan zakar tetapi ia tidak disokong oleh bukti-bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah dikompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

9 Julai 2012: Pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, yang antara lain,  supaya Anwar disabitkan atas  tuduhan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

12 Sept, 2012 : Anwar menarik balik samannya terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan polis terhadapnya kerana meliwat, dan mendakwa laporan itu bersifat palsu dan berniat jahat.

22 Feb, 2013 : Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari dari 22 Julai, 2013 untuk mendengar rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

18 Sept, 2013 : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap keputusan membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat.

2 Okt 2013 : Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 11 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar.

21 Nov, 2013 :  Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuannya.

Anwar mengemukakan permohonan dengan alasan bahawa Muhammad Shafee tidak boleh bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu kerana beliau  (Muhammad Shafee) adalah saksi penting pada perbicaraan kes liwat.

11 Dis, 2013 : Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

20 Dis, 2013 : Anwar gagal dalam permohonannya bagi kali kedua untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pihak pendakwa raya. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit.

Kali ini, Anwar menggunakan maklumat daripada akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai alasan untuk mengemukakan permohonan.

6 dan 7 Mac, 2014 : Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.

7 Mac, 2014 : Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata mahkamah dengan sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dalam penghakimannya bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi.
Karpal Singh, ketika ditemui pemberita kemudian, berkata berikutan keputusan itu, Anwar tidak dapat mengemukakan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Kajang pada 10 Mac.

24 April, 2014 : Ketua Pembangkang mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan mengapa  sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya harus diketepikan.

14 Ogos, 2014 : Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Okt untuk mendengar rayuan akhir Anwar. Datuk Sulaiman Abdullah, seorang peguam kanan, akan mengetuai pasukan pembela berikutan kematian peguam Karpal Singh  yang terkorban dalam nahas jalan raya pada 17 April.

14 Okt, 2014 : Mahkamah Persekutuan memutuskan Muhammad Shafee ialah seorang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rayuan Anwar pada 28 Okt.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mencapai keputusan itu dengan sebulat suara, berkata saluran yang sesuai untuk Anwar mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman dan bukan melalui notis usul.

28 dan 29 Okt 2014 : Mahkamah Persekutan dijadual mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa. Sama ada mahkamah akan membuat keputusan atau menangguhkan keputusan ke tarikh lain, ia hanya akan diketahui pada tarikh berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.