..

..

1MDB : KHAIRUDDIN ABU HASSAN DIDESAK TARIK BALIK LAPORAN POLIS - KU NAN @dzainalabidin

on Sunday, December 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendesak Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan menarik balik laporan polisnya terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketika dihubungiAstro AWANI, beliau menyifatkan tindakan Khairuddin itu sebagai tidak wajar, tidak adil dan kebudak-budakkan.

Katanya, tindakan membuat laporan polis terhadap 1MDB bukanlah pendirian UMNO mahupun pendirian perhubungan negeri UMNO Pulau Pinang.

"Inilah masalah orang UMNO yang tidak faham perjuangan parti. Kita tidak boleh mendengar (sembarangan) cerita dari laman web, internet atau media sosial.

"Jangan kita termakan persepsi yang bukan-bukan dari pihak pembangkang. Dia pergi buat laporan polis, saya pun tak faham," kata Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.


Menurutnya, beliau telah pun menghubungi UMNO Pulau Pinang tentang perkara itu dan dimaklumkan bahawa pihak UMNO negeri sedang membincangkan isu tersebut untuk dipertimbangkan tindakan selanjutnya.

Ditanya sama ada beliau merasakan Khairuddin patut diambil tindakan disiplin, Tengku Adnan berkata beliau akan mempertimbangkannya namun setakat ini Khairuddin masih belum melanggar apa-apa etika parti.

"Saya akan timbang apa yang dicadangkan oleh (UMNO) negeri... kalau dia langgar etika kita akan ambil tindakan, tetapi dia tak langgar lagi, jadi kita tunggu apa yang dia akan lakukan seterusnya," jelas beliau.
Selain itu, Tengku Adnan turut memaklumkan beliau bercadang untuk bertemu dengan Khairuddin bagi menasihati beliau dan memintanya menarik balik laporan polis yang telah dibuat.

Sambil mempertahankan 1MDB, katanya banyak sumbangan yang telah dilakukan syarikat itu dan seperti syarikat-syarikat yang lain juga, sudah tentu ada untung dan rugi.

Beliau juga menasihati ahli-ahli UMNO lain supaya berbincang dan tanya sekiranya mempunyai masalah dan jangan sesekali mendengar kata-kata pembangkang kerana ianya akan membawa masalah.

"Mengapa kita harus masuk ke perangkap penipuan pembangkang?" soal Tengku Adnan.




Semalam, Khairuddin telah membuatlaporan polis terhadap 1MDB  tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.

Beliau berkata siasatan terperinci harus dilakukan bagi mengenal pasti punca masalah kepincangan pengurusan kewangan yang dihadapi oleh firma pelaburan strategik negara tersebut.

Selain itu Khairuddin juga berkata beliau telah bersiap sedia menunggu reaksi dari Majlis Tertinggi UMNO, jawatankuasa disiplin UMNO, serta Setiausaha Agung UMNO.

Terbaru,1MDB dalam satu kenyataanmengalu-alukan sebarang siasatan terhadap mereka kerana ia memberi peluang kepada mereka menangkis tuduhan yang disifatkan sebagai berniat jahat.

Syarikat itu juga yakin bahawa dakwaan yang dibuat tidak ada asas undang-undang.




SIAPA KHAIRUDDIN ABU HASSAN ??



Khairuddin ialah seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang dan merupakan suami kepada pelakon wanita terkenal tanahair, Umie Aida.

Beliau mempunyai dua orang anak, hasil dari perkahwinannya yang pertama. Selain itu, Khairuddin juga merupakan anak saudara Sulaiman Palestin dan juga sepupu kepada Anwar.

Khairuddin, meskipun ahli UMNO, dikatakan agak 'berbeza' dengan ahli UMNO lain dalam membuat melontarkan pandangan yang dipercayainya benar.

Tindakan menentang sesuatu yang dianggap 'salah' seperti laporan terhadap 1MDB ini, menurutnya bukanlah yang pertama kali dilakukannya.

Pada tahun 1998, ketika ramai ahli UMNO membela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, Khairuddin telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM'.

"Pada waktu itu sikap ahli-ahli UMNO termasuk presiden membela Anwar secara habis-habisan dan saya terpaksa keseorangan di dalam perjuangan tersebut dan beberapa orang sahabat," katanya.

Beliau juga pernah tampil beberapa kali dalam kes liwat Anwar pada 1998 bersama bersama Khalid Jafri, yang merupakan penulis buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM' dan juga Umi Hafilda Ali.

Pada November 2009 pula, Khairuddin selaku ahli lembaga pengarah LBCN Development Sdn Bhd, memfailkan saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang pada ketika itu Menteri Besar Selangor dan kerajaan Negeri Selangor.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    '50 Dalil' nak cuba nasib dia sekali lagi.

  2. Anonymous says:

    Ku Nan itu Pondan, pecat je katun '50 Dalil' itu, dia tu diupah Tun Mamak..............

  3. Anonymous says:

    Khairuddin bukan sepupu DSAI.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.