..

..
Archive for January 2014

default

JATUH PM : FITNAH RAFIZI TAK MASUK AKAL UNTUK TUTUP MASALAH PKR !

on Friday, January 31, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Tuduhan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja keterlaluan, malah cuba mencemarkan imej negawaran ulung itu.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, tuduhan  bahawa Dr Mahathir sebagai dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak langsung tidak boleh diterima akal.

Katanya, tuduhan itu sengaja dilemparkan Rafizi sebagai  salah satu usaha PKR menutup kepincangan yang sedang berlaku dalam parti tersebut.

“Rafizi bijak membuat pembohongan agar rakyat melihat Umno sedang goyah, sedangkan hakikatnya parti itu yang sedang bermasalah.

"Rafizi juga sanggup melemparkan fitnah semata-mata mahu merealisikan hasrat ketuanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri," katanya, semalam.

Sehubungan itu, katanya, BN seperlu bertindak bijak agar tidak terperangkap dengan permainan PKR yang memainkan beberapa isu untuk mengalihkan perhatian rakyat.

Pada masa sama beliau juga mengharapkan rakyat tidak terperangkap helah yang dimainkan pakatan dalam usaha meraih simpati rakyat menyokong mereka.

Sementara itu Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin  mengingatkan Rafizi supaya tidak meletakkan kelemahan diri sendiri di atas bahu orang lain apabila mengaitkan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang oleh wakil rakyat parti itu dengan Umno.

"Bagi menutup kesilapan dan tindakan mengosongkan kerusi Dun Kajang tanpa sebarang alasan yang kukuh, Rafizi membuat tuduhan tanpa asas dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno.

 "Jangan sampai kerosakan rumah tangga sendiri, orang lain yang dituduh, kerana amalan politik kotor seperti ini tidak akan mampu mematangkan fikiran rakyat. Permohonan maaf yang keluar dari mulutnya hanyalah sebagai ulam politik semata-mata,” katanya.

default

#N25KAJANG : TUN M DEDAH MATLAMATKAN ANWAR MASIH LAGI GILA NAK JADI PM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika diadakan, sebagai usaha untuk mencapai matlamatnya menjadi perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah langkah untuk naik ke atas dan Anwar tidak akan berhenti pada tahap itu sahaja.

Saya fikir itu bukan matlamatnya tetapi itu adalah tangga yang digunakan untuk mencapai matlamatnya (menjadi perdana menteri),” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam program ‘Dalam Radar Khas’ terbitan Bernama Radio24 di Wisma Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar mahu bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang yang dilihat umum sebagai langkah untuk menjadi menteri besar Selangor.


Semalam, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang, sekiranya diadakan, selepas kerusi itu dikosongkan oleh wakil rakyat PKR sendiri Lee Chin Cheh.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee dengan meletakkan jawatan pada Isnin selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Ditanya sama ada tindakan Anwar itu dilihat sebagai seorang yang ‘gila kuasa’, Dr Mahathir berkata : “Memang Anwar dari dulu, saya tidak tahu gila kuasa atau tidak, tetapi beliau masuk Umno bukan kerana sayang kepada Umno kerana jika tak masuk Umno, tak boleh jadi perdana menteri.

“Kalau masuk PAS, (Anwar) tak mungkin jadi perdana menteri, sampai sekarang ini pun, dia masuk (Umno) ada alasan, yang ini pun (bertanding pada pilihan raya kecil) ada alasan untuk mencapai matlamatnya,” katanya.


Ditanya sama ada hasrat Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu mempunyai kaitan dengan kes liwat beliau untuk memberi tekanan kepada kerajaan, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau tidak.

“Tetapi jika beliau menjadi perdana menteri, ia satu tahap ke arah itu, jadi perdana menteri, maka banyaklah benda beliau boleh buat untuk melindungi dirinya,” katanya.
Mengulas sama ada Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu, Dr Mahathir berkata terpulang kepada BN untuk menentukannya kerana BN adalah parti campuran yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Jadi, terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan BN untuk menentukan siapa yang layak untuk bertanding di kawasan itu.

“Dan apabila keputusan dibuat, jangan ada bantahan lagi, cuma berpegang kepada semangat gabungan parti campuran, kita sokong sahaja,” katanya.

