..

..
Archive for June 2014

default

GAMBAR INDAH DI AWAL RAMADHAN , @NajibRazak ZIARAH PRESIDEN PAS

on Sunday, June 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments







alhamdulillah...GPB  amat terharu dan gembira bila melihat dua pemimpin utama parti berbeza yang mewakili majoriti Islam dan Melayu, sama-sama tersenyum...nampak jelas persaudaraan sesama Islam tetap kukuh.....

Hari ini DS Najib Tun Razak menziarahi rakannya Presiden PAS DS Abd Hadi Awang di hospital .

jadikanlah gambar ini sebagai pembuka jalan usaha menyatukan semua umat Islam di Malaysia tanpa batasan kepartian...


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: 

“Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

default

MALAYSIAN INSIDER MENYERANG @Zahid_Hamidi ISU KEPALA LEMBU RUMAH RAYER !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



Selepas Malaysiakini memfitnah PM , kini giliran  portal pro pembangkang Malaysian Insider menyerang Menteri Dalam Negeri DS Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kepala lembu diletakkan di rumah Adun DAP RSN Rayer semalam .


Rujuk artikel mereka di sini 



Artikel berniat jahat portal ini terus disebarkan blogger pro pembangkang hingga menuduh Naib Presiden UMNO ini menyokong tindakan pihak tidak bertanggungjawab meletakkan kepala lembu berkenaan . KLIK DI SINI




Sebenarnya Zahid bersimpati insiden   berkenaan dan menyifatkan ia berpunca daripada mulut celupar Rayer dan itu harga perlu dibayar .  



Tetapi pembangkang dan beberapa pemimpin komponen BN cuba mengaitkan isu ini & kenyataan Zahid sebagai tidak sensitif   dengan sentimen agama dan kaum .



Sebenarnya di sini kita harus bertanya siapa sebenarnya yang mulakan  mainkan isu perkauman ini ?

Beberapa pemimpin Pemuda UMNO negeri  dihadapkan ke mahkamah tinggi  kerana menceroboh sidang DUN  disebabkan    provokasi dimulakan Rayer DAP menggelarkan UMNO Celaka  &  disokong pulak LGE  . 


Kesimpulannya ,  P.Pinang tidak akan aman selagi  ada LGE yang menyokong isu perkauman  !!



GEORGETOWN: Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N Rayer pagi tadi digemparkan dengan penemuan kepala lembu berlumuran darah di depan rumahnya.

Kejadian tersebut disedari isterinya ketika membuka pagar rumah pada kira-kira jam tujuh pagi selepas diberitahu oleh seorang individu yang pada ketika itu sedang berjalan di hadapan rumahnya.

Sebaik menyedari kepala lembu yang telah disiat kulit itu berada di hadapan rumah mereka, Rayer terus menghubungi polis.

“Saya diberitahu terdapat kepala lembu di hadapan rumah. Saya terus hubungi pihak polis serta Ketua Menteri untuk memaklumkan apa yang berlaku,” kata Rayer.

Pihak polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Al-Athrash Wahid mengesahkan kejadian tersebut serta menyatakan bahawa siasatan kini sedang dijalankan.

“Setelah mendapat maklumat, pihak polis telah dikerahkan ke lokasi dan kami dapati terdapat satu kepala lembu di hadapan rumah Rayer. Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan menyebabkan kegusaran dalam agama.

“Menerusi rakaman CCTV, kami mendapati seorang lelaki yang menunggang motosikal telah meletakkan kepala lembu tersebut di hadapan rumah Rayer.” Kata ACP Mior.

Polis kini masih menjalankan siasatan berhubung motif kepala lembu itu di letakkan di hadapan rumah Rayer.

Baru-baru ini Kongres Melayu Pulau Pinang telah memberi amaran kepada Rayer supaya tidak 'bermain api' berikutan sikap biadab pemimpin DAP itu yang berterusan menghina orang Melayu.

Sebelum ini kekecohan turut berlaku di mana beberapa orang merempuh masuk ke dalam Dewan Persidangan bagi menuntut Rayer memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyebut ‘UMNO Celaka’.

Turut hadir di rumah ADUN itu pagi tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. -AWANI-


default

TUDIA !! BLACKOUT ALA PKR TERJADI JUGA AKHIRNYA ...MB SELANGOR JADI MANGSA

on Saturday, June 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




ini samada karma atau memang lawak jenaka dalam PKR... parti yang tuduh SPR macam-macam dalam pilihanraya umum lalu, termasuk kononnya ada berlaku 'blackout' di pusat kiraan undi, kini jadi kepada mereka balik dalam pemilihan parti.

Sehinggakan kekalahan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan ketua cabang Kuala Selangor dikaitkan dengan 'blackout' ketika proses kiraan undi.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Abidin (gambar) jumlah undi Khalid asalnya mendahului pencabarnya, S. Manikavasagam sehingga tiba-tiba bekalan elektrik terputus semasa proses pengiraan undi kelmarin.

