..

..
Archive for September 2014

default

RAHMAN DAHLAN BERANG DAP BIDAS DIRINYA RASIS BANTU ISU PERUMAHAN BUMIPUTRA

on Monday, September 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera.
“Apakah DAP tidak rasis apabila projek perumahan kos rendah atau mampu milik di Pulau Pinang oleh agensi kerajaan pusat tidak diberi kelulusan?.
"Saya juga boleh kata DAP rasis apabila perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pinang Pinang tidak mampu dibeli oleh orang Bumiputera,” katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.
Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.
Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.
"Mengapa DAP bimbang kementerian saya menyiasat kekhuatiran pembeli rumah Bumiputera? Tidakkah mereka (pembeli Bumiputera) juga ada hak untuk dilindungi?," soalnya melalui laman Twitter beliau, semalam.
Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada pembeli dan pihak DAP tidak perlu mempertikai tindakan beliau kerana pembeli Bumiputra juga mempunyai hak untuk dilindungi.
Beliau juga berkata, pihak DAP sudah ‘besar kepala’ apabila enggan mengiktiraf bahawa pembeli rumah Bumiputra juga mempunyai hak yang sama dengan bukan Bumiputra untuk dibela.
“Kenapa apabila saya membantu pemaju perumahan bukan Bumiputra, DAP tidak pernah kata saya rasis,
“Dan saya tidak akan menerima apa-apa nasihat daripada parti DAP yang saya anggap rasis,” jelasnya menerusi laman Twitter beliau.
Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerianya untuk membuat siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.-29/9/2014



default

BULAN SEPTEMBER MALANG BAGI PAS , TERUS DIMALUKAN PKR & DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS terus dirundung malang di bukan September ini . Selepas muktamar , Barua & Broker dalam parti mereka terus membuat onar . 2 Adun PAS dianggap wira oleh DAP dan salah seorang daripada  mereka juga sanggup bertanding di atas tiket parti itu di PRU akan datang .

Lebih perit lagi perwakilan PAS PP Iszuree Ibrahim disingkirkan dari Ahli Majlis MPPP oleh kerajaan DAP kerana mengkritik tentang isu perumahan.

Apakah kata macai-macai PAS terutama golongan profesional terdiri Doktor , peguam , pensyarah dan guru2 ??  

Sayang sekali anda semua cerdik pandai tapi parti anda sertai merupakan parti paling lemah dalam Pakatan dan selalu dibuli dan ditipu oleh PKR -DAP . 

Memang patut la kekuatan PAS dikatakan kuat pada U - TURN sahaja ...haha











Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail  sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuapendirian sebelum ini   akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti

default

KERAJAAN DAP TIDAK BOLEH DIKRITIK PUNCA SINGKIR ISZUREE DARI MPPP - UMNO PP @dzainalabidin

on Sunday, September 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Komen terhadap tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggugurkan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang dari semua Jawatankuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

1. Tindakan drastik Kerajaan DAP Pulau Pinang menggugurkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan.

2. DAP dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik mereka sendiri. DAP mengambil pendekatan 'silence your critics' sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka.

3. Iszuree Ibrahim dalam ucapan beliau di Muktamar PAS ke-60 di Johor baru-baru ini membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk- penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008, dua isu yang sering kali dibangkitkan oleh UMNO Pulau Pinang sendiri.

4. Ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu ini benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri. Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menangani isu-isu ini.

5. Ahli Majlis MPPP mewakili PAS digugurkan kerana mengkritik kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ia menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat tidak diraikan dalam Pakatan Rakyat terutamanya oleh DAP walaupun DAP melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara. Kenapa Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?

6.  Dalam dua Pilihanraya Umum yang lalu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR. Namun begitu, ADUN tunggal PAS tidak juga dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang.

7. Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan oleh Lim Guan Eng telah menggelarkan 4 orang Adun PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor sebagai ' pengkhianat '. UMNO Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, samada di Pulau Pinang ataupun di peringkat nasional. UMNO Pulau Pinang berpandangan PAS perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat.

Terima kasih.

Dato' Zainal Abidin Osman
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
28 September 2014

default

Pelancaran #MahsuhAktaHasutan Permatang Pauh malam ini memalukan Anwar !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments


Ceramah Pelancaran Mahsuh Akta Hasutan di Tapak Pesta Seberang Jaya malam ini  pastinya memalukan ANWAR  IBRAHIM yang juga Ahli Parlimen Pmtg Pauh .