Mengulas kriteria yang perlu rakyat tahu sebelum memilih anggota Dewan Undangan Negeri yang baharu, bekas perdana menteri itu berkata rakyat perlu mengambil kira dan menilai banyak perkara termasuk prestasi dan karektor seseorang itu serta sumbangannya kepada negara.

“Jika seseorang itu cuma berjuang untuk hanya nak jadi perdana menteri atau menteri besar, saya fikir kita tak harus perlu memilih orang itu tetapi (sepatutnya orang) yang berjuang untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Mengulas kenyataan Anwar semalam supaya BN tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dengan alasan elak pembaziran, Dr Mahathir berkata : 


“Saya melihat jika boleh, (beliau mahu) Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) letak jawatan dan angkat dia sebagai perdana menteri, itulah yang terbaik bagi dia.”

Terdahulu, ketika menjawab soalan dalam program itu berhubung perancangan Anwar yang dikatakan untuk menjadi menteri besar Selangor, beliau berkata Anwar memang mahu menjadi ketua kerajaan.

“Kalau tak boleh yang besar, yang kecil sikit pun bolehlah cuba, dengan harapan rakyat akan menghargai dan memberi kejayaan kepada cita-citanya untuk menjadi perdana menteri.

“Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. Soal apa jadi selepas jadi perdana menteri itu tak penting, jadi perdana menteri (dulu),” katanya.


Mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa meletakkan Anwar sebagai calon pada pilihan raya kecil itu sebagai pergerakan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada, Dr Mahathir berkata itu adalah tafsiran beliau.

Katanya sebenarnya usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada telah bermula sejak beliau menjadi perdana menteri dan tugas parti lawan ialah menjatuhkan parti pemerintah bagi membolehkan mereka menjadi pemerintah.

Katanya soal isu tidak penting dan parti lawan akan mengecam apa juapun yang dilakukan oleh kerajaan termasuk memberi wang kepada mereka.

default

MB SELANGOR : FAEKAH SOUND ANWAR JANGAN BERNAFUS BESAR !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




- Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) itu secara beralas semalam menggesa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang beliau anggap 'ahli politik di luar Selangor' untuk meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.



"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Tidak cukup dengan itu, Faekah turut menyifatkan tindakan mana-mana pihak yang ingin memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai 'bernafsu besar'.

"Yang mengejar bernafsu besar, yang menggendong patutkah berjiwa besar?" soalnya.

Anwar kelmarin dinamakan PKR sebagai calon seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi DUN Kajang yang dikosongkan sebelum ini oleh wakil rakyat PKR sendiri, Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.


default

TERKINI ! UMNO PERMATANG PAUH BONGKAR SIAPA ANWAR DI PRK KAJANG !! @BenBakarKP @dzainalabidin

on Thursday, January 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments





Kenyataan Media

UMNO Bahagian Permatang Pauh

"Pengumuman Anwar Sebagai Calon N25 Kajang"

Keputusan ahli Parlimen Permatang Pauh , Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding PRK DUN Kajang merupakan satu lagi 'perlekehan demokrasi' secara terang-terangan yang di tunjukkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat ini.Selepas Permatang Pauh , Penanti kini menjalar pula ke Kajang.Segala yang berlaku ini adalah semata-mata memenuhi nafsu serakah insan bernama Anwar Ibrahim yang tidak ada batas kepuasannya.

Seluruh negara juga mengetahui saat ini bahawa PKR terpalit dalam pergolakan dalaman yang amat serius.Perbalahan isu PKNS-AZMIN-KHALID , Larangan kemasukan Anwar ke negara matahari terbit dan di tambah pula isu tuntutan fasakh Naib Presiden PKR yang juga anak kesayangan Anwar telah memaksa Ketua Umum ini mengalihkan percaturan politik beliau.Sehari dua ini Anwar berjaya memadamkan semua kisah berikut di dada akhbar harian mahupun media alternatif.Inilah Anwar Ibrahim.

Ahli-ahli UMNO Bahagian Permatang Pauh seramai 17 ribu orang dan 70,760 ribu pengundi , sudah semestinya merasa terkilan dengan keputusan Dato Seri Anwar ini.Seluruh masyarakat Permatanag Pauh menyedari bahawa selama beliau menjadi MP Permatang Pauh beliau GAGAL melaksanakan amanah yang diberi.