Azman mendakwa, selepas bekalan elektrik pulih semula kira-kira dua jam kemudian, didapati 100 undi rosak anehnya bertukar menjadi tambahan undi untuk Manikavasagam atau Mike.

"Apabila diperiksa dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), didapati tiada sebarang gangguan bekalan elektrik di kawasan Tropicana,"katanya.

Dalam keputusan pemilihan semula PKR Cabang Kuala Langat semalam, Khalid yang mendapat 515 undi tewas kepada Manikavasagam yang meraih 701 undi.

Bagaimanapun di cabang tersebut, bagi saingan Timbalan Presiden PKR, Khalid mendapat undi 517 undi manakala penyandang jawatan itu, Azmin Ali mendapat 440 undi dan Datuk Saifudddin Nasution mendapat 50 undi.Justeru Azman berkata, mereka mahu pengiraan semula undi diadakan berikutan masalah 'blackout' tersebut.

Menjawab dakwaan Azman, Mike berkata, tuduhan 'blackout' itu adalah tidak berasas kerana kesemua agen kiraan undi berada di dalam bilik pengiraan undi sebagai saksi keseluruhan proses pengiraan.


"Semua orang meninggalkan bilik itu selepas ia dikunci," katanya sambil menambah proses kiraan disambung selepas bekalan elektrik pulih.

Pada pemilihan itu, kesemua pasukan Mike di peringkat cabang memenangi saingan masing-masing termasuk David Selvam (Timbalan Ketua), Azhar Jamil (Naib Ketua), D. Thalapathi (Ketua Pemuda), Azril Idris (Timbalan Ketua Pemuda), V. Bobonath (Naib Ketua Pemuda), Latifah Sulaiman (Timbalan Ketua Wanita) dan K. Punithavathy (Naib Ketua Wanita).

Sebelum ini, Mike hampir hilang kelayakan bertanding apabila beliau digantung keahlian berikutan mengadu kepada media berlaku berlaku politik wang dalam pemilihan.

Namun hukuman tersebut ditarik balik membolehkan beliau bertanding mencabar Khalid yang merupakan penyandang jawatan ketua cabang.

Mike menyifatkan kemenangannya adalah hadiah paling manis sempena hari jadinya yang ke-49 semalam. -SUMBER-

default

TUDIA !! TUN M NAK KELUARKAN MODEL BARU PROTON SAGA 3 TAHUN DEPAN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama dengan Berita Harian berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai ‘Saga 3’ bakal dilancarkan tahun hadapan. Saga 3 akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi.
Tambah beliau lagi, Proton akan cuba mempercepatkan proses pembangunannya dalam masa setahun, walaupun pada kebiasaannya 3 tahun untuk membangunkan model baharu. Saga 3 akan berkongsi platform dengan Proton Global Compact Car yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 
Mungkin juga Saga 3 adalah versi sedan Proton Global Compact Car sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar lain sebagai contoh Ford Fiesta sedan/hatchback dan Volkswagen Polo sedan/hatchback.
Proton SAGA generasi kedua sudah terlalu lama dalam pasaran dan sudah sampai masanya ia perlu digantikan dengan model baharu sepenuhnya dengan rekaan, enjin dan spesifikasi yang lebih baik. 
Mahathir turut memberitahu mengenai model terbaru Proton Perdana, yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan. Model tersebut akan berasaskan model generasi ke-8 Honda Accord, namun dengan perubahan yang ketara dan berkemungkinan enjinnya akan ditala semula oleh Proton.
Proton Perdana baharu nanti akan berbeza sepenuhnya dengan Honda Accord dan Proton tidak akan mengeluarkan model rebadged pada masa depan. Proton juga sedang mencari rakan strategik asing selain dari Jepun dan masih lagi belum memuktamadkannya. Dikhabarkan Proton akan bekerjasama dengan Geely untuk meluaskan pasarannya di China dan mungkin membangunkan model berasaskan rekaan Geely. sumber 

default

PEMBORONG DIESEL KEBAL , KPDNKK TAKUT UNTUK SIASAT ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



GPB tertarik pendedahan UTUSAN  hari ini   mengenai persoalan mengapa pemborong berlesen diesel tidak disiasat dan diaudit ?

Adakah mereka ini KEBAL ??  Setakat ikan bilis je OPS Titik  ini ditangkap , tak beri kudis pun kepada penyangak diesel ini .

Apa yang kita bimbang ialah lesen mereka dapat untuk simpan  diesel  ini akan  disalahgunakan.



Sebenarnya kebanyakkan tauke2 pemborong diesel  ini dikuasai ultrakiasu  . 

Contohnya ,  terdapat  sebuah syarikat GLC yang ternama  di mana   syarikat supplier diesel untuk syarikatnya  hanya dari seorang tauke  ultrakiasu  . Menariknya   beliau menggunakan pelbagai nama syarikat  untuk control  menjual diesel industri ini kepada syarikat GLC ini . 

Bayangkan kalau mereka ini  dapat diesel subsidi dari sindekit dan jual pulak   kepada industri ???  





Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat aktif untuk membanteras penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi namun kementerian tersebut dilihat masih belum menyentuh isu pokok yang memungkinkan gejala itu berlaku.

