..

..

CHEGUBARD TERUS MALUKAN AZMIN , BONGKAR BUKTI 4 ADUN PKR BERPALING TADAH

on Monday, December 8, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments


 Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang digantung, Badrul Hisham Shahrin hari ini mendedahkan empat nama ADUN yang menarik balik surat akuan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebelum ini, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendedahkan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar sebagai salah seorang ADUN yang membuat pusingan u dari menyokong Presiden PKR pada 14 Ogos lalu.
Empat ADUN tersebut ialah Amiruddin Shari (Batu Caves), Mat Shuahaimi Shafiee (SriMuda), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Ng Sze Han (Kinrara).
Semua ADUN tersebut menandatangani surat akuan bersumpah pada 11 September 2014 lalu, dan mereka mengesahkan akan mematuhi apa sahaja keputusan yang diambil oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bercakap kepada pemberita, Chegubard turut menyatakan beliau sudah menghantar surat penjelasan mengenai perkara itu kepada Presiden parti, Lembaga Disiplin dan Ketua Umum sendiri.
“Satu laporan polis juga sudah dilakukan untuk mendapatkan pengesahan keaslian surat-surat ini. Perkara ini serius kerana kerakusan dan ketamakkan pihak-pihak inilah negara khususnya Selangor diheret ke dalam satu konflik politik yang merugikan dan ia melibatkan terjejasnya kesejahteraan awam,” katanya di satu sidang media di ibu kota, hari ini.
Jelasnya, beliau telah menghantar surat aduan pada hari ini mengenai tindakan yang diambil oleh parti terhadap Timbalan Presiden yang memalukan Presiden parti dan ingkar untuk mendukung keputusan parti.
“Parti menyatakan hanya ada satu calon menteri besar, tetapi dia telah melobi dirinya sendiri,” ujarnya sambil menambah sudah memaklumkan perkara tersebut tetapi tidak ada tindakan lanjut.
“Adakah PKR mengamalkan dua set undang-undang? Untuk orang biasa, parti akan menggantung dan dipecat, tetapi untuk kelompok tertentu terus dilindungi?” 


2 Responses

  1. Chegu Bard berkempen untuk naikkan sape jadi MB Selangor kalau PR still pegang Selangor lepas PRU-14?

  2. Johan says:

    Pedulikan dia..... nak publisiti tu.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.