Pencapaian beliau amat teruk sekali.Beliau tidak pernah mengambil tahu masalah rakyat malahan tidak berminat langsung untuk membantu rakyat.Orang Permatang Pauh di buat seperti anak terbuang , sakit demam , mati , kahwin , susah perit , banjir dan sebarang kecelakaan menimpa beliau tidak kisah langsung,Anwar benar-benar memperlihatkan sikap angkuhnya , bangga diri , sombong dan hipokrit terlampau terhadap orang Permatang Pauh.

Malahan ketika masyarakat Tionghua sibuk dengan persiapan menyambut Tahun Baru Cina , Anwar tidak peduli langsung dengan pengundi cina yang miskin dan tidak mampu membuat apa-apa persiapan , ketika BN Permatang Pauh turun ke padang menyampaikan bantuan pada 300 masyarakat Tionghua baru-baru ini , Anwar dengan bangganya mengumumkan bahawa beliau terpaksa menawar diri bertanding di Kajang kerana itu adalah kehendak Parti kononnya.Masyarakat Tionghua Permatang Pauh pasti tidak akan merasai manisnya limau mandarin Anwar Ibrahim Ahli Parlimen mereka yang mungkin mereka rindui.

Sekian lama orang Permatang Pauh hanya mampu bertanya 'dimana Anwar?' ketika mereka memerlukan khidmat Ahli Parlimen yang selama ini menanam tebu di bibir , contohnya ketika musibah kebakaran dan banjir baru-baru ini , Anwar lesap entah ke mana.Percayalah wahai orang Kajang bahawa anda juga akan menjadi seperti kami di Permatang Pauh andai termakan janji manis beliau.Anwar tidak boleh berubah lagi , dia meletakkan dirinya atas kasta yang amat tinggi berbanding pengundi-pengundi yang mengangkat darjatnya itu.

Menyedari hakikat itu , kami di Permatang Pauh berharap pengundi-pengundi Kajang tidak akan tertipu dengan agenda peribadi Anwar dan kuncu-kuncunya.Ingin saya tegaskan disini bahawa sekiranya BN membuat keputusan untuk bertanding maka UMNO Bahagian Permatang Pauh secara sukarela akan menghantar seramai 30 orang petugas sepenuh masa yang akan terlibat sepanjang kempen berlangsung.Kami akan hadir di sana dengan segala maaklumat , bahan dan fakta mengapa Anwar tidak boleh di menangkan di Kajang.

Dalam masa yang sama sebuah lagi pasukan akan berkempen di Permatang Pauh dengan berkunjung ke segenap kampung dan taman perumahan dalam Parlimen Permatang Pauh bagi mendapat dan mendedahkan segala masalah rakyat di Permatang Pauh yang Anwar tidak selesaikan sekian lama.

Moga segala pendedahan , kejutan dan kempen yang akan kami lakukan sepanjang PRK Kajang akan membuka mata para pengundi DUN Kajang untuk menolak insan bernama Anwar Ibrahim ini.

Sekian

Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh
30 Januari 2014



default

Hot ! Kaki Penipu Rafizi bagi alasan sebab UMNO , Anwar tanding PRK Kajang @dzainalabidin @tunfaisal

on Wednesday, January 29, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




PENJELASAN RAFIZI BERSABIT TINDAKAN ANWAR BERTANDING DI DUN KAJANG PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

 "Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

 "Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

 Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

 "Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya. Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). 

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

 Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

 "Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya. Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

 "Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

 Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

 PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.

 Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

 Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini. Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin. Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

 Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor

default

TUDIA !! PAS AKHIRNYA MENGAKU HANYA PARTI TUPPER WARE DI SELANGOR !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



PAS kesal dengan tindakan bekas Adun Kajang Lee Chin Cheh dari PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, pihaknya menuntut penjelasan munasabah daripada PKR kerana pilihanraya kecil akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat.



“Rakyat melihat situasi ini dengan penuh prihatin. “Pergolakan kecil politik Selangor melibatkan jawatan Menteri Besar dan isu PKNS ditambah pula dengan perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menyifatkannya sebagai politik picisan, Mohd Khairuddin turut mengingatkan isu ini mampu menggugat keyakinan rakyat kerana Pakatan Rakyat sepatutnya fokus kepada mendedahkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu menilai semula sejarah Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggalkan parti yang telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat.

Manakala sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan Adun.

