..

..

GUAN ENG DISINDIR SEBAB TERKEJUT PERMIT IKLAN LAMBAT LULUS DI P.PINANG @dzainalabidin @MPKotaBelud

on Friday, December 5, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments






Bila Iszuree Ibrahim PAS   kritik  kerajaan DAP pro kepada PEMAJU di muktamar  ,  Guan Eng marah hingga gantung tugas beliau sebagai Ahli Majlis MPPP .

Sekarang kita  boleh lihat sendiri perangai  Guan Eng yang cepat betul melataha  bagi pihak pemaju  bila mendapat tahu dari  REHDA bahawa lesen pemaju dan permit iklan dilengahkan kerajaan Pusat menerusi KPKT .

Di twitter Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan P.Pinang , Datuk Zainal Abidin Osman turut  menyindir sikap hipokrasi Ketua Menteri  dan kerajaan DAP  ini yang turut melengahkan projek perumahan oleh agensi kerajaan Pusat di negeri itu .

Jadi  di sini , kalau kerajaan DAP  boleh  tunjuk KUASA mereka lengahkan projek agensi kerajaan Pusat seperti PERDA dan JKP ,  kita di kementerian  juga boleh berbuat demikian .





ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan melengahkan lesen pemaju dan permit iklan (DLAP) pemaju swasta di Pulau Pinang.
   
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan 'berat sebelah', sambil menggesa Kerajaan Persekutuan supaya berhenti daripada 'membuli' negeri berkenaan.
   
"Pulau Pinang satu-satunya negeri yang diasingkan. Kami berbeza dengan 13 negeri lain. Adakah mereka mahu membuli Pulau Pinang? Saya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengeluarkan arahan yang sepatutnya bagi mengelak perkara ini.
   
"Projek-projek perumahan oleh pemaju swasta akan menjana pertumbuhan ekonomi, bukan hanya kepada Pulau Pinang tetapi negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Pada Khamis lepas, sebuah portal berita melaporkan bahawa Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (Redha) Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan mendakwa 30 pemaju di negeri ini berada dalam keadaan serba salah kerana tidak dapat memasarkan projek mereka.
   
Jerry berkata, pelan keselamatan kebakaran kini disemak oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berbanding dengan majlis tempatan, sebelum ini. - Bernama


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Tangguhkan lesen pemaju dan permit iklan sehingga dia luluskan semua projek perumahan kerajaan persekutuan dan syarikat/agensi milik Bumiputra di Pulau Pinang. Cina komunis ni memang kena ajar macam ni. Biar semua kroninya mampus kebulur baru dia kenal langit tinggi rendah. Gunakan kuasa selagi ada. Lagi pun, projek-projek kediaman mewah tu bukannya menguntungkan Melayu langsung. Bijak DS Najib memang bijak!

  2. Anonymous says:

    Hah bagus baru dia ada akai. Dia gunakan kuasanya sewenang-wenangnya tak apa. Orang lain guna dia kata buli dia pula.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.