Apa tidaknya pelancaran sesuatu gerakan besar seperti Mahsuh Akta Hasutan sepatutnya dihadiri ribuan penyokong mereka dan lokasinya pulak kubu kuat PKR sendiri iaitu Permatang Pauh .

Di manakah silapnya ia tidak mendapat sambutan penyokong dan rakyat khusunya Permatang Pauh walaupun menampilkan ramai pemimpin terkenal dalam Pakatan seperti Mat Sabu , Tian Chua , Dr Afif Bahardin , Rayer serta Adam Adli .

Dianggarkan  300 orang sahaja menurut maklumat rakan GPB  yang hadir di ceramah berkenaan dan ia memberi tamparan hebat kepada Anwar dan PKR .


Apakah penyokong PAS yang dianggap penghuni tetap setiap ceramah PR ini memboikot ceramah Anwar ini disebabkan kecewa  perwakilan Pas negeri Iszuree Ibrahim digantung tugas sebagai Ahli Majlis MPPP dan isu kerusi Exco di Selangor  ?

Ini kerana desakan Dewan Pemuda PAS PP hari ini  adalah dari Ketua Pemuda PAS Pmtg Pauh sendiri Sdr Yusni Md Piah  .

Anwar a.k.a KETUM pastinya mengamuk sakan kepada orang kanannya disebabkan kehadiran cukup hebat malam ini ... .




default

PAS SELANGOR KENA TIPU PKR , NAFI SETUJU KURANG JUMLAH EXCO KURANG !

on Saturday, September 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments





Pas Selangor menafikan sebarang dakwaan bahawa parti itu bersetuju supaya bilangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) daripada Pas dikurangkan kepada tiga berbanding empat dalam pentadbiran sebelum ini.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan pihaknya tidak pernah bersetuju dengan pengurangan bilangan Exco itu dan merasakan tindakan berkenaan bukan satu permulaan yang baik.

"Kami juga berpendapat pengguguran Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali dan Adun Sabak, Sallehen Mukhyi sebagai tidak berasas kerana mereka memberi perkhidmatan cemerlang sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, beliau menarik perhatian bahawa sebelum ini, exco daripada Pas tetap kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor demi memastikan kerajaan pakatan rakyat di negeri itu tidak tumbang.

Dalam pengumuman awal hari ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menambah seorang anggota daripada PKR dan mengurangkan seorang wakil Pas dalam barisan 10 anggota Exco Selangor baharu.

Beliau mengekalkan tiga jawatan Exco DAP selain menamakan tiga muka baharu.

Mereka yang baru dilantik ialah Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari - kedua-duanya daripada PKR - dan Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib daripada Pas.

Wakil parti Pas yang dikekalkan ialah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Tujuh lagi anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentabiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



*** PAS HARUS INGAT KERANA NIK NAZMI LOBI NAK JADI EXCO DENGAN AZMIN  ...KERUSI PAS TERPAKSA DIKORBANKAN ...HAHAHA...PADAN MUKA !!

default

TANTAWI BALUN TINDAKAN KERAJAAN DAP KEPADA ISZUREE IKUT STYLE PAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




1. Tindakan Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim ( PAS ) dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan membekukan semua peruntukkannya menambah lagi jerebu iklim politik tanahair. Iszuree Ibrahim adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.
2. Saya percaya tindakan itu adalah ekoran ucapan Sdr Iszuree yang menegur dan mengkritik kesan langsung dari pesatnya pembangunan di Pulau Pinang yang menyebabkan pemaju “bermaharajalela”. Bukan sahaja timbul isu pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka juga berbangkit.
3. Sdr Iszuree memohon campurtangan Kerajaan Negeri sambil mendesak supaya PAS Pusat memberi perhatian terhadap isu berbangkit berhubung kedudukan ummat Islam di bumi Pulau Mutiara itu. Penegasan ini dibuat oleh Sdr Iszuree dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung di Batu Pahat tempohari .
4. Mengamati ucapan Sdr Iszuree dalam perbahasan Muktamar Tahunan PAS tersebut, jelas menunjukkan ia adalah satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang yang kian terhimpit dalam arus pembangunan.
5. Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Sdr Iszuree “dipancung” gara – gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit”.
6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.
8. Jika benar telahan saya, maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi Pakatan Rakyat yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan hak bersuara. Sdr Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat, di mana secara kebetulannya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah Timbalan Presiden PAS. Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa – apa langkah wajar, Sdr Iszuree telah dimangsakan.
9. Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum ? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Sdr Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas. Sewaktu saya menjawat amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia seketika dulu, isu serupa telah dibangkitkan dan saya turun meninjau ke Negeri Pulau Pinang. Malah Lajnah Tanah PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Aliman juga sangat maklum betapa berbangkitnya isu kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang.
10. Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohd Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sdr Iszuree. Kebetulan pula Ybhg Tuan Hj Mohd Sabu juga adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Sementelah ucapan beliau bukan di atas kapasiti peribadi tetapi mewakili Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang. Saya difahamkan teks ucapan berkaitan isu tersebut telah disemak sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Dato Dr Mujahid. Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP. SUMBER

