..

..

KALIMAH ALLAH : GUAN ENG KATA BUKAN ISLAM P.PINANG DIBENARKAN GUNA BOLEH DIDAKWA !!

on Saturday, December 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Bila tiba nak Krismas , DAP  memainkan semula isu  kalimah Allah dan kali ini di P.Pinang di mana Ketua Menteri  menghina agama Islam dengan  membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah walaupun di dalam undang-undang syariah negeri  jelas  telah mewartakan 40 perkataan tidak boleh digunakan bukan Islam berkuatkuasa  pada 2010 






Selain dilarang daripada menggunakan kata-kata, orang bukan Islam juga dilarang untuk menulis atau menyiarkan apa-apa perkataan dalam apa-apa bentuk versi atau terjemahan dalam apa-apa bahasa.
 
Malah larangan tersebut turut diperluaskan kepada untuk tidak digunakan dalam apa-apa bahan publisiti dalam apa bentuk, termasuk cetak, elektronik dan mana-mana bentuk, yang boleh menghina kesucian agama Islam.


 
"  Mereka yang didapati melanggar perintah itu akan didakwa di bawah Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996.
 
Seksyen itu berkata mana-mana orang, sama ada dia Islam atau tidak, yang memajukan doktrin atau kepercayaan agama selain daripada doktrin agama Islam atau kepercayaan di kalangan umat Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah sivil dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya  " 
 

Kenyataan Guan Eng ini jelas telah melanggar undang -undang  dan sebenarnya   dia boleh didakwa di mahkamah sivil  !!

Jadi , tunggu apa lagi ...umat Islam P.Pinang perlu buat  laporan POLIS  segera kerana kenyataan Guan Eng adalah suatu kesalahan . 

Selain itu , apa kata puak-puak PAS bila Guan Eng kata kalimah Allah boleh orang bukan Islam guna di Penang  ?? MEMBISU atau takut jadi senasib  seperti Iszuree Ibrahim ??







Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi jaminan hari ini, tiada larangan dikenakan terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu daripada menggunakan kalimah "Allah".
Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri 2004, yang dilampirkan padanya satu fatwa berhubung perkara itu pada 2010, tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
"Masyarakat bukan Islam tidak tertakluk di bawah undang-undang Islam," kata Lim pada sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini.
“Kita tidak meluluskan mana-mana undang yang membenarkan larangan itu terpakai kepada masyarakat bukan Islam," kata Lim yang merupakan setiausaha agung DAP.
"Kenapa mereka minta kita pinda undang-undang walhal tiada undang-undang (yang diperlu) dipinda?" soalnya.
Beliau berkata, penasihat undang-undang negeri juga mengesahkan enakmen tersebut tidak terpakai terhadap masyarakat bukan Islam. seterusnya 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.