..

..

TURUN PADANG :KHAIRUDDIN YANG TAK NAMPAK MUKA ATAU UMNO PP? @dzainalabidin @RRafizal @NajibRazak

on Wednesday, December 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Selepas membuat laporan polis isu 1MDB ,  Khairuddin   semakin besar kepala dan perasan hebat dan kali ini beliau menghentam   UMNO P.Pinang tidur  diketuai DS Zainal Abidin Osman dengan mendakwa  tak turun padang bertemu rakyat . 

Malah beliau  turut  memperlekehkan & mempertikaikan Presiden UMNO melantik DS Zainal &  Teng Chang Yeow mengetuai UMNO & BN P.Pinang .






Siapa dia Khairuddin ini yang perasan   dirinya lebih bijak untuk menentukan  orang ini tidak layak memegang jawatan ?

Apakah sebab dia mendapat liputan media pembangkang Malaysiakini membolehkan dirinya jadi popular sebab berani menghentam parti dan pemimpin ?

GPB yakin ramai orang kuat UMNO P.Pinang tak kenal pun malaun ini &  memegang jawatan Naib Ketua Bahagian Batu Kawan kerana muka dia selepas menang pemilihan  tak pernah nampak pun .

Apa program yang dianjurkan Khairuddin di Batu Kawan   yang turun ke akar umbi beri kesan sokongan kepada BN ?

Setahu GPB dia tak pernah hadir bersama kepimpinan negeri khususnya di program dan majlis masyarakat dan rumahnya pulak di Kuala Lumpur.

Selepas itu , dia memuji pembangkang dapat sokongan menang PRU13 di P.Pinang  sebab kerap  turun padang bertemu rakyat .

 Sepatutnya Khairuddin perlu bertanya kepada  sepupunya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh berapa kerap dia balik parlimen menjenguk masalah rakyat di situ bukan hanya makan kenduri kahwin sahaja .

Jangan hanya bercakap membabi buta memuji pembangkang tanpa melihat sendiri perkara sebenar dan menuduh UMNO P.pinang  tidur.

UMNO P.Pinang antara negeri ditadbir pembangkang yang aktif  &  berani melawan DAP , mempertahankan hak  orang Melayu dan kesucian Agama Islam .  Isu kalimah Allah yang  dibenarkan Guan Eng digunakan bukan Islam  ,  antara paling awal membuat laporan polis adalah Pemuda UMNO negeri ini .

Jadi , tuduhan Khairuddin  ini umpama menembak membabi buta tanpa sebarang fakta dan hujah berkesan .

 Sumbanganya selama ini  tak seberapa pun kepada UMNO  daripada seorang tukang angkat beg Umi Hafilda ke mahkamah  dulu hinggalah   menjadi suami Umie Aida.

Beliau hanya seorang dedalu dalam UMNO yang opportunis ......




6 Responses

  1. Anonymous says:

    Blogger bangang!

  2. Anonymous says:

    Umano penang bukan tido... Tapi buat2 tido sambil tambah harta..

    Penyokong dah kurang.. Peruntukan turun tak perlu agih banyak2..ha..ha..

  3. Anonymous says:

    Walaupun tukang report bangang, tapi lihatlah kandungan reportnya.. Ada kebenaran ke tidak..?

  4. Anonymous says:

    Kau ni admin faham la betul2. Khairuddin kata pembangkang turun padang itu maknanya kat penang ni puak dap la bukannya dia specifically puji anwar yg turun padang.
    Dan mmg betul umno penang pakat dok tidoq lemah minda lemah semangat berjuang lemah segala gala.
    Aku kesian kat kwn2 melayu penang ni (rakyat)

  5. Anonymous says:

    Memang betul pun apa yang dikata si khairudin nie. Apa yg dato non buat utk umno pulau pinang ? Aku org tmpt dia aku taw laa. Apa pn tarak !! Harap ke k. pemuda aku ja yg dok buat keja...

  6. Anonymous says:

    Perghh. Komen pun kena approve ka ? Haha.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.