default

GANTUNG ISZUREE IBRAHIM SERLAHKAN PAS HANYA KUDA TUNGANGGAN DAP DI P.PINANG @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Ini kebebasan bersuara dalam kerajaan DAP di P.Pinang .

Kritik untuk kepentingan rakyat oleh perwakilan PAS Iszuree Ibrahim dalam isu perumahan di muktamar baru-baru ini  dianggap derhaka memalukan  Tokong DAP yang sentiasa mengamal CAT Meoww dan tidak langsung membela kroni .

Tapi seperti biasa hanya Pemuda PAS negeri  sahaja bersuara mengecam & meroyan tindakan terhadap Iszuree Ibrahim oleh kerajaan DAP .


 Di mana suara Mat Sabu selaku Pesuruhjaya Pas P.Pinang sertai yang lain-lain ??

Adakah diagihkan jawatan Ahli Lembaga Pengarah agensi di bawah kerajaan DAP seperti di MAIPP MPSP , MPPP  & Pusat Urus Zakat menyebabkan mereka tak berani bersuara kerana takut dipecat juga ??

Kesian betul kepada PAS ...sudah lah dikurang kerusi EXCO di Selangor kepada 3 orang sahaja kini Ahli Majlis di PP  pula digantung tugas .

Itu pun tak sedaq lagi dok  kena main dengan  DAP - PKR disebabkan  sayangkan tahaluf siyasi dalam Pakatan





DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG KECAM TINDAKAN GANTUNG TUGAS AHLI MAJLIS PAS DALAM MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP).

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengecam tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang difahamkan telah membuat keputusan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 25 September 2014 untuk mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau, meskipun beliau mempunyai 'track record' cemerlang sebagai Ahli Majlis.

Tindakan ini dipercayai susulan dari ucapan bernada teguran membina & memberi pandangan untuk menambah baik polisi pembangunan rakyat Pulau Pinang oleh Sdr Iszuree Ibrahim yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) P.Pinang sebagai pembahas yang dilantik mewakili PAS P.Pinang dalam Muktamar PAS yang berlangsung di Johor tempoh hari.

Hukuman 'gantung tugas' yang dikenakan terhadap beliau dengan berdasarkan laporan media yang disalah petik tanpa perbincangan secara bersemuka disifatkan sebagai keputusan yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah & tergesa-gesa.

Perlu diingatkan, perlantikan jawatan beliau bukanlah atas kapasiti individu, sebaliknya ia adalah atas kapasiti parti politik mewakili PAS. Maka sewajarnya pihak MMK turut mengambil kira pandangan & keputusan dari PAS P.Pinang sebelum membuat apa-apa keputusan, jika benar semangat kerjasama Pakatan Rakyat itu dihormati. Tindakan yang diambil ini dilihat seumpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh.

Bagi terus memelihara hubungan kerjasama Pakatan Rakyat, DPPN P.Pinang menggesa agar tindakan ini ditarik semula seberapa segera, sebelum timbul persepsi awam bahawa pemerintahan Kerajaan PR P.Pinang dilihat sama dengan Barisan Nasional dari sudut kebebasan bersuara.

Sidang mesyuarat Pakatan Rakyat yang tertangguh sejak selesai PRU13 perlu segera diadakan. PAS Pulau Pinang bersama Sdr Iszuree perlu diberi hak untuk memberi penjelasan penuh. Keputusan perlu diputuskan secara kolektif & bersama, andai PAS masih dianggap rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sepertimana kami boleh bersabar dengan perbezaan pandangan & terbuka menerima kritikan, kecaman, cemuhan, sehingga dituduh "pengkhianat di Selangor" dari rakan kami, maka kami juga meminta supaya rakan kami juga dapat berjiwa besar berbuat begitu.

