..

..

MANGSA BANJIR MAHU BANTUAN ATAU KEHADIRAN PM SETIAP HARI ?? @NajibRazak

on Friday, December 26, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments


Ramai rakyat marah terutama reporter FB ekoran gambar Najib bemain golf dengan Presiden AS di Hawaii ketika negeri Pantai Timur sedang huru hara kerana banjir luar biasa. Pelbagai sindiran dilemparkan hingga di rancangan TV swasta turut disebut isu main golf.

PM walaupun berada di luar negara, beliau tak lupa tanggungjawabnya.  Kenyataaan media kelmarin juga telah diberikan dan beliau menggerakkan dan mengarahkan semua agensi kerajaan semaksimum mungkin membantu mangsa banjir .

Malah TPM sendiri sudah berkata memangku tugas Perdana Menteri sepanjang ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara. KLIK DI SINI

Jadi tak perlu dibimbangi lagi kerana TPM sendiri menggalas tanggungjawab ini . 

Apa penting bantuan kepada mangsa banjir perlu sampai segera kepada mangsa bukan kehadiran PM.  








Siapa Yang Akan Minta Maaf Pada Najib Razak?

Sebelum YAB keluar negara beliau membuat lawatan ke kawasan banjir. Dalam lawatan nya itu beliau diberikan taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi agensi lain yang terlibat bahawa keadaan terkawal dan akan berada dibawah kawalan dan seliaan MKN. Keyakinan YAB PM kepada agensi yang diamanahkan dalam misi banjir tidak diragukan dan YAB PM sendiri memastikan setiap bantuan yang diperlukan mangsa banjir sampai kepada sasaran.

Tidak cukup dengan amanah yang diberi kepada MKN, YAB PM memberikan pula amanah dan mandat kepada Biro Biro UMNO dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat. Melalui Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang dipengerusikan Dato Seri Azeez Rahim bantuan terus menerus disalur kepada mangsa banjir. Malah pemimpin UMNO setempat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan turut diberikan amanah dalam memastikan mangsa banjir diberikan kemudahan dan bantuan sewajarnya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberikan jaminan bahawa segala permasaalahan banjir akan dapat diatasi dan akan dikawal selia oleh mereka. Satu jaminan yang besar untuk amanah yang diberikan oleh YAB PM.

Bukan mudah untuk seorang Pemimpin negara berjumpa dengan Presiden Amerika satu kuasa besar dunia. Sudah tentu ada pekara penting yang melibatkan Malaysia dan juga dunia apabila Najib Razak dan Barrack Obama dilihat bersama pada hari perayaan krismas. Benar ada yang kutuk dan keji apabila melihat YAB PM bermain Golf di kepulauan Hawai bersama Barrack Obama. Itu mentaliti manusia terutama rakyat Malaysia yang kita tidak boleh ubah kerana mereka cukup suka dengan Gosip dan cereka rekayasa berbanding fakta sebenar.

PM bersama Barrack Obama sudah tentu melibatkan urusan yang penting. Saya tidak tahu apa kandungan perbualan mereka berdua dan saya juga yakin ramai yang tidak tahu. Tapi kita boleh berfikir dengan waras sudah tentu ianya merupakan pekara yang penting terutama kepada Malaysia apabila Barrack Obama diwaktu perayaan hari Krismas meluangkan masa bersama Perdana Menteri Malaysia dan YAB PM yang sedang bercuti tetapi dalam bercuti itu melakukan kerja sebagai Perdana Menteri Malaysia. Hanya YAB PM dan Barrack Obama sahaja tahu setakat ini apa intipati perbincangan namun saya yakin ianya adalah satu perbincangan yang sedikit sebanyak untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa YAB PM sehari berkali kali menghubungi beliau bertanyakan perihal banjir membuktikan bahawa YAB PM begitu perihatin dan peka dengan situasi yang berlaku waktu ini. Malah Majlis Keselamatan Negara juga sudah pasti melaporkan setiap jam segala laporan yang diperolehi dalam musibah banjir yang dihadapi ini.

