..

..
Archive for May 2014

default

TERKINI !! 58.36 % PERATUSAN KELUAR MENGUNDI ,PENGUNDI BANDAR LEBIH RAMAI KELUAR #PRKTelukIntan

on Saturday, May 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan masih rendah apabila hanya 58.36 peratus atau 34,974 daripada 59,927 pengundi dicatatkan setakat 3 petang tadi.

Trend pengundian petang ini menyaksikan peratusan keluar mengundi yang direkodkan setiap jam merosot, berbanding situasi di sebelah pagi.

Sejak 12 tengah hari, jumlah peratus keluar mengundi yang direkodkan hanya menunjukkan peningkatan kira-kira enam peratus bagi setiap jam, berbanding kira-kira 10 peratus bagi setiap jam sejak pukul 8 pagi.

Tinjauan Bernama juga mendapati lebih ramai pengundi di kawasan bandar yang keluar menunaikan tanggungjawab berbanding di kawasan kampung dan estet.

Sebanyak 60,349 pengundi, terdiri daripada 25,310 pengundi Cina, 23,301 (Melayu) dan 11,468 (India) dan selebihnya bangsa lain, layak mengundi pada PRK kali ini.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.



***JIKA PENGUNDI BANDAR KELUAR LEBIH RAMAI DI PRK TELUK INTAN , BERMAKNA IA MEMBERI KELEBIHAN KEPADA DAP KERANA PENGUNDI ITU ADALAH CINA ...  KALAU BN MAHU MENANG, PENGUNDI MELAYU DAN INDIA PERLU DIBAWA SERAMAI MUNGKIN KE TEMPAT MENGUNDI ..

default

KENYATAAN GUAN ENG DIBIDAS , RAYER CELAKA PERLU DITAHAN DULU AKTA HASUTAN @dzainalabidin

on Friday, May 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



  • Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata insiden pencerobohan DUN pada 21 Mei lepas berlaku disebabkan provokasi melampau oleh wakil rakyat kerajaan negeri.
      
    Sehubungan itu katanya, seharusnya wakil rakyat berkenaan terlebih dahulu dikenakan tindakan menurut Seksyen 31(e) Akta Hasutan sebelum Ketua Menteri Lim Guan Eng boleh menggesa penceroboh DUN diambil tindakan keras.
      
    "Beliau (ADUN Seri Delima R.S.N Rayer) bukan sahaja menyebut perkataan 'Umno celaka' di dalam DUN tetapi juga semasa berkempen untuk pilihan raya kecil Bukit Gelugor dalam khalayak ramai.

  •   
    "Kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap pemimpin Umno itu dibuat dengan tujuan politik," katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Pulau Pinang hari ini.


  • Jahara mengulas kenyataan Lim yang dilapor akhbar hari ini sebagai menggesa Peguam Negara menjalankan siasatan menurut Seksyen 121(b) dan 124(B) Kanun Jenayah terhadap kumpulan yang menceroboh DUN tersebut.
      
    Mengulas lanjut, Jahara berkata kumpulan itu tidak bertujuan mewujudkan huru-hara atau mengganggu persidangan DUN sebaliknya mahu mencari Rayer dan menuntutnya memohon maaf.


    "Mereka tidak berniat untuk buat jenayah pun kerana tidak membawa apa-apa senjata, lagipun mereka datang ketika dewan sedang berhenti rehat dan saya sendiri telah memohon maaf secara terbuka pada keesokan harinya," katanya.
      
    Dalam insiden itu, sekumpulan 100 lelaki yang mengaku anggota Umno dan pertubuhan bukan kerajaan merempuh pagar utama DUN Pulau Pinang untuk  mencari Rayer dan mendesak wakil rakyat DAP itu memohon maaf kerana mengeluarkan perkataan  kesat.
      
    Rayer dalam perbahasannya mendakwa beberapa pemimpin Umno di negeri ini  cuba menghasut rakyat melalui satu demonstrasi dengan mengapi-apikan tragedi 13 Mei 1969.
      
    - Bernama

default

TERKINI !! GAMBAR DYANA DI RAPTAI PERKASA 2009 DIDEDAHKAN , DAP PERLU JAWAB !! #PRKTelukIntan #JomPilihMAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




1. Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 May 2014 menyatakan yang dia tur
ut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya.

2. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa. Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.

3. Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada Tahun berikutnya, iaitu tahun 2009.




4. Gambar ini diambil pada 22 Mac 2009, iaitu pada hari MajliPerhimpunan Pribumi Perkasa Negara. Bukankah itu gadis yang sama? Siap baju nya pun sama. Jika tak percaya, lihat sumber gambarnya di Photopages ini. 

 http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1825764




5. Gambar di atas ialah di Hari Majlis tersebut iaitu pada 22 Mac 2009. Itu pun sudah cukup bukti bahawa Dyana menipu lagi.

7. Tetapi apakah komitmen seseorang itu jika dia juga turut hadir RAPTAI atau dalam bahasa Inggerisnya "rehearsal! Bukankah boleh dipanggil Aktivis!

8. Lihat gambar-gambar in di hari Raptai pada 20 Mac 2009.




9. Imej di atas ialah tajuk artikel di http://pribumiperkasa.blogspot.com/2009/03/persediaan-perhimpunan-perkasa-berjalan.html pada 20 Mac 2009.

10 Jika scroll ke bawah sedikit dalam artikel yang sama, kita akan nampak imej ini.

11. Hmm, fokus kepada gadis baju hijau.

12. Jom besarkan gambar.

13. Eh, bukankah itu Dyana lagi?

14. Lagi satu.

15. Gadis yang sama, bukan di majlis seperti yang dijelaskan dalam Kenyataan Akhbar Dyana Sofya dan DAP pada 27 May 2014. Tidak, ini RAPTAI Majlis PERKASA lama selepas itu.

16. Ini Aturcara Majlis.

17. Adakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP lain tahu tentang Majlis yang ini?

18. Kenapa Dyana hadir RAPTAI? Bukankah ini bermakna dia betul-betul aktif dalam Perkasa, dan bukan sekadar "ibunya minta datang untuk tolong daftarkan ahli".

19. Ini bukan Majlis daftar ahli!

20. Lihat Dyana. Dia memakai tag kuning. Ini kelihatan seperti tag rasmi penganjur. Maknanya dia aktif dalam Perkasa.

21. Adakah Dyana menipu lagi? Mengapa dia hanya mendiamkan saja perkara ini, dan hanya menjawab seolah-olah penyertaannya dengan Perkasa hanya setakat satu Majlis Pendaftaran Ahli itu saja?

22. Adakah Dyana sebenarnya Aktivis PERKASA?

23. Mohon sahabat-sahabat press yang sempat ber'press conference' dengan Dyana tolong tanyakan ini.

24. Anda boleh buat research sendiri di link yang saya berikan. Cepat sebelum macai Pakatan buat aduan pada blogspot untuk padamkan blogsopt perkasa itu.

[gambar-gambar ini kita kenal siapa jurukameranya. Malahan Minaq Jinggo mungkin ada di Teluk Intan! Jika ada jurukameranya, maka gambar ini malah boleh jadi bahan bukti di mahkamah. Jadi INI BUKAN GAMBAR PALSU ATAU FITNAH]

Sila jawab Dyana.

default

ROGOL : KERAJAAN PAS GAGAL TARBIYAH SLOGAN " ANAK KELANTAN BERMARUAH "

on Thursday, May 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Seorang bapa bersama dua anaknya adalah antara 14 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
    
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar Ketereh.
    
"Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi ini.
    
"Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas hari ini.
    
Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu  Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.
    
Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.
    
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
    
Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.
    
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. 

default

RAJA DR NAZRIN SHAH DITABALKAN SULTAN PERAK KE 35 #DAULATTUANKU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat semalam.
Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, di sini, pada jam 3.14petang tadi.
Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.
Raja Datuk Seri Jaafar Raja Muda Musa dilantik Raja Muda Perak yang baharu.
Raja Muda Perak yang baru pula disandang
Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja pemerintah baharu ditentukan menerusi mesyuarat khas Dewan Negara Perak.
Istiadat itu berlangsung sejurus sebelum jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah dibawa keluar untuk istiadat pemakaman.
Daulat Tuanku.

default

PM @NajibRazak kini di Istana Perak ziarah jenazah Sultan Perak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Walaupun PM DS Najib Tun Razak berada di China selama 6 hari dalam lawatan sempena hubungan Malaysia- China selama 40 tahun ,  tetapi beliau tiba juga pagi ini di bumi Perak bagi ziarah jenazah Al Marhum Sultan Perak , Sultan Azlan Shah .