“Nasihat ini saya lontarkan sebagai peringatan bersama seluruh warga Pakatan Rakyat khususnya para pemimpinnya,” katanya.

PAS, parti tupperware?

Sementara itu Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan Tantawi berkata, pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya

Katanya, PKR tidak sepatutnya mempermainkan amanah rakyat yang berkerja, berjuang dan mengundi bersungguh-sungguh dalam PRU lalu.

“Saat rakyat berhempas pulas mencari sesuap nasi berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang yang melambung.

“Tak pasal-pasal cipta pilihanraya kecil dengan drama realiti perletakan jawatan,” katanya.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menuntut penjelasan yang munasabah daripada Lee terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera.

“Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR,” tegasnya.

Beliau menganggap tindakan Lee sebagai satu pengkhianatan amanah yang diberikan rakyat Selangor serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau juga kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor.

“PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor,” katanya. ~fmt






default

HOT ! PRK KAJANG BUKTIKAN ANWAR LEMPAQ "REFORMASI" DALAM LONGKANG !! @dzainalabidin @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kenyataan saya mengenai perletakan jawatan ADUN Kajang . Pertamanya, saya ingin mengucapkan 'takziah' kepada mantan ADUN Kajang, kerana terpaksa membuat keputusan yang sukar, semata-mata mahu memberikan peluang kepada seorang individu dari 'luar Selangor' untuk bertanding di kawasan tersebut.

2. Dalam pengumuman keputusan sebentar tadi, beberapa kali Anwar mengatakan bahawa ini adalah usaha melonjak 'khidmat cemerlang' PKR Selangor selama ini. Kepada saya, ayat tersebut hanya bermakna bahawa ini adalah usaha 'melonjak' ego politik Anwar semata-mata.


3. Ahli PKR, rakyat Selangor, pengundi di DUN Kajang sepatutnya membuka mata bahawa ini adalah permainan politik penting diri dan tidak hemah dalam menilai kepercayaan rakyat.


4. Pada pandangan peribadi saya, Barisan Nasional (BN) wajar membuat kajian yang lebih teliti samada mahu terlibat di dalam PRK yang bukan sahaja mempunyai nilai moraliti yang rendah, malahan hanya menjadi alat pemuas berahi kepada seorang yang sangat kemaruk dengan kuasa. Anwar sudah menjadikan rakyat sebagai ‘komoditi politik’ untuk menyelesai masalah dalaman. 

5. Secara psikologi, ia akan membuktikan kepada pengundi di Selangor bahawa mereka sudah memilih seorang ‘raksasa politik’ yang haloba dan hanya melihat kedudukan peribadinya sendiri. Berkemungkinan juga, kemenangan Anwar, walaupun secara percuma, bakal merosakkan imej PKR, DAP dan PAS di dalam jangkamasa panjang. 


6. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan kegilaan dan kemaruk kuasa Anwar ini. Apa yang berlaku ini sekadar menunjukkan kepada rakyat, ‘siapa Anwar’ yang sebenarnya. 

PKR wajar membuang sama sekali perkataan ‘reformasi’ daripada kamus parti tersebut, kerana Anwar baru sahaja melempar ‘reformasi’ ke dalam longkang yang kotor dan hanyir.




*** GPB dimaklumkan orang Matang Pauh dah berang dengaq Anwar tanding DUN KAJANG sekaligus meminggirkan terus pengundi di sini .  Satu bantahan akan diadakan dalam masa terdekat .




default

TERKINI ! MASJID BAYAN BARU TERKAWAL , NGO BUAT LAPORAN POLIS ! @dzainalabidin

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Sebentar tadi satu demo aman oleh beberapa NGO Melayu & Islam di P.Pinang diadakan di depan Masjid Bayan Baru yang membantah  banner dipasang di depan gereja & penggunaan Kalimah Allah yang mahu digunakan Kristian .

Selain itu , mereka turut mengecam berita khabar angin menyatakan masjid  akan diserang .Ini berikutan kes gereja kristian yang dibaling dengan bom tangan beberapa hari lepas kerana memaparkan banner berbentuk provokasi bertajuk, "Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah".

Selepas itu mereka berarak beramai-ramai ke Balai Polis bagi membuat laporan berhubung dakwaan itu .





default

RAHSIA KONSPIRASI ANWAR TANDING DUN KAJANG DIDEDAHKAN !!

on Tuesday, January 28, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Perkongsian Isu Politik Semasa Negara: Apa Sebabnya Anwar Ibrahim Hendak Bertanding Di Kajang ? 