Satu sumber berkata, sehingga ke hari ini KPDNKK dilihat masih belum melakukan sebarang pengauditan terhadap pemborong-pemborong yang sebelum ini didakwa sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam sindiket penyelewengan bahan bakar tersebut.

"Kita masih ternanti-nanti tindakan KPDNKK terhadap golongan tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kementerian itu dilihat lebih menumpukan kepada masalah remeh temeh dan bukannya persoalan pokok iaitu mengaudit semua pemborong berlesen dan syarikat yang diberi permit.

"Walaupun persoalan ini pernah ini ditimbulkan tetapi kita lihat tiada tindakan dilakukan oleh kementerian tersebut,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Malah sumber berkenaan berkata, penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan dapat dihapuskan, kalau sekadar KPDNKK membekukan lesen tanpa membuat penilaian semula terhadap kesemua lesen yang diberikan kepada pemborong.

"Saya tidak faham kenapakah KPDNKK sukar sangat hendak melakukan pengauditan tersebut, kalau tidak ada tenaga, mereka boleh meminta kepada kerajaan untuk membenarkan satu pasukan petugas khas ditubuhkan,'' katanya.

Sumber itu berkata, pengauditan tersebut amat penting bagi mengelakkan pemborong yang tidak bertanggungjawab terus melakukan penyelewengan diesel bersubsidi.

"Kita tahu sebahagian besar daripada mereka terlibat tetapi selagi pengauditan tidak dilakukan selagi itulah mereka yang selama ini sudah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui aktiviti haram itu akan bebas daripada perbuatan jenayah tersebut,'' katanya
.
Oleh itu, sumber tersebut mengingatkan, kementerian itu tidak perlu beria-ia hendak memperkenalkan sistem baru yang dikatakan akan mampu mengekang penyelewengan diesel bersubsidi sedangkan sistem dalaman sendiri masih berkeceramuk.

"Kenapa perlu tumpu kepada pelaksanaan sistem yang akan menelan belanja beratus-ratus juta ringgit sedangkan sistem pengurusan dalaman berkaitan pengagihan dan pemberian lesen pun masih banyak masalah,'' katanya.

Sumber itu juga menarik perhatian bagaimana sehingga ke hari ini KPDNKK melalui Ops Titik hanya mampu menumpaskan sindiket-sindiket kecil sahaja.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar masih lagi beroperasi, saya percaya kementerian tersebut mempunyai maklumat berkenaan,'' kata sumber itu. -UTUSAN- 

default

AHLI PAS TERPENGARUH AJARAN SALAH MUDAH TERBABIT JIHAD DI NEGARA BERGOLAK

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




- Jihad mengikut tafsiran sempit serta tidak menepati kehendak agama, bukan hanya mengundang risiko kepada diri sendiri, malah memberi imej buruk kepada negara.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata penglibatan rakyat Malaysia dalam jihad yang tidak menepati erti kata sebenar, hanya akan dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa yang melihat negara ini sebagai hab keganasan global.

"Bila perang di Afghanistan, kita pergi Afghanistan, bila perang di Iraq, rakyat kita pergi ke Iraq, jadi masyarakat antarabangsa melihat Malaysia ini sebagai hab dan pengeksport keganasan militan Islam.



"Ini sesuatu yang tidak sihat dan berbahaya kepada umat Islam di Malaysia dan pandangan dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Cabaran Institusi Agama' terbitan BernamaTV di sini, semalam.


Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, diminta mengulas penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria.



Baru-baru ini didakwa bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.




Zamihan berkata penyertaan rakyat negara ini dalam aktiviti berkenaan turut memberi kesan negatif kepada keluarga yang trauma apabila dikejutkan dengan berita penglibatan anggota keluarga mereka.



"Bila identiti mereka dipaparkan dalam media, keluarga mereka akan terkejut dan sebahagiannya akan trauma, sebab sebahagian besar yang pergi berperang itu, saya yakin tidak berterus terang kepada keluarga mereka.

"Ia juga akan memberi tekanan kepada waris atau keluarga apabila media melaporkan tentang kecederaan, peperangan atau kemalangan jiwa yang berlaku ke atas anggota keluarga mereka," katanya.
Zamihan berkata kerajaan perlu terus mengawasi pergerakan kumpulan Syiah di negara ini kerana yakin mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Syiah di luar negara termasuk Hizbullah di Lubnan.
"Hizbullah juga terlibat dengan perang saudara di Syria bagi membela hak-hak saudara Syiah di pihak kerajaan Bashar Al-Asad. Dan kebanyakan mereka (kumpulanSyiah) ini berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. - Bernama

default

KEMENTERIAN KEWANGAN WAJAR SAMAN BERITA FITNAH LULUS KASINO KEDUA @MOFmalaysia @ahmadmaslan

on Friday, June 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Tersebar meluas FITNAH macai PR   di media sosial yang menuduh  kerajaan BN meluluskan kasino ke 2 berikutan tuduhan oleh Azmin Ali di Keadilan Daily . 

