..

..

KERAJAAN DAP TAK SENSITIF , KONSERT AMBANG TAHUN BARU P.PINANG DITERUSKAN @dzainalabidin @Rrafizal @Khairykj

on Tuesday, December 30, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tak sensitif betul kerajaan DAP dengan mangsa banjir di Pantai Timur dan mereka tetap meneruskan juga konsert  .

Malah semalam pun beberapa kawasan di P.Pinang dah dibadai ribut kuat pun kerajaan DAP tak mahu stop lagi konsert ambang tahun baru ??

Apa nak diherankan maklum la kerajaan ditadbir DAP ..mana dia ada perasaan hormat dan sensitif tentang agama dan kemanusiaan . Negeri2 lain seperti Perak , Negeri Sembilan dan Selangor pun membatalkan sebarang penganjuran konsert countdown tahun baru kali  ini .

GPB nak bertanya  puak-puak PAS di negeri itu seperti Mat Sabu , Mujahid , Salleh Man ,Afnan Hamimi ..

Di ketika ostat2 anda berceramah setiap malam di kuliah masjid menghentam kerajaan Pusat  pasal bala banjir ini  ,  apa tanggungjawab anda di P.Pinang atau  melihat saja konsert di negeri ambang tahun baru  ini diadakan ?

Kalau setakat membantah konsert2 di luar P.Pinang  lain tapi negeri sendiri dipejamkan mata bermakna anda hipokrit dan bersikap double standard !!




KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG BERKAITAN PENGANJURAN KONSERT ‘PG2015, THE 10TH PENANG GOLDEN NEW YEAR’S EVE COUNTDOWN CELEBRATION’ DAN ‘TRANCE MOVEMENT’  OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG.

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menganjurkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ yang dicadang untuk dilaksanakan pada malam tahun baru 2015.

Di saat negara berada dalam kedukaan berkaitan tragedi banjir besar yang melanda hampir seluruh negeri di Semenanjung saat ini, ketika sebahagian besar saudara kita terutamanya di negeri Pantai Timur bertarung dengan bencana alam, di saat saudara kita yang terlibat dengan bencana kehilangan tempat tinggal, kekurangan keperluan asas, tiada makan dan minum yang sewajarnya.

Ini ditambah pula dengan peristiwa terbaru kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 yang menyebabkan seluruh dunia bersedih dengan kejadian ini. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya sensitif dan menghormati mangsa-mangsa banjir besar ini dengan tidak menganjurkan konsert dan program yang berbentuk hiburan yang pastinya mengundang rasa tidak puas hati rakyat dengan konsert ini, seterusnya mengundang implikasi negatif terhadap moral khususnya pada golongan remaja di negeri ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang merasakan adalah tidak wajar sama sekali konsert sambutan tahun baru ini diadakan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang seharusnya menyelami isi hati rakyat terutamanya mereka yang ditimpa bencana saat ini. Sekalipun tidak mahu membantu, janganlah menunjuk sikap tidak prihatin seolah-olah apa yang berlaku tidak memberi kesan pada naluri kemanusiaan kita yang tidak ditimpa bencana. Sekarang adalah waktu bencana, seharusnya program-program seperti ini dibatalkan.

Tidak salah kiranya kerajaan negeri membatalkan konsert ini seterusnya menyalurkan dana konsert ini untuk membeli keperluan asas kepada mangsa-mangsa banjir dan untuk belanja pasca banjir yang semestinya memerlukan suntikan dana yang besar bagi memulihkan kembali keadaan seperti sediakala.

Jangan hanya pandai bercakap seolah-olah tugas ini hanya perlu digalas oleh kerajaan persekutuan, seharusnya kerajaan negeri juga perlu mengambil inisiatif bersama dalam membantu memulihkan kembali negeri-negeri yang terjejas akibat banjir besar yang melanda negara. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sambil lewa dalam hal ini serta asyik menunding jari kepada pihak lain apabila ditegur.

Akhir kalam, kerajaan negeri Pulau Pinang didesak sekeras-kerasnya untuk membatalkan konsert ‘Pg2015, The 10th Penang Golden New Year’s Eve Countdown Celebration’ dan ‘Trance Movement’ ini, jagalah sensitiviti rakyat sekalipun anda tidak punya rasa sensitif terhadap apa yang berlaku. Sedangkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain membatalkan semua perayaan dan program berbentuk hiburan di seluruh negara bagi menzahirkan rasa hormat kepada mangsa bencana, mengapa kerajaan Pulau Pinang tidak boleh melakukan perkara yang sama ?

RAFIZAL ABDUL RAHIM
Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO Pulau Pinang


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.