Program lawatan  beliau pagi di China akan diwakili Menteri Pertahanan DS Hishamuddin Tun Hussein dan sejurus selepas ziarah jenazah , beliau akan terus berangkat semula ke Beijing .

Al Fatihah ......


default

ISU PERKASA DYANA & IBUNYA SERLAHKAN DAP HIPOKRIT & PENIPU DEPAN KAUM CINA !! #JOMPILIHMAH #PRKTelukIntan

on Tuesday, May 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelihatan ‘blur’ apabila isu Pertubuhan Bumiputera Perkasa (PERKASA) bertalu-talu diajukan wartawan kepada calon parti itu untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.
Dyana Sofya yang sebelum ini menafikan ibunya, Yammy Samat, pernah terbabit dengan Perkasa, akhirnya menukar pendirian mengakui hakikat itu apabila beberapa bukti bergambar dikeluarkan.
Ditanya tentang pembabitan Dyana sendiri membantu ibunya dalam pertubuhan itu, Setiausaha Politik Kit Siang menjawab beliau membantu ketika masih bergelar sebagai seorang pelajar.
“Saya tidak tahu sama ada ibu saya anggota Perkasa ketika itu dan saya pula masih belajar,” katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Ikuti sesi soal jawab wartawan dengan Dyana berkenaan isu tersebut yang dirakamkan Minaq Jinggo dalam video di sebelah.


Sementara itu, rakyatnews.my yang memetik kenyataan Yammy Samad mengesahkan beliau terlibat dengan Perkasa.
Ibu Dyana itu turut mengakui anaknya terlibat sama pada Majlis pelancaran laman web Perkasa oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 21 Oktober 2008.
“Saya memang ahli Perkasa yang memegang sebagai Jawatankuasa Penaja Penubuhan itu saja, yang ahli saya, bukan Dyana dan sampai sekarang anak saya bukan ahli.
“Pada ketika itu Dyana baru habis belajar, jadi dia datang menemani saya. Malah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali minta dia meletakkan bunga pada Tun Mahathir,” katanya kepada pihak media ketika hadir di ceramah DAP di Taman Perindustrian Anson di sini malam tadi.- AIDC 




default

PEMBOHONGAN CALON BONEKA DAP TERUS DIDEDAHKAN #PRKTELUKINTAN #JOMPILIHMAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Dyana Sofya sekali lagi membuktikan bahawa dirinya sekadar boneka DAP apabila cuba mengaburi mata pengundi cina berhubung isu penglibatan ibunya dengan pertubuhan PERKASA.

Blog Dr MiM menyingkap segala kebobrokan yang berlaku. 

Baca selanjutnya;

1. Akhirnya, calon DAP mengaku telah berbohong tentang ibunya.

 

2. Sebelum ini beliau menafikan ibu beliau pernah menyertai PERKASA. 
 

3. Yang terbaru ialah di bawah : 



4. Sudahlah berbohong, portal pro-pembangkang SorosKini MalaysiaKini pula cuba memutarbelitkan pembohongan calon DAP ini dengan melaporkan 'Calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan itu juga mendedahkan, beliau turut membantu ibunya mendaftar anggota PERKASA pada 2008'. 

5. Yang mendedahkan isu ini sebenarnya bukan calon DAP itu tetapi pihak pro-BN yang mendedahkan foto beliau semasa program PERKASA. 
 

6. Yang lebih memalukan ialah pembohongan calon DAP yang seterusnya :  

Mengulas mengenai jawatan Yammy dalam PERKASA, beliau berkata ibunya itu hanya bertindak sebagai jawatankuasa penaja.
Ibunya meninggalkan PERKASA sebelum mesyuarat agung pertama NGO tersebut. 

7. Ternyata bahawa ibu calon DAP itu masih lagi menjadi ahli PERKASA. Lihat video di bawah. Video ini menerangkan pembohongan calon DAP itu :

  
  
8. Ternyata calon DAP itu telah berbohong besar dan sepatutnya meminta maaf secara terbuka kepada rakyat terutamanya rakyat Teluk Intan. 