Pastinya tuduhan jahat ini terarah kepada Kementerian Kewangan dan ia dinafikan oleh Timb Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai  "BERITA FITNAH , MOF TIDAK PERNAH MELULUSKAN LESEN KASINO KEDUA "

GPB sarankan Kementerian Kewangan   segera SAMAN kepada media pembangkang ini kerana menyebarkan berita berniat jahat & mencemarkan imej kementerian .








default

SLOGAN TERBARU PKR "REFORMASI " KEPADA "REFORKERUSI "

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

 Kalau begini slogan terbaru PKR , ini membuktikan macai mereka sendiri dah meluat dengan pemimpin  mereka   gagal menguruskan dengan baik pemilihan parti ..hahaha...

Rakyat mahu ke parti seperti ini memerintah dan menjadi kerajaan ??? pemilihan pun gagal urus inikan nak menjaga negara ...


Laman Pro PKR Cadang Tukar Slogan ‘Reformasi’ Kepada ‘Reforkerusi’

AIDCNews – 26/6/14 – Laman sosial pro PKR, ‘Archidea Cronixx’ (aq) mencadangkan parti menukar slogan ‘Reformasi’ kepada ‘Reforkerusi’ memandangkan insiden membaling kerusi sangat sinonim dengan pemilihan parti itu.
“Boleh aq tukaq tagline REFORMASI ke REFOKERUSI untuk KEADILAN ?,” kata ‘aq,’ laman sosial yang dilihat cenderung membela Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selain mencadangkan penukaran slogan, ‘aq’ turut memberitahu PKR sedang cuba untuk mengesan identitinya kerana membuat beberapa pendedahan apa yang sedang berlaku dalam parti sejak mutakhir ini.
Petikan dari laman sosial ‘Archidea Cronixx’ seperti berikut :
Sejak lewat mlm td aq terima mesej2 whatsapp dan panggilan rakan2 seperjuangan yg memberikan info bahawa aq sedang “dikenalpasti” oleh pimpinan Keadilan terutamanya DS Anwar Ibrahim, mengapa ya ?
Adakah kerana hanya ”posting” aq di FB inikah yang menyebabkan DS ingin ”kenalpasti” aq yang marhein nie ?
Atau..
Adakah dengan arahan untuk “kenalpasti” aq ini maka aq perlu menghentikan segala ”posting” kebobrokan dalaman KeADILan terutamanya dalam Pemilihan Parti 2014 ?
Sekiranya DS fikir aq akan ”tunduk” itu adalah satu kesilapan besar, semangat aq lahir kerana DS adalah idola & inspirasi aq selama bertahun lamanya sehingga mlm aq dan pejuang marhein digelar sbg ”pengkhianat” semata-mata kerana meluahkan ketidakpuasan hati melalui serahan memorendum.
Ertkata ”Lawan Tetappppp Lawan” sudah sebati dalam diri aq dan adakah kerana pimpinan menuju kearah kehancuran maka aq perlu ”diamkan” diri ?
Siapalah aq untuk dikenali.. — with Linda Mohamad Sahim, Rozita Ramlan, Roslan Alan, Akaboshi Taka, Ben Suleymani, Ahmad Jufliz Faiza, Yusup Kamaruddin, Kiyai Reformis, Hafiz So, GerakanAnti AzminZuraida, Hanisya Abdul Hamid, Ameelia Ameena, Noormorni Mahat Apandi, Han’s Tokey, Broamir Jebatjolo, Ally Hazran Hashim, Adios Smarta, Dwan Amirullah, Nora Reformis Samm, Dio Sani Samm, Ahmad Yassier, RhZaaba Putra, Mohd Khairul Mohamed Yussuff and che’GuBard Samm.
Presiden Parti keADILan Rakyat pun bersikap “HIPOKRIT” ???
Mana tidaknya pada mesyuarat biro politik pada 27 Mei 2014 yang lalu jelas saudara Malik Husin “mencampakkan” sampul surat berisi wang RM3000 di atas meja dan menjelaskan beliau telah di sogok dengan wang tersebut dari pejabat Timbalan Presiden..
Siapakah Timbalan Presiden yang disebutkan beliau ?
Beliau sebagai berkata sanggup menerima cacian dan maki hamun dalam mempertahankan parti tetapi tidak akan sanggup menerima rasuah !!!
Sambil menunding kepada YB Xavier “…please tell your boss saya ada maruah dan prinsip”…
Presiden sebagai pengerusi mesyuarat dan Ketua Umum juga berada pada mesyuarat tersebut dalam…
Bukti jelas tatapi apa tindakannyang telah diambil ???
Senyap dan minta semua Ajk jangan memanjangkan kejadian tersebut diluar..
Ini kah kepimpinan yang perlu kita sanjung?
Ahli biasa dibuat macam hamba abdi…

default

DR MAZA MENGAKU SILAP SEBARKAN GAMBAR BAS #KEMBARAMAHKOTAJOHOR !!

on Thursday, June 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 15 Comments

Tolong sebarkan pembohongan ini....

Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit kenyataan dari Dr. Mohd Asri berkenaan posting beliau di laman Twitter miliknya @realDrMAZA.




PENGAKUAN KESILAPAN SEBAR  TANPA USUL PERIKSA KEBENARANNYA 





Daripada posting tersebut, ramai yang boleh meneka bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri adalah Kembara Mahkota Johor 2014. Gambar yang diupload tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepi kurang selesa di kalangan rakyat jelata terutama di Johor.

Berikut saya tunjukkan beberapa dalil bagi memperbetulkan dakwaan tersebut.

Cuba kita lihat gambar² di bawah ini.

1. Tidak terdapat corak pada dinding bas Kembara Mahkota Johor 2014 ini seperti yang diperlihatkan dari posting twitter Dr. Asri.


2.  Daripada sisi bas yang sama, tidak terdapat ruangan menyimpan keretaseperti dari posting asal Dr. Asri.



3. Stereng bas yang dipaparkan oleh posting Dr. Asri berwarna putih padahal yang sebenarnya berwarna hitam.



4. Ruang dalam bas yang tidak seperti dalam paparan gambar asal.

Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana² pihak tetapi saya berniat untuk memaparkan realiti dan perkara sebenar yang wajib diperbetulkan di kalangan mata masyarakat. Berkemungkinan daripada sekeping gambar yang tidak sahih akan menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan membuatkan banyak pihak tidak senang.

Ini posting saya yang kedua berkenaan'kesilapan' gambar yang tidakdisengajakan oleh Dr. Asri. Cuba tengok gambar di bawah, 'kesilapan' pertama beliau cuba membuatkan orang ramai marah dengan kerajaan Persekutuan.


Rujukan artikel jet mewah di sini.

Disalin dari :

sumber   http://riziqin.blogspot.com/2014/06/sekali-lagi-realdrmaza-kantoi-menipu.html?m=1

default

INSAN SELAMATKAN REMAJA OKU VS WARDINA YANG HANYA PANDAI CAKAP !

on Wednesday, June 25, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



Anda nilaikan lah sendiri luahan   insan yang menyelamatkan remaja OKU yang malang ini dengan sikap Wardina yang hanya pandai bercakap dan menyalahkan kerajaan .


default

RAFIZI TAK BENARKAN MELAYU KAYA ,UGUT DEDAH LAGI ORANG UMNO DAPAT PROJEK UITM !!

on Tuesday, June 24, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Ini lah nasib orang Melayu di bumi Melayu ".. seperti tajuk buku Dr Ridhuan Tee..

Dah la  ada segelintir  cinabeng  memang  tak suka orang Melayu kaya , malah ada yang melancarkan kempen  boikot barangan keluaran jutawan Melayu seperti TS Syed Mokhtar  hinggalah ke bab  stesyen minyak di media sosial.

Kali ini ada Melayu sendiri seperti  Rafizi Ramli  sudah jadi penghasut supaya orang Melayu membenci bangsa sendiri yang ingin  berjaya dan menjadi kaya seperti bangsa lain  . 

Apa salahnya mereka mendapat projek kerajaan ?? Mereka siapkan kampus dengan jayanya & tiada masalah .  so awat yang hang dengki  dan busuk hati  ??? 

 Salah di mata Rafizi sebab mereka ahli UMNO !!

Orang UMNO menurut kamus hidup RAFIZI RAMLI   dilarang sama sekali sentuh & cium  projek kerajaan tetapi  kroni dan macai PR  dapat projek di negeri ditadbir mereka dibenarkan . SIAL !! 

Cinabeng DAP dapat projek berjuta2 daripada kerajaan   mengapa tak dibongkarkan ?? 

Mengapa UITM sahaja diserang Rafizi ???  




Tanjong Tokong, 24 Jun - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menyatakan bahawa beliau akan mendedahkan 3 lagi skandal besar yang melibatkan pemimpin UMNO. 

Menurut Rafizi, beliau hanya menunggu signal dari pemimpin tertinggi serta bukti-bukti yang mencukupi, dia akan mendedahkan skandal-skandal tersebut dalam masa terdekat ini.

"Selepas mendapat bukti dan isyarat, saya akan dedahkan tiga lagi skandal melibatkan korupsi pimpinan mereka dalam masa terdekat," ujarnya pada majlis makan malam PKR di Straits Quay Convention Centre di sini, 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan isu pemmberian konsesi UITM kepada yang didakwanya sebagai kroni UMNO. Rafizi mendakwa, pendedahan mengenai projek penswastaan kampus UiTM adalah bukti ketara bagaimana pemimpin UMNO mengkhianati orang Melayu dengan memberikan projek tersebut kepada suku sakat dan kroni mereka.

"Jika kerajaan tidak ditukar dalam pilihan raya yang akan datang, banyak lagi pengagihan kekayaan negara secara tidak telus akan dibolot oleh kroni-kroni mereka secara melampau," ujarnya. "UMNO seolah-olah mempertahankan bangsa Melayu, sebaliknya UMNO lah yang memperbodohkan orang Melayu di kampung dan pedalaman," katanya.