Selaras dengan tema "Memperkukuh Muafakat" yang diketengahkan Ketua Pemuda PAS Malaysia & penegasan Presiden PAS supaya "Terus Beristiqamah" dalam muktamar kami yang lalu, kami desak supaya isu ini diselesaikan segera sebagai rakan, bukan sebagai lawan!

MOHD YUSNI MAT PIAH
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang
27 September 2014

default

BILA SULTAN SELANGOR KECEWA AGENDA KAJANG MOVE

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




TITAH UCAPAN D.Y.M.M SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PELANTIKAN EXCO BARU NEGERI SELANGOR PADA 26 SEPTEMBER 2014 JAM 3:00 PETANG DI BALAIRONG SERI, ISTANA ALAM SHAH, KLANG
_______________________________

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan  Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini.

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

 Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat.

 Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Disini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini.

Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai  apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.

Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan  agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta  mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor  akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat  menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. Amin.
--------------------------------

default

RAKYAT TERIMA BANJIR LUMPUR , MANA TINDAKAN PEMAJU GONDOL BUKIT GAMBIR !! @dzainalabidin

on Friday, September 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment








Isu gondol di Bukit Gambir oleh pemaju bertaraf VIP   ini sebenarnya  telah lama dan kini akhirnya telah memberi kesan banjir lumpur  kepada rakyat sekitar itu terutama Paya Terubong .

Walaupun kerajaan DAP memberi tempoh masa untuk pemaju memberi tempoh masa yang secukupnya kepada pemaju untuk memulihkan kawasan itu  namun didapati tidak ada tindakan susulan pihak pemaju dalam melakukan usaha pemuliharan kawasan berkenaan.

Apa yang rakyat dapat ialah banjir lumpur memasuki ruang kediaman mereka bila berlaku hujan lebat di P.Pinang. 

Perkara ini tak mungkin berlaku jika MPPP dan kerajaan DAP tidak membendung daripada awal kegiatan meneroka   tanpa kelulusan ,

Untuk melakukan kerja-kerja pembersihan  di lereng bukit seperti ini sebenarnya  perlu mendapat kelulusan daripada MPPP , JPS , Pejabat Daerah & Tanah serta Jabatan Mineral dan Geosains . 


Sehingga hari ini rakyat tidak mengetahui status tindakan susulan kerajaan DAP yang dibawa ke mahkamah  terhadap pemaju .

Sewajarnya penduduk di Paya Terubong ini boleh menuntut ganti rugi kepada pemaju berhubung kejadian banjir lumpur yang merosakkan harta benda mereka . 








default

BN MENANG BESAR PENGKALAN KUBOR DI LUAR JANGKAAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

Barisan Nasional telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor dengan majoriti yang lebih besar.

Calon BN Mat Razi Mat Ail dapat 9,961 undi menewaskan calon PAS Wan Rosidi Wan Ibrahim 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary 38 undi.

Majoriti BN kali ini ialah 2,635.

Majoriti Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihanraya umum ke 13 ialah 1,736.

Ini bermakna majoriti BN bertambah 899 undi.
Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Juga BN dikatakan cuma kalah di satu Pusat Daerah Mengundi (PDM) yakni Kedai Geting sahaja dari 12 PDM di Pengkalan Kubor.

Pada PRU13 BN kalah di lima PDM.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Mustapha Mohamad,Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor serta para pemimpin BN lain berada di pusat penjumlahan undi Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Biji Wangsa, Tumpat semasa kemenangan itu diumumkan oleh pengurus pilihanraya pada jam 9 malam.
Sementara itu Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berada di New York berkata kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah cemerlang dan menunjukkan rakyat menerima dasar-dasar kerajaan.
Perdana Menteri berkata BN berupaya meingkatkan majoritinya hampir 900 undi.
Ia menunjukkan usaha jentera BN berjalan lancar dan keputusan memilih calon nampak serasi dengan pengundi tempatan.
"Kemenangan diduga tetapi majoriti tidak (pasti) sebab faktor-faktor tidak begitu jelas tapi kemenangan cemerlang sekali sebab kita hadapi calon PAS dan bukan PKR. Ramai kata calon PAS lebih kuat daripada PKR," kata Najib kepada media Malaysia .
Mengenai calon BN Mat Razi Mat Ail, Najib berkata: "Calon tak ada masalah, tak ada masalah peribadi, bersih, ada watak agama, tidak menonjol dan merendah diri".
Najib berkata kemenangan itu akan dijadikan asas untuk memantapkan lagi jentera UMNO dan BN.
Katanya, beliau sudah menghubungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Mat Razi bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada mereka dan jentera pilihan raya parti.
Najib berkata beliau akan bertemu dengan Mat Razi sekembalinya ke tanah air kelak.
Perdana Menteri berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lawatan kerja bermula 20 hingga 28 Sept.- 25/9/2014