9. Bagaimana pula dengan pembohongan beliau yang lain? BACA SINI

Mungkinkah Dyana Sofya juga adalah ahli kepada pertubuhan Perkasa? Sama- sama kita nantikan...

default

DULU TUDUH UMNO , SEKARANG PAS PENGAMAL TEGAR POLITIK TIGA SUKU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Nak hudud cari UMNO, nak kerusi cari DAP? Nak Islam cari UMNO, nak politik cari DAP!

Adakah PAS menjadi pengamal POLSAS – politik suku agama suku?

Saya melihat PRK Bkt Gelugor & PRK Teluk Intan sebagai bukti amalan POLSAS ini.

Dalam keadaan PAS sibuk mendesak Ahli Parlimen UMNO menyokong usul hudud PAS Kelantan; tetapi diwaktu yang sama mereka menyokong dan mengundi calon-calon DAP bagi PRK Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menentang hudud PAS!

Malahan PAS cukup kuat mengutuk dan mengecam mana-mana wanita Melayu Islam yang tidak bertudung, tetapi mereka menyokong dan mengundi calon DAP PRK Teluk Intan yang bukan sahaja tidak bertudung malah menentang hudud PAS!Sebab itu saya rasa iblis sendiri pun akan menangis melihat politiking hipokrit dan melampau PAS ini! Sebab jahat-jahat iblis pun dia berterus terang dengan pendirian dia depan Allah menolak Nabi Adam a.s, sedangkan PAS mempertopengkan agama Allah untuk kepentingan politik kepartian mereka!

Baru-baru ini saya berkesempatan berjumpa seorang pemimpin kanan PAS yang juga seorang yang dikenali sebagai Ustaz. Malahan kekadang dia dikenali dan dipanggil sebagai ulamak walaupun bagi saya beliau hanya seorang penggemar nasi lemak.

Saya bertanya kepada Ustaz ini satu soalan;

“Enta desak Ahli Parlimen UMNO sokong hudud PAS, tetapi enta sokong calon DAP bagi Parlimen Bkt Gelugor dan Teluk Intan yang terang-terang menolak dan menentang hudud PAS! Bukankah ini paradoks politik dan sifat hipokrit yang sangat serius”.

Jawab Ustaz ini, “hudud soal agama sheikh, PRK soal politik. Enta kena bezakan antara perlaksanaan hudud dan pilihanraya”.
mat-sabu-hadi-awang-tangguh-hudud-pas-bentang-ruu-persendirian-gimik-politik-jual-agama-beli-undi-tiket-syurga
Saya menjawab dengan bertanya balik, “bukankah itu bermakna enta memisahkan antara agama dan politik. Hudud agama, pilihanraya politik. Ini bermakna amalan politik suku agama suku?


 Bukankah atas tuduhan politik suku agama suku inilah PAS mengkafirkan UMNO?”.





Pada pandangan saya, inilah sikap politik hipokrit PAS yang Allah dedahkan melalui PRK Bkt Gelugor dan PRK Teluk Intan.

Kalau benar perjuangan PAS berdasarkan Al-Quran & Sunnah sebagaimana yang selalu dimomokkan kepada orang Melayu, sudah tentu mereka akan menentang calon DAP bagi PRK Bkt Gelugor dan Teluk Intan.

Tetapi yang pelik calon ahli PAS sendiri bagi PRK Bkt Gelugor Haji Mohamed Nabi Bux yang jelas perjuangan dia mahu membantu PAS melaksanakan hudud, bukan sahaja tidak disokong dan dibantu oleh PAS, malahan beliau dimaki dan dicaci nista.

Sampai ke peringkat PAS tidak mahu mengaku beliau sebagai ahli walaupun ada sijil keahlian yang ditandatangani sendiri oleh Almarhum Ust Fadil Nor, mantan Presiden PAS!

Sebaliknya PAS bermati-matian membantu dan menyokong Ramkarpal Singh yang terang-terang menyatakan jika dia menang menjadi Ahli Parlimen, dia tetap dengan pendirian mendiang bapanya sendiri Karpal Singh akan menentang RUU hudud PAS jika dibentangkan didalam Parlimen nanti!!!

