..

..

SYABAS MENTERI KDN , JANGAN BENARKAN ABU CHIN PENG MASUK NEGARA INI

on Monday, December 1, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Usaha  lagi  pihak tertentu yang cuba membawa balik abu mayat pengkhianat  Chin Peng adalah satu tindakan BIADAP dan tidak hormat kepada keluarga mangsa anggota polis dan tentera yang terkorban berjuang untuk negara .

Bawa balik abu Chin Peng ibarat merestui KOMUNIS membunuh rakyat dan anggota keselamatan negara ini .





 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaysia (KPM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Beliau berkata, sewaktu zaman komunis, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua telah menyebabkan ramai polis atau tentera yang gugur.

"Kalau Chin Peng seorang yang mahu dihormati, bagaimana dengan saudara mara dan anak beranak kepada polis dan tentera yang telah dibunuh oleh pengganas komunis akibat individu itu.

"Saya tidak emosi dalam perkara ini, tapi berapa ramai yang mati berbanding mahu menghormati yang seorang ini (Chin Peng)," katanya pada sidang media selepas perasmian Festival Motosikal Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia (SAM) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini sebentar tadi.




Ahmad Zahid mengulas laporan Pengerusi Setiakawan Malaysia Abad ke-21, Lee Huck Tee yang mendesak agar kerajaan membenarkan mayat atau abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Alasan Tee ialah kerajaan perlu menghormati Perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 bersama PKM dan kerajaan Thailand dengan salah satu syarat perjanjian adalah ahli PKM dibenarkan kembali ke negara ini jika mereka mahu berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau juga tidak mahu ada pemujaan berlaku jika abu mayat Chin Peng ditempatkan di biara tertentu di negara ini. 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.