..

..

KERANA BENTANG HUDUD, PKR TAK PERCAYAKAN PAS TUDUH BERSUBAHAT DENGAN BN ??

on Wednesday, December 17, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Tak tahan gelak bila baca rekayasa Sang Penipu seperti Tipah Koya ..  " PAS BERSUBAHAT DENGAN BN SELUBUNGI 1MDB " 

PAS adalah parti dalam PR bukannya ada hubungan pun dengan UMNO & BN . 

Senang betul mulut Tipah Koya bila dalam PR adalah masalah antara mereka , terus nak salahkan parti itu bersubahat dengan BN . 

Apa kaitannya PAS nak laksana hudud kononya untuk tutup isu 1MDB ?  

DAP ketika di perhimpunan agung mereka yang mula  membangkitkan isu  hudud jika PR mahu menang PRU14  dan mengapa Tipah koya nak salahkan PAS bersubahat dengan BN untuk tutup isu 1MDB ?

Apakah PKR sudah tak percaya kepada PAS  selepas ketegasan ditunjukkan ramai pemimpin  sekarang ini ?  

Malah ada yang lantang desak DAP keluar PR jika  tak setuju PAS nak laksanakan hudud . 

Nampaknya hubungan PKR -DAP - PAS kini ibarat retak menanti belah ...perang sesama mereka semakin parah . 




latheefa Koya curiga bahawa PAS bersubahat dengan BN untuk menyelubungi skandal 1MDB dengan rencana PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan hukum Hudud di satu sidang khas DUN Kelantan .
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan rasa hairannya terhadap tindakan PAS Kelantan yang secara tiba-tiba mahu membentangkan pindaan hukum Hudud.
“Apakah usul ini sengaja diadakan oleh PAS Kelantan untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada skandal 1MDB dengan membuat persepsi bahawa ada konflik antara PAS dan DAP?” tanya Latheefa.
Latheefa juga menyatakan di waktu tekanan hebat yang diberikan terhadap kerajaan UMNO-BN tentang skandal 1MDB, adalah sangat aneh PAS Kelantan memilih waktu yang bersamaan untuk mengumumkan tentang pembentangan tersebut.
Beliau juga mempersoal kenapa pengumuman ini di buat secara tiba-tiba dan kenapa di perlukan sidang khas DUN. Latheefa mahu pemimpin tertinggi PAS, Haji Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan menjawab keatas tindakan mereka.KLIK DI SINI





Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.