Malah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang turut hadir menyambut Ramkarpal Singh dalam perarakan pada hari penamaan calon!

Didalam PRK Teluk Intan, secara jelas lagi sarih calon DAP yang tidak bertudung ini menegaskan bahawa jika dia menjadi Ahli Parlimen, dia sama sekali tidak akan menyokong usul RUU Hudud PAS Kelantan, malah akan menentangnya.Sekali lagi PAS mengambil sikap menyokong dan membantu calon DAP ini untuk memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan. Malah pimpinan PAS turut sama berarak meraikan calon tidak bertudung penentang hudud ini pada hari penamaan calon!

Dan bila ditanya kepada kepimpinan PAS kenapa sokong calon DAP yang terang-terang menentang hudud, pasti mereka akan menjawab membantu DAP adalah strategi politik tahalluf siasi, melaksanakan hudud adalah kewajipan syariah.

Bantu DAP siasah, buat hudud syariah!

Bukankah itu namanya politik suku agama suku?

Adakah PAS sudah lupa Amanat Hadi yang dibuat di Kg Banggol Pradong, Kuala Terenganu pada tahun 1981? Adakah PAS lupa bahawa, “PAS menentang UMNO kerana mengamalkan politik suku agama suku”.

Atau adakah PAS sudah sampai ke peringkat politik tiga suku?

Kepada ahli-ahli PAS yang saya percaya cukup ikhlas mahukan Islam, sedar dan insaflah kalian semua daripada kesesatan politik yang sedang dibawa oleh kepimpinan kalian, terutama daripada kalangan parasit yang sudah meresap menguasai PAS yang berpendirian mempertuhankan kerusi dan demokrasi!

Bangkitlah melakukan jihad mengembalikan PAS kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan syariat Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, semoga kita semua diberi kekuatan dan sifat istiqomah dalam perjuangan in insya-Allah, ameen!

Aamantu billah summastaqeem – intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum!

Wallahua’lam & Wassalam.

Zulkifli Noordin

default

TERKINI ! RAYER DAKWA SEBUT "CELAKA " DAH JADI TABIAT RAKYAT P.PINANG

on Monday, May 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




OLEH : DR MIM

. Sejak bila pula mencarut 'celaka' adalah perkara biasa bagi rakyat negeri Pulau Pinang?
2. Inilah yang diungkapkan oleh ahli politik mulut celupar, RSN Rayer DAP kepada wartawan. Sila baca di bawah :  
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer terus mempertahan tindakannya mencela UMNO dengan perkataan celaka dengan menyifatkan perkataan itu adalah 'biasa' bagi rakyat negeri ini. 

Malah, beliau menjelaskan langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan kebiadapannya itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa. 
"Perkara itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad di sini hari ini.seterusnya
3. Mungkin ahli politik DAP dan rakan-rakan beliau tergolong dalam kumpulan anti-sosial yang biasa mencarut 'celaka' tetapi untuk menuduh orang Pulau Pinang juga biasa mencarut 'celaka' adalah satu penghinaan kepada rakan beliau, Lim Guan Eng DAP sebagai Ketua Menteri dan seluruh rakyat Pulau Pinang.

4. Sebelum ini ahli politik DAP ini berkontroversi dengan UMNO tetapi sekarang, beliau turut mengheret seluruh rakyat Pulau Pinang ke kancah isu keceluparan mulut beliau.

5. Memang sungguh memualkan produk parti DAP ini dan sepatutnya mengundang bantahan keras oleh rakyat Pulau Pinang.  

6. Dan jika Lim Guan Eng DAP menyokong rakan beliau mencarut kepada parti UMNO, bagaimana pula pendirian beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila RSN Rayer mendakwa perkataan kotor 'celaka' itu 'biasa' bagi rakyat negeri Pulau Pinang'?

7. Apakah Lim Guan Eng DAP akan tetap menyokong rakan beliau itu atau mempertahankan maruah rakyat negeri yang ditadbir oleh beliau?


8. Dan jika Lim Guan Eng DAP tidak bersuara mempertahankan maruah rakyat Pulau Pinang dengan meminta rakan politik beliau menarik balik kenyataan itu, meminta maaf secara terbuka dan mengenakan hukuman yang sewajarnya, kita sarankan agar Setiausaha Agung DAP itu meletak jawatan dengan kadar segera.

