..

..

ISU 1MDB & SIKAP OPPORTUNIS KHAIRUDDIN DALAM UMNO

on Sunday, December 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Siapa tak kenal Khairuddin Abu Hassan , seorang  ahli perniagaan , suami artis  Umie Aida & sepupu Anwar Ibrahim .

Beliau ; pernah tampil beberapa kali dalam kes liwat Anwar pada 1998 bersama bersama Khalid Jafri, yang merupakan penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' dan juga Umi Hafilda Ali.

Kali ini dalam isu laporan polis dibuatnya terhadap   1MDB  , populariti beliau terus naik mendadak dan ramai pemimpin pembangkang memuji tindakannya . 

Mengapa dia tidak buat laporan polis  sebelum dan ketika  Perhimpunan Agong UMNO ??

Bagi GPB .. dia buat laporan Polis kononnya untuk menyelamatkan UMNO sebenar TIDAK.

Ada perkara yang tersirat disebalik semua  ini dan beliau sebenarnya  adalah pemimpin Opportunist hidup berakar  dalam UMNO. 







Pemimpin UMNO diminta tidak menjadi bacul dan terlampau takut untuk membangkitkan isu berkenaan masa depan dan risiko sebenar yang dihadapi syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan,Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, oleh itu tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di dalam UMNO untuk memberi amaran kerana tanggungjawabnya menegakkan kebenaran.

"Kita hendak tegakkan kebenaran, tapi kenapa ada pihak seolah-olah tidak ada otak dan marah sangat dengan laporan polis tempoh hari?

"Saya hanya mahu siasatan terhadap 1MDB dibuat, itu duit rakyat dan hak mereka untuk tahu perjalanan syarikat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khairuddin mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,Datuk Seri Reezal Merican Naina Mericanyang menjelaskan tindakan Khairuddin sentiasa tertakluk kepada etika parti.

Bagaimanapun Reezal memaklumkan, UMNO Pulau Pinang tidak akan terburu-buru untuk mengambil tindakan ke atas Khairuddin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB.

Pada Jumaat, Khairuddin membuat laporan polis yang meminta siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pentadbiran kewangan yang dihadapi 1MDB.

Dalam pada itu jelas Khairuddin, laporan polis yang dibuatnya merupakan tindakan peribadi dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sebab itu saya kata kenapa UMNO tiba-tiba hendak melenting? Ini tindakan peribadi, perjuangan saya sendiri, tidak ada kena mengena dengan parti.

"Kenapa semua hendak saya tarik balik laporan polis itu? Apa puncanya semua jadi terlampau takut? Kalau saya kata ini laporan polis daripada UMNO Pulau Pinang itu lainlah ceritanya," tegasnya.


Khairuddin dalam pada itu turut mempersoalkan desakan Setiausaha Agung UMNODatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansoryang memintanya menarik balik laporan polisnya.

"Ku Nan kata tidak wajar, tidak adil dan kebudak-budakkan, saya mahu tahu dari segi apa desakan itu dibuat?," jelasnya.





Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir bagaimanapun sebelum ini memberitahu, mereka tidak mempunyai kaitan dengan tindakan Khairuddin yang membuat laporan polis terhadap 1MDB itu.

Khairuddin turut memberitahu sejak laporan polis dibuat, dia menerima ribuan pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mengagumi tindakannya itu.

"Ribuan daripada pemimpin-pemimpin pelajar di universiti dan orang perseorangan yang menyatakan ini cara terbaik untuk melihat kelangsungan UMNO terus utuh untuk masa hadapan.
"Mereka kata ini langkah untuk Generasi Y (Gen Y) kembali menyokong parti, ini tindakan yang akan membuka mata masyarakat," katanya.

Khairuddin turut mengakui tindakannya itu secara keseluruhannya akan menyelamatkan UMNO serta negara sendiri daripada menanggung hutang akibat 1MDB.

"Saya selamatkan UMNO, saya buat semua ini atas dasar keikhlasan.

"Jangan anggap saya yang jatuhkan UMNO ... yang jatuhkan parti adalah 'kaki bodek'," katanya


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.