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kepada puluhan wartawan bahawa beliau sendiri agak terperanjat dengan majoriti besar kemenangan BN di Pengkalan Kubor.
Dalam sidang media sejurus selepas pengumuman kemenangan BN di Sekolah Datuk Biji Wangsa Tumpat berkata kemenangan BN
adalah keputusan yang tidak jangka.
Pertama; keberkesanan jentera, kedua latar belakang calon yang baik, penjelasan isu royalti minyak yang berjaya menangkis fitnah dan perpecahan dalam pakatan pembangkang.
Menurut Muhyiddin, kemenangan itu juga agak mengejutkan kerana BN memperoleh majoriti undi yang lebih besar berbanding pada pilihan raya umum ke-13.
"Kemenangan BN ini sesuatu yang luar biasa dan antara faktornya adalah keberkesanan jentera BN, latar belakang calon yang baik dan isu-isu seperti royalti minyak yang berjaya ditangkis dengan baik.
"Antara lain kerana masalah dalaman Pakatan Rakyat yang menyebabkan ada antara pengundi yang bosan dan tidak mahu memilih mereka," katanya.
Beliau yang menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memberitahu kejayaan BN itu turut menyampaikan ucapan terima kasih PM kepada pengundi Pengkalan Kubor.
Najib kini berada di New York untuk menghadiri sidang majlis Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berada dikanan Muhyiddin adalah Pengarah Pilihanraya BN Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamad (Tok Pa), yang mendapat ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada petugas media tadi.
Strategi kempen Tok Pa ternyata berkesan di Pengkalan Kubor. Muhyiddin sendiri memuji Tok Pa kerana "menjadi pengarah pilihanraya yang cemerlang."
Menurut Muhyiddin kemenangan BN ini boleh diibaratkan sebagai gelombang merah baharu BN di Kelantan iaitu negeri yang ditadbir dan menjadi kubu kuat PAS.
"Keputusan ini luar biasa terutama dari segi majoriti...ini suatu kemenangan yang besar bagi BN.
"Saya yakin ini satu gelombang merah yang baharu. Mungkin inilah satu permulaan yang baik dan kita harap ia (sokongan kepada BN) terus meningkat pada masa akan datang," katanya
Bagi calon BN, Haji Mat Razi pula kemenangan ini merupakan satu hadiah kepada pengundi DUN Pengkalan Kubor.
"Mereka mahu lihat Pengkalan Kubor dibangunkan, insha allah saya akan melihat berbincang apa yang patut didahulukan," ujar beliau yang menjanji menjadi wakil rakyat untuk semua penduduk Pengkalan Kubor.
BN mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor selepas Haji Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi.
Majoriti undi juga meningkat 899 berbanding 1,736 undi yang diperoleh penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada pilihan raya umum ke-13.
Mat Razi, 48, meraih 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang mendapat 7,326 undi. Bagaimanapun calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, hilang wang pertaruhan selepas memperoleh 38 undi sahaja.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di Tumpat pukul 9 malam.
Sebanyak 73 peratus atau 17,555 pengundi daripada 24,039 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Hadir sama pada majlis pengumuman rasmi keputusan itu Setiausaha BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan.
Bagaimanapun, calon PAS, Wan Rosdi dan calon Bebas, Izat Bukhary tidak hadir di pusat penjumlahan undi itu.
PRK itu diadakan ekoran kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lepas.
Pada PRU ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Mat Razi merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat dan dikenali dengan panggilan ustaz kerana beliau mengasaskan Pondok Simpangan di Tumpat sebagai tempat untuk mempelajari al-Quran dan ilmu agama.-25/9/2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.