9. Begitu juga dengan kenyataan ahli politik DAP itu yang 'langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima'. Ianya satu provokasi melampau yang semakin mencabar kesabaran kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong UMNO selama ini.


10. Bagaimana pula dengan seorang lagi ahli politik 'hingusan' DAP yang berbohong kepada rakyat ?

default

RAYER ULANG LAGI SEBUT UMNO CELAKA, AYUH BANGKIT PERTAHAN MARUAH KITA @RRafizal @drshaikhussein @Armand_PJU

on Friday, May 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 17 Comments



Angkuh betul PARIAH RAYER & DAP bangsat ini ...

Dia sudah berani sebut semua MELAYU UMNO CELAKA di luar dewan dalam ceramah partinya ....

Sebab apa dia berani ??  Sebabnya kita lemah dan tidak berani pertahankan MARUAH BANGSA & PARTI  !!


Malah ada seekor  Adun UMNO  sendiri yang mengutuk tindakan bantahan Pemuda UMNO PP  & NGO Perkasa  dalam sidang DUN hinggakan puak kafir DAP senyum gembira jemput beliau  sertai kerajaan mereka . 

Yang tinggal di DUN itu melawan DAP hanya yang kuat ialah YB Jahara & YB Farid sertai beberapa rakan2 lain yang tegas dan istiqamah melawan puak2 laknat DAP ini  dalam dewan.


Hari ini MARUAH orang Melayu cukup hina  sekali  dan mudah dipijak2& dipelekehkan DAP yang turut disokong macai PKR &PAS.   

Semalam 2 pemohonan maaf dibuat pemimpin Melayu kita di DUN iaitu Datuk Mahmud yang gelar Rayer HARAMJADAH & YB Jahara isu  demo ceroboh masuk DUN . Tetapi si CELAKA RAYER yang memulakan tidak langsung mohon maaf dan disokong semua Adun DAP termasuk Melayu PAS & PKR. 


Memetik lirik lagu Anak Kecil Main Api  " Kita sudah tiada kuasa ..maruah peribadi dah hilang "   ..

Ini lah hakikat sebenar   yang berlaku kepada orang Melayu di P.Pinang ..


Bila Rayer angkuh sebut CELAKA UMNO ..kita cuma  dapat lihat  hanya ahli Pemuda UMNO P.Pinang  & Pemuda Wilayah Persekutuan yang  ada teloq  berani  berdepan DAP   pertahan maruah diri dan parti ...  

Mana lagi suara anak Melayu pemuda lain ???

Ayuh bangsaku ...sedarlah dan bersatu... pertahankan maruah bangsa dan parti keramat ini..

Tiada UMNO kita tak tahu apa akan jadi nasib bangsa  Melayu ...

Membujur lalu melintang patah ..

Maruah Melayu perlu dipertahankan ...

Maruah Islam perlu dijulang ............





PULAU PINANG 23 Mei - Setelah menegaskan tidak akan menarik balik dan memohon maaf di atas keceluparan menggelarkan UMNO sebagai celaka, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer sekali lagi menunjukkan kebiadapannya apabila mengulangi celaan liarnya itu di dalam ceramah terbuka DAP, malam tadi.

Dengan nada angkuh, wakil rakyat DAP itu menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang sudah tidak relevan dan tidak pernah membantu kaum-kaum lain di negara ini.

"Biar saya ulang lagi di sini, celaka UMNO dan yang saya maksudkan ini hanya kepada parti, bukan orang Melayu.

"Saya tidak akan memohon maaf dan sesekali menarik balik perkataan ini," katanya ketika berucap dalam ceramah DAP di Island Glades di sini. - UTUSAN


default

VIDEO : USUL BERAT SEBELAH DEDAHKAN LAGI SIKAP GUAN ENG PENIPU @dzainalabidin @reezalmerican

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


oleh : Dr MIM 

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini berkisar kepada insiden rempuhan Dewan oleh beberapa ahli UMNO dan NGO Melayu. Lim Guan Eng memulakan dewan dengan membawa usul seperti di bawah :




Yang menjadi persoalan besar sekarang ialah tindakan Lim Guan Eng yang berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan itu. Ini persoalan yang ditimbulkan oleh ADUN-ADUN BN.