Semua orang sudah tahu, Khalid Ibrahim sudah umumkan Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi N25, DUN Kajang dalam satu sidang akhbar pada jam 11.00 pagi, 28 Januari 2014 di Ibu Pejabat Keadilan. Mengikut syarat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Anwar Ibrahim layak untuk menjadi Menteri Besar gantikan Khalid Ibrahim. Apakah itu sebenarnya yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim?

Sudah tentu ianya dianggap "gila" seperti mana yang tulis oleh Azmin Ali dalam Twitternya "Zaman Kegilaan" pada jam 12.24 tengahari, 28 Januari 2014.

 Pengerusi PKR Negeri Selangor adalah Azmin Ali, mengapa Khalid Ibrahim yang dibiarkan untuk umumkan calon di DUN Kajang?

 Kenapa ADUN Kajang yang perlu meletak jawatan? Kawasan Kajang adalah kawasan yang paling ideal untuk penyatuan rakyat di Selangor. Ada komposisi 48% Melayu, Cina 40% dan India 10%. Di Kajang ada Kolej New Era, simbolik kekuatan Dong Zhong. Di Kajang, ada tiga gereja besar. Di Kajang ada projek RM1.8 bilion yang dibangunkan Metro Kajang Holdings Bhd di Kajang 2 Township.

 Andai kata Anwar sudah menang. Nama Anwar akan dicadang untuk menjadi MB Selangor.

Apa kata jika Sultan Selangor tidak perkenan Anwar Ibrahim untuk menjadi MB Selangor?

 Apakah ada krisis yang lebih besar berlaku selepas itu? Kajang akan menjadi tempat untuk berkumpulnya semangat anti institusi raja di Selangor.

 Cuba baca blog Kit Siang, setiap hari dia sebut pasal 13 Mei.

Cuba baca Malaysian Insider, setiap hari mereka perjuang isu kristian. Sudah ada pihak yg seru rakyat agar jgn dengar titah Sultan & Agong. Siapa sebenarnya yg mahu 13 Mei? Siapa yg baling molokov cocktail di gereja?

Tahukah anda di Sabah, pihak Kristian sudah digunakan war cry Kadazan Dusun Murut iaitu "mamangkis" bagi mengisytiharkan perang secara terbuka pada Islam.

 Apakah sudah terpadam cita cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?

 Apakah ini sebenarnya maksud "konsensus nasional" yang dimahukan oleh Anwar?...

Gaji MB Selangor RM29,250 berbanding gaji PM iaitu RM22,827. Patutlah Anwar hendak sangat jadi MB Selangor. KLIK DI SINI







default

HOT ! PAS KATA ADUN PKR KAJANG LETAK JAWATAN PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT !!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa terkejut dan terkilan dengan perletakan jawatan tanpa alasan yang munasabah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang Selangor, Y.B.Lee Chin Cheh. 

Tanpa ada berlakunya tsunami politik yang menggila, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

Rakyat akan meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat 'syura' di kalangan PR Negeri Selangor

Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan. Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga menyifatkan tindakan ADNKajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politiking dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda 'politik egois' dan 'besar kepala' dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. PKR Selangor berlagak seperti 'boss besar' yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah 'pemegang saham minoriti' di dalam Kerajaan PR Selangor.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut penjelasan yang munasabah daripada ADN Kajang terhadap perletakan jawatan beliau secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kadar segera. Sekiranya penjelasan yang diberikan tidak munasabah maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR.

Saudara Mohd Sany Bin Hamzan
Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia
28 Januari 2014

default

ANWAR CALON #PRKKAJANG NASIHAT BN JANGAN TANDING , TAK BEBANKAN PENGUNDI @NajibRazak @tunfaisal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments



Begitu gelojoh betul PKR , tak sampai 24 jam perletakkan jawatan Adun Kajang Lee Chin Chen ,  terus mengumumkan calon PKR untuk bertanding tidak tak bukan ialah pemimpin kesayangan macai iaitu  Anwar Ibrahim .

Selalunya pengumuman calon dalam beberapa hari sebelum penamaan calon tapi kali ini sebelum SPR bersuara , calon parti penyandang dah umum !! hahaha..

