Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Marican Naina Ma­­rican (gambar) ber­­kata, sebagai contoh, teguran Ketua UMNO Bahagian Per­matang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd Said baru-baru ini wajar di­terima secara positif dan tidak dilihat sebagai berbaur perkauman.


Beliau mengulas kenyataan Mohd. Zaidi yang mempersoalkan masih ada aktiviti haram milik orang Cina di negerinya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.




Katanya, merujuk kepada penjelasan yang diberikan Mohd. Zaidi semasa Perhimpunan Agung UMNO, beliau melihat perkara itu dibuat atas dasar teguran yang ikhlas dan jujur, sekali gus wajar untuk diterima sebagai asas kukuh sebelum mana-mana pihak terus memanipulasikan secara negatif.


“Mohd. Zaidi menjelaskan secara spesifik dengan merujuk kepada perkataan ‘kadang-kadang’ yang menunjukkan tidak semua kaum Cina di Pulau Pinang berbuat demikian. Saya sebut dengan jelas dalam ucapan saya.

“Saya tidak kata semua masyarakat Cina di Pulau Pinang, saya kata kadang-kadang ada segelintir orang Cina di Pulau Pinang terlibat dalam aktiviti begitu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Marican berkata, ucapan Mohd. Zaidi juga bukan merupakan satu tindakan semberono yang bertujuan menyentuh kepada kenyataan politik kebencian kaum.