MiM menanyakan YB Farid Saad tentang perkara yang sebenarnya kerana portal-portal pro-pembangkang dilihat telah bersikap berat sebelah di dalam laporan mereka.

YB Farid berkata ADUN-ADUN BN meminta supaya dimasukkan perenggan 6 yang turut meminta R S N Rayer supaya meminta maaf.

YB Farid juga mencadangkan agar usul dipinda melalui perbincangan di antara Lim Guan Eng, ADUN Padang Kota dan YB Datuk Jahara Hamid sebagai ketua Pembangkang tetapi Lim Guan Eng berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan sendiri.

Kenapa Lim Guan Eng bersikap demikian sedangkan beliau tahu insiden ini berpunca daripada keceluparan rakan beliau sendiri iaitu R S N Rayer?

Kenapa Lim Guan Eng bersikap berat sebelah yang hanya mencari salah orang lain sedangkan pencetus isu ini ialah R S N Rayer?

Dan jika kita baca usul Guan Eng itu, kita akan nampaK 'kegembiraan' Guan Eng yang menuduh UMNO secara pukal.

Dan sebagai seorang pemimpin, Rayer sepatutnya tidak memanjangkan isu keceluparan mulut beliau itu dan meminta maaf dengan kadar segera. Jika beliau berbuat demikian, insiden merempuh Dewan Undangan Negeri tidak mungkin akan berlaku.

Tetapi beliau berdegil!

Dan semasa MiM mengikuti sessi di dalam Dewan DUN tadi, ADUN-ADUN BN telah berulang kali menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan merempuh Dewan DUN itu dan tidak sesekali menyuruh atau mengetuai kumpulan tersebut tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan haram Rakyat acap kali menuduh mereka.

MiM tergelak dengan modus operandi pihak tersebut yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam UMNO demi harapan R S N Rayer terlepas daripada keceluparan melampau beliau. Come on Guan Eng.... you can do better that.

Mungkin mereka terlupa bahawa demonstrasi-demonstrasi mereka mempunyai elemen-elemen yang menghina institusi raja perlembangan Malaysia seperti bendera Malaysia dan institusi raja negara ini tetapi kepimpinan BN bersikap waras dan tidak pula menuduh Pakatan secara pukal seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.

Dan yang MiM respect ialah ADUN-ADUN BN telah berjaya berbincang dengan kumpulan yang sepatutnya membuat demo di depan Dewan Undangan Negeri tadi dan demo tersebut tidak berlaku.

ADUN-ADUN BN berjaya berbincang dan meleraikan demo.



Apakah Lim Guan Eng dan geng-geng beliau peduli?

Apakah portal-portal pro-pembangkang akan melaporkan berita ini?


Yang 'hebatnya' kenyataan Lim Guan Eng ialah apabila berkata, jika mana-mana ahli DAP melakukan sesuatu seperti ini, beliau (sebagai setiausaha agung parti ) akan meminta maaf atas apa yang mereka lakukan dengan segera.

Pernahkah kita terdengar Lim Guan Eng meminta maaf apabila rakan-rakan beliau yang berjawatan ADUN berlaku samseng di Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini?



Come on Guan Eng....jangan jadi hipokrit.

Di antara laporan berita :
Jahara dan Datuk Mahmud Zakaria (BN -Sungai Acheh ) berkata,mereka tidak bersetuju selagi Rayer tidak membuat permohonan maaf manakala Farid menggelarnya usul berat sebelah. 
Jahara ketika ditemui pemberita berkata, mereka kecewa PR tidak akan mengakui kesilapan tetapi hanya memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain. 
"Ia tidak adil dan mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan," katanya. 
Farid berkata, semuanya bermula daripada Rayer dan apa yang diperkatakan turut didokumentasikan. 
Shariful Azhar Othman (BN- Bertam) berkata, terdapat niat yang jelas melanggar peraturan di Dewan tetapi tumpuan hanya kepada BN. 

"Yang Dipertua Dewan tidak diberitahu untuk meminta maaf tetapi kita diberitahu untuk meminta maaf atas tindakan orang di luar dewan," katanya. – 22 Mei 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.