Beliau menyifatkan bahawa masyarakat Melayu di kampung-kampung selama ini senang-senang diperbodohkan oleh UMNO kerana kekurangan serta keterbatasan dalam penyampaian maklumat kepada mereka. Justeru itu Rafizi berkata, KEADILAN akan mengatur program turun padang ke seluruh negara bagi mendedahkan pembohongan UMNO, terutama kepada penduduk luar bandar berkaitan isu berkenaan.

default

REMAJA OKU : MENTERI KAK ANI BIDAS TUDUHAN MELULU WARDINA SALAHKAN KERAJAAN

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim membidas kenyataan artis dan pengacara, Wardina Safiyya kononnya kerajaan memandang ringan kes remaja kurang upaya, Muhammad Firdaus Dullah, 15.

Katanya, kerajaan sebenarnya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keperluan remaja berkenaan dipenuhi.

"Malah, agensi kerajaan iaitu Jabatan Imigresen yang menemui remaja itu di dalam rumah berkenaan," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




*** Wardina ni kalau rasa syok salahkan  kerajaan je segala isu  ...PRU14 masuk tanding dan berdebat di Parlimen .


default

WARDINA SALAHKAN KERAJAAN ISU REMAJA OKU TERABAI DIBIDAS RAKYAT PRIHATIN !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments






Wardina bangga sekali mengutuk & menyalahkan Kerajaan Malaysia dalam isu remaja OKU terabai sebaliknya memuji negara Australia lebih baik . 

Mungkin wardina tak tahu kerajaan telah memperuntukan berjuta ringgit bantu golongan OKU malah segala infrastruktur  dibina kerajaan mesra kepada golongan ini . Polisi Malaysia mungkin tak sehebat negara kebangaaan Wardina itu tetapi sebenarnya sudah banyak kerajaan kita bantu dan patut bersyukur .




1. MHS mengutuk sekeras-kerasnya Kenyataan Wardina Safiyyah yang menunjukkan kononnya Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab dalam menangani masalah anak OKU. 

2. Wardina Safiyyah telah meletakkan dirinya sebagai kelompok elit yang boleh berfikir secara waras sepatutnya membuat rujukan sebelum mengeluarkan kritikan atau komen-komen yang merosakkkan diri sendiri. 

3. Wardina Safiyyah sepatutnya mengkaji berapa banyak RM kah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan bagi membantu kelompok Orang Kelainan Upaya ini. Berjuta ringgit dibelanjakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu mereka.

4. Sudah tiba masanya untuk masyarakat juga mempunyai kesedaran sivik membantu kelompok ini dan bukan meletakkan segala-galanya kepada tanggungjawab KERAJAAN semata-mata. 

5. Wardina Safiyyah mungkin tidak mengerti bahawa Pihak yang bertanggungjawab yang menjumpai kanak-kanak malang tersebut adalah daripada ImIgresen (Agensi Kerajaan).Kemudian dihantar ke HOSPITAL Kerajaan dan di follow up OLEH Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

6. Ingatlah Wardina Safiyyah,cermin lah diri dahulu berapa banyak telah kamu bantu orang lain sebelum mulut anda menuduh yang bukan-bukan kepada orang LAIN!! Ingatlah Allah maha adil. Satu jari yang ditunjuk kepada orang lain, empat jari yang lain menunjukkan kearah KEBODOHAN kita sendiri. 

WASSALAM

MHS, 
SEREMBAN, 
NEGERI SEMBILAN

default

GUAN ENG GAGAL TARIK PELABUR , FDI P.PINANG MENJUNAM TERUK @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang diterima negeri itu merosot teruk iaitu daripada RM10.451 bilion pada 2010 kepada hanya RM1.794 bilion tahun lalu.


Sebuah portal berita, The Mole, yang melaporkan terkejut dengan pendedahan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow menyifatkan, jika benar sebagaimana dilaporkan, kemerosotan hampir 90 peratus itu adalah suatu angka yang membimbangkan.


"Guan Eng perlu menjelaskan perkara ini. Tiada apa yang perlu disembunyikan jika benar dakwaan Chang Yeow bahawa kepemimpinan pembangkang di bawah Guan Eng gagal menarik pelabur asing untuk melabur di Pulau Pinang," lapor The Mole sebagaimana dipetik hari ini.

Chang Yeow dalam sidang akhbarnya di Pejabat Gerakan Pulau Pinang mencabar Guan Eng menunjukkan keberanian dengan mengakui pentadbirannya telah menyebabkan kemerosotan ketara FDI yang selama ini menjadi kekuatan ekonomi negeri itu.

Malah beliau mendakwa, Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran sebenar keadaan ekonomi Pulau Pinang berbanding semasa era pentadbiran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang disifatkan lebih telus.

Dalam pada itu, The Mole menjelaskan, Pulau Pinang bukan seperti Kelantan kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan asas yang kukuh antaranya mewujudkan zon perdagangan bebas pertama di negara ini, di Bayan Lepas pada tahun 1972.

