..

..

TUN MAHATHIR SOKONG NAJIB SAMAN PEMBANGKANG YANG FITNAH DIRINYA

on Sunday, December 7, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak perlu gentar jika dikritik atau difitnah oleh pembangkang dan ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang ahli politik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.
“Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya,: lapor akhbar Sinar Harian hari ini..
“Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua varian baharu Proton Suprima S di Solaris Dutamas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perdana Menteri yang menyaman Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran kenyataan mereka terhadapnya mengenai 1MDB pada 3 November lalu.
Surat tuntutan kepada dua pemimpin PR itu dihantar pada 21 November lalu yang ditandatangani oleh peguamnya, Datuk Mohd Hafarizan Harun yang meminta mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari dalam akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga diminta mengeluarkan video itu dari internet, menghentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.
Rafizi baru-baru ini telah mengulangi cabarannya agar Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mengenai subsidi minyak.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.