..

..

JIKA NAK MENANG PRU14 PR PERLU TOLAK HUDUD , APA JAWAPAN PAS ??

on Sunday, December 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Pakatan pembangkang perlu jelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Katanya pakatan itu perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.

“Kita hanya boleh berjaya sekiranya pendirian dan kedudukan kita jelas bahawa Pakatan yang memerintah di Putrajaya (nanti) tidak akan melaksanakan undang-undang hudud.

“Itu mesti jelas. Kerana itulah aspirasi pengundi-pengundi (berhaluan) sederhana, bukan (aspirasi) pengundi ekstrem,” katanya pada perasmian Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 dekat sini, hari ini.

Katanya,lapor Bernama, parti-parti dalam pakatan itu juga perlu ada ketetapan siapa calon perdana menteri mereka.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Mohd Hatta Ramli yang juga wakil tunggal PAS pada persidangan itu ketika ditemui pemberita, bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Lim itu.
“Saya tidak mahu komen terhadap itu, jika mahu tanya pendirian kami (PAS) nanti akan cakap pada pertemuan persidangan PAS nanti,” katanya.

Mengenai kenyataan Lim untuk menamakan calon perdana menteri Pakatan, Hatta berkata: “Ini ‘cadangan yang adil’, (bagaimanapun) kami akan kajinya”.

PAS dan DAP bertelagah berhubung isu hudud, tetapi sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat pendirian jelas mengenainya.

Mereka juga gagal mencapai kata sepakat berhubung calon bagi jawatan perdana menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Terdahulu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata parti itu perlu bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

“Kita mesti mencapai prestasi cemerlang di Sarawak. Kalau kita boleh menang di Sarawak, kita baru boleh menang di Putrajaya,” katanya.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    HUDUD BUKAN MATLAMAT PR, TAK PAYAH TANYA PAS... NANTI KENA PUSING SEKAMPONG.

  2. Anonymous says:

    Lidah biawak si tokong lim....untuk mengaut undi di PRN Sarawak, beliau menjauhkan diri dari PAS sebab DAP tahu PAS adalah liabiliti di Sarawak.

    Nanti untuk PRU14, beliau akan berbaik semula dengan PAS supaya mengaut undi Melayu PAS.

    Dah terang2 depan mata orang Melayu dan orang Sarawak sedang diperbodohkan oleh cina2 bukit ini....tetapi masih strategi diorang boleh jalan sebab akan ada yang tertipu nanti.

  3. Anonymous says:

    bukankah selama ni ostaz-ostaz pas berceramah dipelbagai pentas menyeru ahlinya menolak UMNO kerana umno enggan melaksanakan hudud! apa pula alasan pas kali ni bila rakanya pula menolak hudud?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.