"Jika dakwaan itu benar, Guan Eng perlu melihat semula pendekatan pentadbiran beliau," tambah portal itu.


default

TUN M UMUM PROTON VERSI KOMPAK DILANCAR HUJUNG TAHUN INI

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




KUALA LUMPUR 20 - Model versi kompak pertama Proton Holdings Bhd., (Proton) bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini, menurut Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, model baharu itu adalah berlainan daripada model-model Proton sedia ada, dan merupakan usaha terbaharu syarikat kereta nasional itu untuk menyertai persaingan segmen kompak.

Beliau berkata, dari segi harga, ia jauh lebih murah daripada model-model import yang setaraf, tetapi lebih tinggi sedikit daripada harga model terdahulu.

Jelasnya, penghasilan model baharu itu membabitkan perbelanjaan yang tinggi sekitar RM2 bilion dan turut diuji di dalam cuaca berbeza.

"Jika nak dibandingkan dengan kereta daripada import yang sama setaraf dengannya (kereta kompak Proton) kita (Proton) masih murah, tetapi lebih tinggi daripada harga model terdahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Proton mula mempromosi pengenalan model kompak itu sejak pertengahan 2013 termasuk mengadakan peraduan kepada orang ramai untuk memberi idea nama yang akan digunakan oleh model itu.

Antara kriteria nama yang dimahukan ialah ia mesti dalam Bahasa Malaysia, tidak lebih enam huruf, boleh dikombinasikan huruf dan nombor serta tidak berkaitan dengan nama haiwan.

Dalam pada masa sama, Dr. Mahathir berkata, untuk model itu Proton menjalankan kajian secara terperinci dan membabitkan pandu uji mencecah 100,000 kilometer.

"Di dalam jarak tersebut, kita menghantar kereta itu ke Sweden untuk mengujinya di dalam cuaca sejuk dan di negara-negara Asia Barat untuk cuaca panas. Penghasilannya bukan mudah kerana ia membabitkan 3,000 komponen berlainan yang mana sesetengahnya perlu diimport, hal ini mengambil sedikit masa" kata beliau.

Mengenai pasaran eksport kereta itu katanya, kajian pasaran ke atas negara-negara perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan setiap negara mempunyai perundangan dan selera pasaran berbeza yang mungkin melibatkan perubahan kepada reka bentuk kereta.

Tambah Dr. Mahathir, penghasilan kereta baharu ini turut menggunakan teknologi Lotus khususnya untuk aspek kawalan dan pemanduan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Proton menyedari pengenalan model kompak itu bakal menyaingi Perodua yang selama ini menguasai jumlah jualan tahunan (TIV) Malaysia menerusi kereta-kereta kompak.

Bagaimanapun katanya, Perodua tetap mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan syarikat itu hanya menggunakan konsep pemasangan dan menukar nama kereta Jepun sedia ada dengan kos perbelanjaan lebih rendah.


default

Wanita Umno mahu ambil remaja OKU jadi anak angkat @WanitaUMNOMsia @Najibrazak

on Monday, June 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Nasib remaja orang kelainan upaya (OKU),Muhammad Firdaus Dullah,15,yang ditemui dalam keadaan menyayat hati di dalam serbuan Imigresen di Nilai akan dibela Wanita UMNO.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata‎, Wanita UMNO sedia menimbang untuk mengambil remaja berkenaan menjadi anak angkat seandainya tiada pihak mahu menjaganya.

"Dari segi penjagaan,kita sedia untuk mengambil Firdaus sebagai anak angkat. Selepas kisahnya disiarkan media, saya rasa terpanggil untuk membuat lawatan.

"Kita ada 1.3 juta ahli di seluruh negara, kita mahu orang ramai membuat laporan terus kepada Wanita UMNO jika takut untuk menghubungi agensi penguatkuasa seandainya ada kes seumpama ini lagi," katanya.

Shahrizat berkata demikian semasa sidang media selepas melawat Firdaus di Hospital Tunku Jaafar di sini.

default

AIR ASIA JAWAB ISU WANITA HAMIL DIHALAU NAIK PESAWAT

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Susulan penyebaran gambar dan video berkenaan dakwaan pasangan suami isteri dihalang menaiki pesawat AirAsia ke Kuala Terengganu ekoran wanita tersebut hamil dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan daripada doktor, syarikat penerbangan tambang murah itu tampil memberi kenyataan.

Menurut jurucakap AirAsia Berhad, penumpang hamil perlu mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan demi keselamatan mereka.

"Penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan AK6220 dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu pada 21 Jun itu hamil 28 minggu dan tidak memiliki sebarang surat pengesahan dari doktor yang menyatakan beliau sihat untuk menaiki penerbangan tersebut seperti yang ditetapkan oleh syarat dan terma penerbangan.

"Sehubungan itu, pihak penerbangan tidak dapat membenarkan beliau menaiki pesawat atas sebab keselamatan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun begitu, AirAsia menegaskan bahawa pihaknya telah menyediakan penginapan dan mengganti penerbangan keesokannya selepas penumpang tersebut memperoleh surat pengesahan doktor.

