..

..

KHAIRUDDIN BAKAL DIAMBIL TINDAKAN UMNO P.PINANG @dzainalabidin @RRafizal @NajibRazak

on Monday, December 22, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Badan Perhubungan UMNO negeri akan bermesyuarat awal bulan depan bagi membincangkan isu melibatkan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang lantang mengkritik pimpinan UMNO negeri itu.

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, UMNO Bahagian Batu Kawan akan membawa usul berkaitan Khairuddin dalam mesyuarat itu. Menurutnya, UMNO negeri juga perlu menjalankan siasatan rapi terhadap Khairuddin sebelum mengambil sebarang tindakan atau menghukumnya berdasarkan perlembagaan parti.

“Kita akan panggil mesyuarat Januari ini untuk membincangkan isu Khairuddin dan saya percaya UMNO Bahagian Batu Kawan akan membawa usul berkaitan tindakan terhadap Khairuddin itu.

“Dalam mesyuarat itu juga kita akan bincang sebarang tindakan yang boleh diambil berdasarkan Perlembagaan UMNO kerana perkara itu perlu disiasat sedalam-dalamnya,” katanya.

 Musa mengulas desakan Pergerakan Pemuda UMNO negeri yang mahu pimpinan UMNO Pulau Pinang mengambil tindakan segera terhadap Khairuddin yang menggunakan portal propembangkang untuk menyerang UMNO negeri dengan pelbagai tohmahan.

Khairuddin menimbulkan polemik apabila kenyataannya yang disiarkan portal pembangkang mendakwa pemimpin UMNO negeri 'tidur' serta berbeza dengan pakatan pembangkang yang begitu serius melaksanakan pelbagai gerak kerja selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Selain itu, Khairuddin juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan serta mahu siasatan terperinci dan komprehensif dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah syarikat itu. -


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Sdr Khairuddin,
    Terima kasih.
    Terus kan perjuangan.
    Atas dasar Transfomasi,terbukaan,peri hati,ketulusan kempimpinana, dan demi menguatkan pengurusan kewangan negara melalui membantras ketririsan kewangan dan secara langsung atasi sikap BNM ubah ubah kaedah NPL, hanya kerana CLUELESS.....
    Kemerostan nilai RM hari ini terkini, mewajibkan BNM tidak tukar prinsip perakaunan....1MDB.
    Lembaga Pengarah sudah abai kan tanggungjawab mereka yang termaktub dai COMPANIES ACT .!
    Khairuddin terbaik.
    arjuna waspada.
    changkat lobak.
    l

  2. Anonymous says:

    Saya sokong anon 1:36. Memang benar apa yg telah diluahkan oleh Datuk Khairudin. Kita perlukan pemimpin yg berani bersuara di dalam Umno seperti beliau. Umno PP memang sedang tidor. Saya juga ahli Umno di salah satu bahagian di PP yg juga akar umbi tidak dapat merasai apa-apa kelebihan sebagai ahli Umno sebab program-programnya hanya menumpukan kepada kroni-kroni Ketua Cawangan apatah lagi jika program itu membawa keuntungan kepada mereka seperti majlis-majlis sumbangan serta makan. Mereka akan berbisik antara mereka bagi menghadiri program tersebut, tiada notis pemberitahuan diberikan secara keseluruhan kepada ahli-ahli Umno di cawangan yg berkenaan. Kami hanya akan dipanggil apabila mesyuarat cawangan akan di adakan. Itu saja kelebihan sebagai ahli Umno !!.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.