..

..

TERKINI ! ZAIDI JAWAB KONTROVERSI ISU KEGIATAN HARAM , CABAR GUAN ENG LETAK JAWATAN @dzainalabidin

on Monday, December 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Di bawah ini adalah petikan kenyataan Lim Guan Eng yang ingin menjadi hero dengan  memainkan sentimen perkauman  mendakwa  Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said telah melakukan hasutan & menghina kaum Cina di P.Pinang 


Sehubungan dengan itu, Lim dalam satu kenyataan hari ini telah membuat laporan polis ke atas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd yang didakwa telah melakukan hasutan, hinaan dan fitnah ke atas masyarakat Cina di Pulau Pinang.


“Satu pembohongan, fitnah dan hasutan telah dilakukan oleh Mohd Zaidi dengan mengatakan bahawa kekuatan politik dan ekonomi rakyat cina di Pulau Pinang adalah datang daripada aktiviti haram seperti perjudian, pelacuran dan kelab hiburan” kata Lim yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.



Menguatkan lagi hujahnya, Lim berkata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah menafikan wujudnya aktiviti haram yang didakwa Mohd Zaidi di Pulau Pinang.



Abdul Rahim katanya turut menegaskan bahawa sehingga akhir bulan lepas pihak polis telah mengumumkan bahawa negeri tersebut sifar dari mesin judi.



“Walaupun, laporan polis ini mungkin tidak akan diendahkan oleh kerajaan persekutuan tetapi ia perlu dibuat demi menjaga maruah rakyat Pulau Pinang terutamanya masyarakat cina yang telah dihina” katanya.








Hari ini beliau menjawab segala tuduhan fitnah Ketua Menteri P.Pinang  dan mendakwa kenyataan ucapannya telah diputarbelitkan akhbar Cina dan portal pembangkang   hingga membangkitkan kemarahan kaum Cina terhadap dirinya dan UMNO .

Beliau turut menayangkan semula video ucapannya di  PAU 2014  kepada semua media yang hadir di bagi membuktikan bahawa kenyataannya telah diputarbelitkan .








Saya dalam ucapan ketika PAU 2014 yang lalu tidak menyentuh tentang keseluruhan kaum Cina, tetapi dalam ucapan itu saya hanya menyebut kadang-kadang atau dalam maksud yang lain adalah segelintir kaum Cina yang terlibat. 

Tetapi malangnya kadang-kadang itu tidak ditulis (media pro pembangkang). Ini terbukti satu niat jahat yang tidak baik", ujar Zaidi kepada puluhan media sebentar tadi.




Terbukti jelas dalam ucapanya banyak mendedahkan kelemahan penguatkuasaan tetapi media pembangkang telah berniat jahat hanya  memutarbelit  beberapa kenyataan beliau .


Menariknya lagi  Datuk Mohd Zaidi juga sedia  menerima cabaran Ketua Menteri P.Pinang untuk mendedahkan 5 lokasi tempat kegiatan haram dalam masa terdekat serta mencabar Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri  kerana sebelum ini  mendakwa  negeri ini sifar  mesin judi .


Kita tunggu samada Guan Eng  sedia meletak jawatan kerana telah MENIPU kepada rakyat P.Pinang bahawa negeri ini sifar kegiatan judi haram jika Zaidi berjaya mendedahkan 5 lokasi ini !!!







Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Dato' Mohd Zaidi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaidi sebentar tadi di dalam satu sidang media telah melahirkan kekecewaannya terhadap beberapa media pro pembangkang yang memutarbelitkan kenyataannya pada Persidangan Agong UMNO (PAU 2014) yang lepas sehingga membangkitkan kemarahan kaum lain terhadap dirinya dan juga UMNO.

Sambil merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya, Zaidi berkata bahawa tindakan Guan Eng yang merujuk kepada akhbar pembangkang adalah amat memalukan.

Zaidi dalam kenyataannya berkata, beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya mencari bukti yang lebih kukuh untuk menghukum dirinya kerana apa yang keluar dari mulutnya ketika PAU 2014 itu bukanlah satu tuduhan kepada seluruh kaum Cina, tetapi ialah adalah satu ucapan umum dimana semua ketahui bahawa masalah perjudian dan pusat maksiat haram melibatkan segelintir tauke-tauke dari kaum itu.

"Saya dalam ucapan ketika PAU 2014 yang lalu tidak menyentuh tentang keseluruhan kaum Cina, tetapi dalam ucapan itu saya hanya menyebut kadang-kadang atau dalam maksud yang lain adalah segelintir kaum Cina yang terlibat. Tetapi malangnya kadang-kadang itu tidak ditulis (media pro pembangkang). Ini terbukti satu niat jahat yang tidak baik", ujar Zaidi kepada puluhan media sebentar tadi.

Dalam sidang media itu juga , Zaidi turut memberitahu bahawa beliau akan menyahut cabaran Guan Eng yang mahukan beliau mendedahkan 5 pusat hiburan dan maksiat haram di P.Pinang memandangkan Guan Eng masih bertegas bahawa P.Pinang sifar kegiatan maksiat dan perjudian haram.

"Beliau minta saya buktikan lima tempat, kalau betul Guan Eng kata tiada aktiviti perjudian dan maksiat dia sepatutnya minta satu sahaja memandangkan P.Pinang sifar aktiviti tersebut, tetapi kenapa dia mintak lima? kerana saya tahu Guan Eng juga tahu P.Pinang banyak kegiatan maksiat dan perjudian haram" tambah Zaidi lagi. -UTARA NEWS-








One Response

  1. JIka ada bukan saja LGE perlu diambil tindakan tetapi KP PP perlu dikenakan tindakan yang sama kerana telah menyorok fakta dan jika boleh didakwa keran cuba melindungi puak puak ini.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.