..

..

TAJUDDIN SELAR TUDUHAN KHAIRUDDIN PEMIMPIN UMNO BACUL ISU 1MDB @NajibRazak

on Sunday, December 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan digesa tidak membuat tuduhan melulu terhadap tanggungjawab pemimpin parti dalam isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, masalah 1MDB sudah dibincang di pelbagai lapisan peringkat, malah dibangkitkan dalam mesyuarat MT parti.

"Dia kata pemimpin UMNO bacul, masalahnya adakah dia tahu apa tindakan kita mengenai isu ini? Dia tidak tahu apa-apa.

"Mana boleh disamakan cara dia dengan cara kita. Kita ada bangkit isu ini di Parlimen. Khairuddin ini siapa?

"Kita ada medan MT, kita jumpa kepimpinan tertinggi UMNO dan bincang isu ini, kita juga bincang isu ini dengan Menteri Kewangan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tajuddin mengulas tuduhan Khairuddin yang menyifatkan pemimpin UMNO sebagai bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi 1MDB.

Tambah Tajuddin, pemimpin UMNO juga disifatkan sudah berjumpa dengan pengurusan 1MDB selain mengaku sudah ada jawapan di sebalik kemelut yang didakwa ramai pihak itu.

"Soalnya sekarang kepada Khairuddin, apa yang dia tidak puas hati berkenaan risiko duit rakyat dan setiap apa laporan polis yang dibuatnya. Tetapi kalau dia hendak buat laporan polis, itu hak dia," jelasnya.

Dalam pada itu, Tajuddin turut menyifatkan Khairuddin merupakan 'proksi' kepada seorang veteran UMNO yang ditugaskan untuk membangkitkan isu 1MDB.

Tajuddin juga mengambil contoh sejarah Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) yang turut mengalami sedikit 'kejatuhan' pada awal penubuhannya.

"Kalau diikut tekanan pembangkang dan beberapa pihak tertentu, sudah lama Proton terkubur. Namun, lihatlah apa berlaku kepadanya sekarang...sudah jadi kebanggaan negara.

"Sama juga dengan 1MDB. Mungkin sekarang tidak nampak lagi perkembangannya, namun berilah kepercayaan kepadanya untuk satu tempoh masa panjang," jelasnya.


SUMBER : AWANI 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Alahai YB, tak yah lah melenting lagu tu. PR dah dibuat. Let it take its course. Biaq polis cawangan jenayah komersil buat sisatan. Kalau depa cakap clear, ok lah, Kalau depa cakap ada hanky-panky, cari lah si pengkhianat negara tu dan sumbak kedalam buat peneman Bang Non Al-Juburi tu. Cara YB ni macam menunjukkan 1MDB dan UMNO adalah berkait pada hal TIDAK. Jangan lag bagi persepsi macam tu. Puak Pakatan Rasis dok tunggu peluang saja ni....

  2. Anonymous says:

    Cam dah sah UMNO itu Penyamun Maha Perkasa, telan habis cam buaya............. Perjuangan apa itu...............

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.