Sekarang kita tahu walaupun YAB PM berada diluar negara kerana sedang bercuti, beliau begitu komited dan ambil tahu bencana banjir yang melanda negara. Keperihatinan YAB PM pada rakyat dan negara tidak dapat disangsikan malah kita seharusnya berbangga dengan YAB PM yang begitu perihatin dengan mangsa mangsa banjir.

Rakyat perlu matang dan mengambil bahan berita yang sahih dan jangan mencedok apa sahaja bahan yang disalurkan kerana propaganda jahat sentiasa dilakukan pihak pihak tidak bertanggungjawap dalam menghasut dan menanam kebencian kepada kerajaan terutama YAB PM Dato Seri Najib Tun Razak.

YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak merupakan seorang Melayu yang beragama Islam. Mangsa mangsa banjir pula terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam. Mana mungkin Najib Razak mahu melupakan saudara seagama dan sebangsanya pada waktu ini. Najib Razak akan bantu habis habisan dalam memastikan mangsa mangsa banjir mendapat bantuan dan sokongan yang sepenuhnya dari kerajaan Malaysia.

Siapa akan mohon maaf kepda YAB PM selepas ini setelah salah menuduh dan melemparkan fitnah kepada beliau? Saya harap kepada mereka yang menuduh dan melemparkan fitnah kepada YAB PM sebelum ini harap dapat mohon maaf atas ketelanjuran dalam menuduh YAB PM yang bukan bukan.

Wan Muhammad Azri


7 Responses

  1. Anonymous says:

    ini adalah slah satu pengurusn PERSEPSI yg gagal ditangani UMNO\BN..korang ni xpaham2 ke trend pengundi\rakyat skang!!PRU 13 dah nak kalah pun xsedar2 lg??

  2. Anonymous says:

    Rakyat sekarang bukan senang2 terima alasan yg bodoh2 lagi.

  3. Anonymous says:

    Blogger bznggang lagi memperbodohkan diri sendiri...

    Blogger bergaji...memang banggang

  4. Anonymous says:

    bodo..bila masa BN/UMNO kalah PRU 13..ni persepsi sebahagian makhluk yang dok pikir kerajaan tu Najib sorang handle...

  5. Anonymous says:

    pemimpin seharusnya berjiwa rakyat. rasakan apa yang rakyat rasa dan bukanya hanya bercakap dan berjanji. itu semuanya tak cukup sebelum membuktikan apa yang sudah dicakapkan. dengar nadi rakyat patut diterjemahkan dengan rasanya apa didengari.

    MANGSA BANJIR MAHU BANTUAN ATAU KEHADIRAN PM SETIAP HARI ?? @NajibRazak

    kedua duanya perlu, dua dalam satu. najib sepatutnya dah faham akan sensitiviti rakyat setelah hampir dijadikan pembangkang di PRU yang lepas. tak usahlah dimainkan atau pun dipolitikkan isu ini. yang pentingnya ialah sumbangan dari rupa bentuk apa sekali pun kepada mangsa banjir, bantuan KEMANUSIAAN.

  6. Anonymous says:

    Betui pm x perlu di kawasan terlibat banjir... tetapi kenyataan media adalah perkara paling penting dua hari banjir x ada satu pun kenyataan media yg menghapuskan terus perpesi masyarakat kpd pemimpin. Tanpan kenyataan media fitnah dan khabar angin berleluasa ....buktinya dua kejadian besar menimpa negara lahad datu dan mh310/17 dua dua kejadian dapat diredakan keresahan masyarakat dgn kenyataan media yang tersusun supaya segala maklumat dan berita disampai secara rasmi. Jadi tiada ruang utk khabar dan fitnah...

  7. Anonymous says:

    Golf didahulukan

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.