Sebabnya ini game politik tahap tertinggi  pengkhianatan kepada rakyat Selangor  demi  menjatuhkan Khalid &  menobatkan pemimpin agong mereka menjadi MB Selangor .

Tak kan Anwar nak bertanding Kajang  hanya semata-mata nak menduduki kerusi wakil rakyat DUN  itu kerana beliau sudah pun menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh . Sudah tentu beliau " aim " jawatan MB Selangor yang menawarkan gaji lumayan puluhan ribu.

Cuma yang kelakar , Anwar nasihatkan BN jangan bertanding kerana membebankan pengundi .. 

siapa sebenarnya yang bebankan pengundi ? 

Tak sampai setahun jadi wakil rakyat ..sudah khianat rakyat di situ dengan meletakkan jawatan hingga terpaksa dibuat Pilihanraya Kecil .

Kita tunggu apa lagi drama PKR ....



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding (di) Kajang," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.

Sementara itu, Anwar juga menggesa BN agar tidak meletakkan calon memandangkan kerusi itu disandang PKR dan bagi mengelakkan pengundi keluar mengundi dua kali.

"Kalau boleh, kawasan (ini sudah) dimenangi oleh PKR, Pakatan, (jadi) bagi laluan, tak payah ada pertandingan," kata Anwar ketika ditanya kemungkinan ia membebankan pengundi.



default

UMNO P.PINANG DEDAH LEBIH 200 GERAI MELAYU DIROBOH & TERIMA NOTIS SEJAK 2010 ! @dzainalabidin @RRafizal

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




UMNO Pulau Pinang mendakwa lebih 200 gerai milik peniaga Bumiputera dirobohkan dan diberi notis mengosongkan tempat oleh pihak berkuasa tempatan di 22 kawasan di negeri itu sejak 2010.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mendakwa kerajaan negeri tidak mengadakan rundingan sebelum membuat sebarang keputusan untuk merobohkan gerai milik Bumiputera di negeri itu.
Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga tidak menyediakan kawasan berniaga baharu untuk peniaga Bumiputera selepas merobohkan gerai mereka.
“Tindakan kerajaan negeri merobohkan gerai tentunya menyusahkan rakyat untuk mencari pendapatan menyara kehidupan mereka dan keluarga,” katanya pada siding media selepas mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan UMNO Negeri di sini pada Ahad.
Zainal Abidin berkata pihaknya akan memohon peruntukan kerajaan pusat untuk membina gerai baharu sekiranya kerajaan negeri dapat menyediakan tapak untuk tujuan itu.
kerajaan-dap-penang-balik-pulau-pinang-roboh-gerai-melayu-taman-negara-teluk-bahang-operasi-kecoh
pembangkang_roboh_gerai_melayu_klang_utara

default

CHINA PRESS TUDUH UMNO BIADAP PUNCA CINA PENANG TAK SOKONG BN @dzainalabidin @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


UMNO BIADAP  KE DENGAN KAUM LAIN MENURUT WARTAWAN CHINA PRESS ??

ATAU ANDA INGIN MENYATAKAN PARTI DAP LEBIH BERJIWA RAKYAT DAN BIJAK MENJAGA HATI KAUM LAIN TERUTAMA CINA ?

UMNO DIMINTA WARTAWAN INI AGAR HORMATI SENSITIVITI KAUM LAIN.

PERASAAN ORANG MELAYU  NEGERI INI  BILA SENSISTIVITI  DAN AGAMANYA DIHINA ..ADAKAH KAUM LAIN ITU AKAN  HORMAT ?? 



Akhbar China Press

Perkara: Tidak mungkin BN dapat tawan kembali Pulau Pinang?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C19
Tarikh: 26 Januari 2014 (Ahad)

Tajuk:

Jangan Berkhayal Mahu Rampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Penulis: Jiang Hu

Walaupun waktu PRU akan datang masih jauh lagi, maklumat dari rakyat jelata terutama sekali di negeri Pulau Pinang, mereka bertanggapan jika BN mahu rampas kembali kerajaan Pulau Pinang umpama perpatah Cina pokok jejulang boleh berbunga yang memberi maksud tidak mungkin berlaku.