"AirAsia sediakan penginapan percuma dan menggantikan penerbangan mereka kepada keesokan harinya tanpa sebarang caj tambahan dan penumpang boleh menaiki penerbang selepas mendapat surat pengesahan doktor," katanya.

Sejak kelmarin, video dan gambar tentang pasangan suami isteri yang mendakwa dilarang menaiki penerbangan Air Asia ke Kuala Terengganu menjadi viral di media sosial.




Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Nasran dan Nadiah bersama anak mereka itu tiba di Kuala Lumpur dengan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari Incheon, Korea Selatan, 4.30 petang, hari yang sama.

Mereka dikatakan bergegas pulang ke Malaysia selepas dikhabarkan bapa Nadiah meninggal dunia di Terengganu.

“Dari Incheon kami dapat ke KLIA selepas melalui pemeriksaan yang ketat. Namun tiada penerbangan MAS  terus ke Kuala Terengganu dan penerbangan lain pula, Firefly tapi kena pergi ke Subang, ia agak jauh.

“Memandangkan isteri saya hamil dan sangat letih malah secara emosi tidak stabil kerana bapanya meninggal dunia. Sebab itu kami cuba yang terbaik untuk mengejar penerbangan terakhir Air Asia. Kami ‘check in’ tiket yang dibeli secara online dan ke kaunter untuk dapatkan ‘boarding pass’. Saya tunjuk isteri (yang sedang hamil) dan anak saya,” katanya yang dipetik dari sebuah video yang tersebar di laman sosial.

Nasran menegaskan sanggup mengambil sebarang risiko jika berlaku sesuatu ke atas isterinya asalkan diberi kebenaran menaiki pesawat AirAsia tersebut.

“Di pintu terakhir, kami tidak dibenarkan masuk. Mereka kata kami kena dapatkan surat pengesahan kesihatan. (Tapi) di Korea, isteri saya tidak memerlukan apa-apa surat. Ini situasi kecemasan.  Hari Jumaat jam 5.30 petang, bagaimana saya nak ke hospital untuk mendapatkan semuanya?

“Prosedur hanya atas kertas. Kita ini manusia. Beri saja kebenaran dan sebagai suami segala risiko saya akan tanggung. Mendarat di Malaysia pun saya sudah sangat beruntung sebab saya berjaya membawa isteri saya ke sini walaupun dia tidak dapat bertemu dengan arwah ayahnya,” katanya yang kelihatan begitu sedih.


Menurut Nasran juga, syarikat penerbangan tambang murah itu telah menawarkan hotel untuk mereka sekeluarga namun beliau menolak.

“Mereka tawarkan hotel tapi kelihatan tak begitu ikhlas. Mereka mahu membawa kami untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan malam ini (semalam) supaya mereka boleh teruskan untuk penerbangan esok (hari ini).

“Tapi kenapa penerbangan tadi (Jumaat lalu) isteri saya tak dibenarkan naik pesawat tapi esok (kelmarin) boleh?,” katanya.

Kemudian seorang wanita yang bersimpati dengan keadaan keluarga itu bertanya soal tawaran hotel tersebut, Nasran menjawab, “Ini bukan sebab duit. Kalau saya mampu bawa isteri saya balik ke Malaysia, maksudnya saya mampu beli benda lain.”

Sementara di laman sosial, rata-rata orang ramai mempersoalkan tentang larangan menaiki penerbangan yang hanya memakan masa 40 minit itu sedangkan penerbangan selama lima jam dari Korea ke Malaysia dibenarkan.

Tertakluk peraturan

Namun tegas syarikat penerbangan berkenaan, pihaknya tertakluk kepada peraturan ketat membabitkan wanita hamil demi keselamatan mereka.

Kenyataan AirAsia menyebut, bagi wanita yang hamil sehingga 27 minggu, penumpang perlu memberitahu syarikat penerbangan dan menandatangani Penyata AirAsia / AirAsia X Liabiliti Terhad.

Manakala bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, penumpang perlu menyediakan sijil perubatan doktor yang mengesahkan bilangan minggu kehamilan penumpang berkenaan.

"Penumpang juga akan menandatangani Penyata Liabiliti Terhad selain daripada surat doktor.

"Sebarang kehamilan yang 35 minggu dan ke atas tidak akan dibenarkan menaiki pesawat demi keselamatan dan kesejahteraan tetamu serta penumpang lain," katanya.

AirAsia merakamkan simpati ke atas kehilangan bapa penumpang tersebut.




*** Kalau peraturan ketat menjadi pegangan syarikat Air Asia dan tidak kompromi terhadap situasi kecemasan dll ... 

maka GPB nasihatkan kepada yang  penumpang  &  diri sendiri juga  jika   dalam keadaan  demam dan  wanita hamil , janganlah   memilih penerbangan ini disebabkan peraturan ketat ini . 

Lagi tragis kalau terkandas  di negara asing & duit pulak kehabisan .. memang malang tak berbau .  

Terima kasih Air Asia di atas penjelasan ini .......





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.