..

..

CUKAI TAKSIRAN P.PINANG NAIK TAK ZALIM , CINA DAP BERPUSU-PUSU BAYAR !!

on Tuesday, December 23, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Kenaikan cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 14 peratus bagi setengah tahun pertama tahun depan bakal memberi kesan kepada kos sara hidup penduduk di negeri ini.

 Mohd. Nor Suhaili Lebih mengecewakan, kenaikan cukai taksiran itu tidak disusuli dengan jaminan peningkatan kualiti perkhidmatan yang memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat menyebabkan penduduk mahu kenaikan itu ditangguhkan atau dibatalkan.

Pengerusi Pertubuhan Pemikir Muslim Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, jika selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang melaungkan slogan negara berkebajikan, sudah pasti mereka mengambil perhatian terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat ekoran peningkatan cukai taksiran tersebut. Menurutnya, kenaikan cukai taksiran itu tidak sepatutnya berlaku semata-mata untuk menambah pendapatan negeri kerana rakyat bakal menjadi mangsa.

“Jika selama ini pakatan pembangkang menuduh kerajaan zalim kerana mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula tahun hadapan, mereka juga bertindak serupa apabila menaikkan cukai taksiran.

 “Jadi, jika GST itu zalim, maka Kerajaan DAP Pulau Pinang juga berlaku zalim kepada rakyat. Mereka seolah-olah 'bercakap tak serupa bikin' dengan menindas rakyat bawahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan penduduk di sekitar Seberang Perai yang menerima cukai taksiran baharu untuk tahun hadapan yang menyaksikan kenaikan sehingga 14 peratus. -


Komen GPB

Kelmarin GPB baru sahaja membayar cukai taksiran MPSP   dan diakui  memang berlaku kenaikan . Kalau dulu RM 90 sahaja kini naik menjadi RM103 .

Hairannya , ramai betul Cina2 DAP berpusu-pusu bayar di kaunter dan ini menunjukkan mereka menyokong kenaikan ini disebabkan  kerajaan DAP mungkin dah kesempitan wang . Malah ada yang membayar  bukan untuk  setengah tahun tapi terus setahun .

Tapi sudah tentunya akan ada macai PR   akan pertahan kenaikan dengan kata ini cukai ini setengah tahun sekali sahaja dan tak bebankan rakyat . haha...






3 Responses

  1. adakah anda dan rakan2 anda percaya bahawa persepsi rakyat menentang UMNO/BN mngatasi Hakikat realiti bahawa pembangkang kejam dan tidak berintegriti!!gelombang ini xkan berhenti selagi PR tidak memenngi PRU..selain itu kelemahan BN dalam menguasai isu2 fitnah pembangkang mnyebabkn mereka lebih mmprcayai fitnah!!ksimpulannya taktik politik siapa yg berjaya..pru 14 nnti golongan melayu muda liberal smakin ramai..cukup untuk digabungkan dgn 100% sokongan cina dan india untuk mnjatuhkan BN..selagi pemimpin2 UMNO\BN yg BACUL,LEMBIK DAN LOSER mnjadi tunjang UMNO..dan mngharapkan masalah PAS dan PR sbg senjata politik ..in sha Allah BN akan tumbang..sedarlah UMNO DAN BN sebelum rebah!!rosaknya Umno skang sehingga usus!!!!!

  2. Anonymous says:

    Puiii..mabuk ketum

  3. Anonymous says:

    Cina memang bersatu. Tapi Melayu macam hantu suka dengki satu sama lain

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.