..

..

CHEGUBARD TERUS BIKIN AZMIN ALI PANAS PUNGGUNG DI SELANGOR

on Tuesday, December 9, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment





Chegubard nampaknya  terus mengoncangkan  kedudukan  MB Selangor Azmin Ali di Selangor dan kali ini beliau mendakwa  dia yang bersetuju dengan Istana menarik balik gelaran Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim .

Apakah Azmin akan menjawab segala tohmahan ini atau membiarkan askarnya sahaja  melawan Chegubard ?  



Anggota PKR yang digantung, Badrul Hisham Shahrain hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali bersetuju dengan pembatalan gelaran Datuk Seri yang diberikan pada Anwar Ibrahim.

 “Siapa pegawai tinggi (kerajaan Negeri Selangor) ada dalam itu? Duduk sebelah Sultan dalam mesyuarat ialah Azmin, selaku menteri besar.

Maknanya, Azmin setuju kempat-empat alasan yang merumuskan Anwar penderhaka. Azmin setuju gelaran ‘Datuk Seri’ ditarik. “Maknanya, Azmin dah tahu sejak November. Dia berselindung, yang akhirnya dia kata, ini semua kehendak istana,” katanya.

 Secara sinis Badrul Hisham yang lebih dikenali CheguBard bertanya adakah ini usaha permulaan Azmin untuk menyingkirkan pengaruh Anwar di Selangor.

 “Adakah lepas ini akan dibuat pula usaha menyingkirkan Datuk Seri Anwar daripada Selangor, selaku penasihat ekonomi dan sebagainya,”katanya. CheguBard berkata apa yang lebih membimbangkan ialah Azmin akan menggunakan alasan pihak istana untuk memastikan Anwar tidak berfungsi lagi di negeri itu selepas ini.

 Istana Selangor pada Khamis, menarik balik gelaran “Datuk Seri” Anwar yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Selangor terdahulu pada 1992.

 Penarikan anugerah Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) itu berkuasakuasa bermula 3 November lalu. Istana berkata, keputusan menarik balik gelaran Anwar itu kerana beliau “berulang-kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini”

 Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sultan membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa Sultan memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negeri.




One Response

  1. Apa tujuan Chegu Bard memburukkan Azmin?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.