Kenapa diumpama begitu? Lebih jelas lagi bahawa sikap UMNO Pulau Pinang berlaku kasar dan ganas, sering timbulkan isu isu fanatik yang tidak menghiraukan perasaan kaum lain, yang pertama mereka adakan kempen tunjuk perasaan kerana isu sayur kangkung perdana menteri, hari ini pula melarang jual daging babi secara terbuka.

UMNO dengan terang dan jelas minta masyarakat berbilang kaum menghormati perasaan orang orang Muslim, seballiknya UMNO sendiri tidak hiraukan sensitiviti kaum lain, jawapannya dengan mudah telah terungkai.

Kembali kepada isu, UMNO Pulau Pinang anggap perbuatan mereka itu akan mendapat sokongan orang orang Melayu dan orang orang Muslim, pastinya UMNO telah membuat kesilapan besar. Penulis ada ramai rakan rakan Muslim, penulis tanya pada mereka apa pandangan mereka terhadap tindakan UMNO Pulau Pinang, mereka kata ini semata mata taktik dalam politik, mereka tidak akan hiraukan UMNO, apa yang mereka lebih prihatin ialah isu demokrasi, contohnya bagaimana pihak kerajaan mampu selesaikan isu kenaikan harga barang yang mengundang tekanan hidup rakyat, serta kebocoran kebocoran rasuah yang menghabiskan wang simpanan negara, perkara perkara seperti ini yang mereka lebih mendapat perihatin, jika ada sesiapa yang boleh selesaikan masalah ini, mereka akan sokong orang orang itu.

UMNO Pulau Pinang biadab

Lebih lebih lagi UMNO Pulau Pinang pandai tunjuk biadab, sedangkan kepimpinan UMNO Pusat biarkan sahaja ia berlaku, ini menunjukkan UMNO Pusat berdiam diri membenarkan ia berlaku, pada masa yang sama apabila UMNO memonopoli BN, ahli ahli komponen BN yang lain menjadi lemah, terutama sekali MCA dan Gerakan, yang semakin mempercepatkan lagi masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada mereka.

Dengan itu tidak semestinya orang Melayu dan orang Muslim sokong UMNO, sedangkan orang Cina sendiri sangat bencikan MCA dan Gerakan kerana ikut telunjuk UMNO, orang orang Cina sendiri tidak sokong parti Cina, amat susah untuk BN rampas kembali negeri Pulau Pinang.

Note: nama saintifik Pokok jejulang: Aconitum carmichaeli Debx

Terjemahan:
Rohana Chin Abdullah

default

KJ SARANKAN CIKGU "LEMBU " PERLU DIBUANG BUKAN DIPINDAH !!

on Monday, January 27, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




 Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.



Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya.



** KJ ternyata faham suara rakyat yang marah perbuatan Cikgu Lembu ini.. dia tak layak menjadi guru sebab memperlakukan murid seperti binatang .


default

ADUN PKR KAJANG LETAK JAWATAN , SATU LAGI PEMBAZIRAN WANG RAKYAT !! @NajibRazak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Drama menjatuhkan MB Selangor  , Khalid Gagap oleh PKR  terus membuatkan politk di negeri itu bergolak .  Hari ini Adun PKR Kajang , Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat tak memberikan sebarang sebab . 


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari iniPerkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee  sendiri.



kerana sayangkan Anwar dan mahu angkat 
sebagai MB Selangor  ..sanggup dia  letak jawatan



Menurut sumber PKR ,  Anwar Ibrahim disebut-sebut akan bertanding mewakili PKR di DUN Kajang dalam Pilihanraya Kecil ini sekaligus membolehkan beliau dinobatkan MB Selangor yang baru menyingkirkan Khalid Ibrahim 






Ternyata PKR  a.k.a Parti kangkung rakyat hanya mementingkan diri mereka dan bukannya rakyat. 
Tatkala rakyat terpaksa mengharungi Sara Hidup Rakyat yg semakin meningkat.

Wakil Rakyat Pakatan Rakyat sewenang wenangnya letak jawatan utk Pilihanraya Kecil. Bila dah PRK bukannya sikit belanja perlu digunakan SPR . Ini jelas membuktikan PAKATAN telah membazir wang  rakyat. 

Bagi BN pulak, GPB berpandangan BN tak perlu bertanding di PRK ini nanti seperti mana PRK Penanti dulu kerana ini hanya lah permainan drama dalaman PKR. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.